Lelaki Bengang Dakwa Rider Letak Bungkusan Makanan Atas Besi Penutup Longkang
Lelaki terbabit turut mempersoal bagaimana nasib bungkusan makanan dan minuman yang diletakkan di atas longkang itu sekiranya terdapat anjing atau kucing berdekatan kawasan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, aplikasi-aplikasi membeli makanan secara dalam talian yang ada di Malaysia amatlah memudahkan orang ramai.
Jika dahulu, pelanggan hanya mempunyai pilihan untuk keluar ke kedai untuk memesan dan membawa pulang makanan.
Namun kini, mereka hanya perlu tunggu di rumah dan penghantar makanan yang akan menghantarnya.
Tular rider didakwa letak makanan atas besi penutup longkang
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki tidak berpuas hati selepas mendakwa rider yang menghantar pesanan makanannya meletakkan bungkusan terbabit di atas besi penutup longkang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zuwwanjer, lelaki tersebut menyatakan telah mengarahkan rider terbabit meletakkan bungkusan makanannya di pondok pengawal keselamatan.
Bagaimanapun, dia mendakwa rider berkenaan hanya meletakkannya di atas besi penutup longkang dan pergi begitu sahaja meninggalkan makanan terbabit.
“Tak boleh fikir ke benda basic macam tu?” – pelanggan
Lelaki terbabit turut mempersoal bagaimana nasib bungkusan makanan dan minuman terbabit sekiranya terdapat anjing atau kucing berdekatan kawasan berkenaan.
“Pikir logik lah, benda ini tak patut berlaku sebab ini makanan. Macam mana otak kau terfikir untuk letak makanan di longkang? Padahal pondok pengawal berapa inci sahaja.
“Macam mana kalau ada anjing atau kucing? Tak boleh fikir ke benda basic macam tu,” tulisnya di kapsyen.
Tak tergamak buat laporan, tak nak rider dikenakan tindakan
Dia bagaimanapun tidak tergamak untuk melaporkan tentang perkara terbabit kepada pihak pengurusan pelanggan syarikat penghantar makanan itu kerana tidak mahu rider berkenaan dikenakan apa-apa tindakan.
Sebaliknya dia berkata hanya mahu memberikan teguran agar perkara sebegini tidak berulang lagi.
@zuwwanjer Salam bro.. bukan apa .. ni makanan . Benda basic ja. Letak kt guardhouse .memang kalau hantar makanan tempat lain pun encik bro letak kt longkang ke ? Pikir logik la. Serius cakap benda ni tak ptut berlaku .. sebab ni makanan!! Dan mcm mana pola pemikiran otak kau berfungsi untuk push diri kau letak makanan di longkang !!!??? Padahal guardhouse brapa inci je tepi tu..selalu saya oder panda semua ok xda msalah apa. Grab kadang2 ja.cuma dh lama x guna grab. Kali ni saya try la. Kalau ada kucing ka . Anjing ka .mcm mna ? Tak boleh pikir ka benda basictu. Aku ni takdak lagi kejam sangat . Aku faham macam mana susah cari makan .. aku x spill no plate moto ko.. aku x report koo.. cuma aku terkilan sikit . Nextime tolong hati2 sikit lah bro.. aku jaga aib ko.. kang report tak running plak grab ko.. kesian kt ko jgk . Aku xkejam mcm tu.. serius cakap aku betul barai sikit r mood makan.. #grabfood #grab #food #foodgrab #fyp ♬ original sound – Founder Misi
Lelaki berkenaan turut berkongsi video di mana ada penghantar makanan yang lain yang boleh meletakkan bungkusan pesanan pelanggan di pondok pengawal tidak seperti rider terbabit.
Malah, dia juga berkongsi tangkap layar mesejnya dengan rider tersebut, dalam perbualan itu kelihatan penghantar makanan tersebut menyatakan bahawa pengawal keselamatan tidak membenarkannya perbuat demikian.
Namun tidak pasti sama ada larangan itu adalah untuk dia masuk ke dalam kawasan kondominium atau sememangnya tidak membenarkan dia meninggalkan bungkusan makanan terbabit di guard house.
@zuwwanjer Membalas kepada @Shimi1 takkan x nmpak guardhouse .. guard memang tak bagi masuk.. tapi tak logik bro gard tak bagi letak kt situ makanan😂.. dia x bgi masuk ja. Lagi pun rider tu tak perlu call saya pun.. dia chat saya cakap dah sampai.. sepantas kilat saya rply letak di guardhouse .. tak perlu call2 .. bukannya sy bru oder harini . Bnyk kali dah saya oder makan .. tiap kali ada yg call atau chat .. trus saya rply .. sbb saya memang pegang fon ja.. tapi yang ni tak call.. dia chat saja .. it ok sbb naik noti.. jadi terus saya rply laju2 .. sruh letak di guardhouse… foodpanda ok ja. #grabfood ♬ bunyi asal – ZuwwanX
@zuwwanjer Membalas kepada @ShinoAburame_ tengok waktu dia sampai .. saya terus rply laju2 pada waktu yang sama suruh letak di guardhouse … agak2 la guard tak bagi letak makanan rider hantar kt situ.. 😅😅 macam contoh video tadi elok ja rider letak.. cerita dia simple ja . Dia cuba nk masuk ikut palang bawah tu. Guard tak bagi masuk .. org luar xleh masuk .. guard tak bagi masuk . Bukan tak bagi letak situ.. memang situ buat khas untuk letak makanan laa kt guardhouse tu . Saya crop ss ni.. saya pun cuma nak sampaikan kepada rider tu ja supaya lain kali letak ditempat yg sptotnya. Tak apa .. tak perlu rply chat saya jika lalu fyp.. cukup tak buat lagi mcm ni.. dan saya pun tak ada report apa2 . Saya faham susahnya rider2 nk cari makan.. kita semua manusia sama2 cari makan kt dunia ni.. harap rider tu terima ya pesanan saya .. #foodrider #grabfood #fyp ♬ bunyi asal – mohd peruz – mohd peruz towing ♿
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang menyebelahi penghantar makanan
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Ada yang mengecam tindakan rider berkenaan meletakkan makanan di atas penutup longkang dan ada pula yang menyalahi lelaki tersebut kerana tidak bersedia lebih awal untuk mengambil makanannya.
Susulan itu, lelaki tersebut menerusi ruangan komen memberikan penjelasan bahawa dia telah membalas mesej rider tersebut secepat mungkin dan mengarahkannya untuk meletakkannya di pondok pengawal kerana orang luar termasuk penghantar makanan tidak dibenarkan masuk ke dalam kondominium tersebut.
Pun begitu, syarikat terbabit menerusi ruangan balas telah memohon maaf dan meminta pelanggan berkenaan untuk memberikan rating kepada rider tersebut di dalam aplikasi. Pihaknya juga memaklumkan akan mengingatkan rider terlibat untuk meletakkan makanan di tempat yang bersesuaian.
Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya ada perkembangan terbaharu dari syarikat berkenaan.







