Hari Bahagia Bertukar Duka, Bapa Pengantin Lelaki Meninggal Dunia Ketika Majlis Sanding [Video]
Dalam video tersebut, kelihatan pengantin lelaki dan wanita menangis kesedihan sebaik mengetahui pemergian insan tersayang itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, sudah pasti mengimpikan sebuah majlis persandingan yang indah serta meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan.
Mana tidaknya, detik indah bergelar raja sehari itu hanya akan berlaku sekali sahaja, sudah pasti ramai yang akan berusaha memberikan yang terbaik.
Pun begitu, takdir Tuhan tiada siapa dapat menghalang, hari yang sepatutnya menjadi saat bahagia juga boleh bertukar duka dengan sekelip mata disebabkan bermacam perkara, salah satunya kehilangan insan tersayang.
Tular bapa pengantin lelaki meninggal dunia di hari persandingan anaknya
Begitulah yang dilalui oleh pasangan raja sehari ini apabila hari bahagia mereka bertukar duka selepas bapa kepada pengantin lelaki dikhabarkan meninggal dunia di saat majlis persandingan berlangsung.
Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh jurugambar pasangan pengantin itu menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya @fotorasi.
“Majlis (bahagia) bertukar duka, ajal maut di tangan Tuhan. Semoga arwah (bapa pengantin lelaki) ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,” tulisnya di kapsyen.
Pasangan pengantin menangis, dapat panggilan abah meninggal selepas selesai mereka akad nikah
Dalam video tersebut, kelihatan pengantin lelaki dan wanita menangis kesedihan sebaik mengetahui pemergian insan tersayangan itu.
Malah turut kelihatan beberapa tetamu dipercayai ahli keluarga turut bersedih dengan berita duka berkenaan.
Sepatutnya dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru
Pengantin wanita turut tampil di ruangan komen menjelaskan tentang apa yang berlaku pada hari tersebut.
“Ayah mentua saya dua hari sebelum majlis (persandingan) memang nak kena tahan (di wad) sebab ada kuman pada paru-paru, tapi dia putuskan untuk balik juga untuk datang kenduri, tapi tadi masa kami siap nikah tiba-tiba kami dapat panggilan telefon abah dah takda.
“Tapi lepas check punca meninggal abah kena serangan jantung,” tulisnya di ruangan komen.

@fotorasi Majlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan , semoga arwah ditempat orang orang beriman . Sama kita sedekah Al-fatihah
♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦
Dapat panggilan duka ketika sesi photoshoot
Menerusi ruangan TikTok Story pula, pengantin wanita memaklumkan dia dan suami mendapat panggilan duka tersebut ketika sesi bergambar berlangsung.
“Lepas je shoot gambar ni, saya yang dapat call. Masa ni jurugambar, MUA dan kawan saya semua pandang satu sama lain dan terdiam. Suami saya yang tadi berediri terus terduduk,” tulis pengantin perempuan.
Difahamkan mereka kemudianya bergegas ke Johor Bahru untuk urusan pengebumian sebelum pulang semula ke Perak.

Netizen turut sebak lihat pasangan raja sehari itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat dugaan yang harus dihadapi pasangan pengantin berkenaan itu di hari perkahwinan mereka.
Kebanyakan pengguna TikTok turut menitipkan doa agar Allahyarham ditempat di kalangan orang-orang beriman serta ahli keluarganya diberikan kekuatan.
Tidak kurang juga segelintir individu yang berkongsi melalui perkara sama di hari bahagia mereka.



Baca Artikel Berkaitan:



