Segak Berbaju Songket, Pengantin Berbangsa India Buat Majlis Kahwin Ala Melayu Siap Kompang [Video]
Dalam video dikongsikan, kelihatan pasangan pengantin turut diringi paluan kompang ketika masuk ke dalam dewan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai impian tersendiri untuk majlis perkahwinan yang bakal dilakukan.
Ada yang mengimpikan majlis bertema taman, ada juga yang mahukan konsep tradisional mengikut etnik masing-masing dan banyak lagi.
Yelah kebiasaannya perkahwinan hanya berlaku sekali seumur hidup, jadi masa inilah pasangan ingin membuatkan impian mereka menjadi kenyataan.
Pasangan pengantin berbangsa India buat majlis kahwin tema orang Melayu
Perkara sama turut dilakukan oleh pasangan pengantin berbangsa India ini namun bezanya mereka menunaikan impian si ibu yang mahukan tema perkahwinan persis seperti masyarakat Melayu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Thamayanthi di TikTok, kelihatan adik perempuannya, Tharagai bersama pasangan, Steven turut mengenakan baju songket pada majlis perkahwinan mereka.
Menurut Thamayanthi, pasangan pengantin itu sudah berkahwin pada 29 Ogos lalu di sebuah kuil di Klang dan mereka kemudian membuat majlis resepsi pada 31 Ogos lalu di Ipoh Sentrac Hall.
Sewaktu ditanya bagaimanakah proses persediaan untuk membuat tema perkahwinan ini, Thamayanthi memaklumkan mereka sedikit sukar mencari baju pengantin berkonsep tradisional.
“Masa pilih baju je susah, sebab ibu saya nak baju betul-betul tradisi Melayu. Sekarang Baju Melayu semua dah moden,” ujarnya.
Impian ibu sejak 30 tahun lalu nak buat majlis kahwin tema seperti orang Melayu
Ketika ditanya mengapa tema itu dipilih, Thamayanthi memaklumkan ia sudah menjadi impian ibu sejak 30 tahun yang lalu.
“Ibu dah lama bagitahu bapa saya, 30 tahun lalu sebelum mereka (ibu bapa) berkahwin. Jadi saya, adik perempuan dan bapa hanya tunaikan (impian ibu) je,” jelasnya lagi kepada BuzzKini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Teruja Pengantin Berbangsa Cina Buat Majlis Perkahwinan Tema Adat Melayu [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Puji Pengantin Buat Majlis Kahwin Waktu Breakfast, Siap Bagi Doorgift Sayur Segar [Video]
Siap ada kompang iring pengantin masuk ke dewan
Menerusi video dikongsikan itu, kelihatan pengantin tidak sahaja memakai baju songket, bahkan mereka turut diiringi dengan paluan kompang dari sebuah kumpulan sewaktu berarak masuk ke dalam dewan.
Kelihatan kedua-dua pengantin memakai busana songket yang lengkap dengan aksesori pada rambut, baju serta bunga tangan.
Malah pelamin turut dihias mengikut tema yang diinginkan serta memasang lagu-lagu Melayu pada majlis berkenaan.
“Impian ibu akhirnya menjadi kenyataan. Dia mahukan tema perkahwinan orang Melayu untuk majlis perkahwinan adik saya,” kata Thamayanthi di ruang kapsyen.
@thamayanthi._ Amma’s dream finally came true ❤️ She wanted a malay style wedding reception for my sister. So here it is 🤍 #weddingreception #malay #malayweddingstyle respect👑 #satumalaysia @STEVENRAJ🔥 @Habibi Ipoh
♬ original sound – தமயந்தி இளங்கோவன் – தமயந்தி இளங்கோவன்
Dalam akaun sama, Thamayanthi turut berkongsi video memaparkan upacara majlis perkahwinan adik perempuannya.
@thamayanthi._ Vettri Vel Muruganuku Arogara ❤️ #sistergethitched😍 @_Tharagai.Elan03_🔥 @STEVENRAJ🔥
♬ original sound – தமயந்தி இளங்கோவன் – தமயந்தி இளங்கோவன்
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Menariknya”- Pasangan Pengantin Baba Nyonya Buat Majlis Tema Melayu Buat Ramai Teruja [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Teruja Lihat Perkahwinan Campur, Siap Pakai Baju Tradisional Kaum Masing-Masing [Video]



