fbpx
Now Reading
“Menarik Subjek Bahasa Isyarat!” – Kurikulum Baharu Sekolah Rendah Bakal Bermula Pada 2027

“Menarik Subjek Bahasa Isyarat!” – Kurikulum Baharu Sekolah Rendah Bakal Bermula Pada 2027

Selain mata pelajaran Bahasa Isyarat Malaysia, kurikulum baharu sekolah rendah turut memperkenalkan subjek Pembentukan Karakter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

“Pendidikan asas kemajuan”. Itulah ungkapan yang sering diguna pakai dalam menitik beratkan kepentingan pendidikan dalam kalangan para pelajar di sekolah.

Di samping itu, dalam mengikut peredaran arus semasa, kurikulum sekolah juga akan sentiasa digubal dan diubah agar menjadi lebih bersesuaian dan relevan.

Itulah juga yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak sekolah rendah pada tahun 2027 akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Anggap Tidak Lagi Relevan Untuk Kembalikan UPSR & PT3 – Fadhlina Sidek

Baca Artikel Berkaitan: Sekolah Di Terengganu Mulakan Sesi Pembelajaran Dengan Bacaan Al-Quran & Terjemahan Setiap Hari

Baca Artikel Berkaitan: Murid Pendidikan Khas Nangis Teresak Atas Pentas Kerana Cikgu Kesayangan Bersara Bikin Ramai Sebak

Silibus Baharu Sekolah Rendah Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2027

Menerusi perkongsian di Threads oleh satu pusat tusyen (@zhometuition), silibus baharu bakal diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat sekolah rendah bermula sesi persekolahan tahun 2027.

Dengan perubahan tersebut, murid Tahun 1 dan 2 akan mempelajari enam mata pelajaran teras dan wajib yang merangkumi:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Alam dan Manusia (Pembelajaran Bersepadu)
  • Pendidikan Jasmani
  • Tambahan Bahasa Cina/Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.

Menurut pusat tusyen tersebut, perubahan itu menunjukkan pengurangan jumlah subjek yang ketara buat murid Tahun 1 dan 2 berbanding kurikulum yang diguna pakai sekarang.

“Tiada lagi subjek Sains yang berat untuk murid kecil. Sebaliknya, wujud Alam dan Manusia, lebih dekat dengan kehidupan seharian kanak-kanak seperti fenomena alam, komuniti dan pemerhatian mudah,” katanya.

Sekolah Rendah Dibahagikan Kepada 3 Tahap

Melihat kepada silibus yang dikongsikan, pendidikan sekolah rendah bakal dibahagikan kepada tiga tahap berbanding hanya dua yang sedia ada iaitu:

  • Tahap I: Tahun 1 dan 2
  • Tahap II: Tahun 3 dan 4
  • Tahap III: Tahun 5 dan 6

Bagi Tahun 3 dan 4, Pembelajaran Bersepadu akan digantikan dengan subjek Eksplorasi Seni dan Dunia serta Eksplorasi Sains dan Teknologi, sebelum ditukarkan kepada subjek Sejarah dan Sains pada Tahun 5 dan 6.

Murid Tahun 5 dan 6 juga akan menyaksikan penambahan tiga lagi mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Seni Visual (PSV), Pendidikan Muzik serta Teknologi dan Digital.

View on Threads

Sekolah Rendah Tawar Subjek Bahasa Isyarat Malaysia & Pembentukan Karakter

Yang lebih menarik lagi, adalah mata pelajaran tambahan yang ditawarkan bagi subjek bahasa.

Bukan hanya bahasa Cina, Tamil dan Arab, murid juga boleh mempelajari bahasa Iban, Kadazandusun dan Semai. Siap ada Bahasa Isyarat Malaysia lagi! Namun tiada maklumat tambahan sama ada ia akan diguna pakai di semua sekolah rendah.

Mata pelajaran Bahasa Isyarat ini juga diwajibkan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Mereka juga akan mempelajari subjek Pendidikan Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan dan Pengurusan Kehidupan Masalah Pembelajaran.

Satu lagi penambahan di bawah kurikulum baharu ini adalah program Pembentukan Karakter yang diwajibkan bagi semua tahun.

Semakan kami turut menemukan dokumen sama yang dikongsikan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM di Facebook.

Ramai Teruja Subjek Bahasa Isyarat Malaysia Bakal Diajar Di Sekolah Rendah

Menjenguk ke ruangan balas, orang ramai berasa teruja dengan penambahan Bahasa Isyarat Malaysia.

Ada juga yang bersetuju dengan mata pelajaran Pembentukan Karakter yang bakal diperkenalkan buat murid sekolah rendah.

“Memang dah lama sangat mengharapkan Tahap I dan II belajar Bahasa Isyarat. Serta Pembentukan Karakter dan Sahsiah Diri,” kata seorang wanita.

Sumber: Threads

Ramai Persoalkan Kenapa Tiada Subjek Seni & Muzik Untuk Tahap I dan II

Dalam masa sama, terdapat juga golongan individu yang mempersoalkan ketiadaan subjek PSV dan Muzik buat murid Tahap I dan II, yang hanya ditawarkan bermula Tahun 5.

“Kenapa sains, PSV dan muzik tak ada untuk Tahun 1 dan 2? Subjek ni la budak-budak minat,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kenapa tak ada PSV? Subjek tu bagus untuk cungkil minat dan kreativiti kanak-kanak,” kata seorang lagi.

Namun ada juga yang teruja apabila subjek Alam dan Manusia kembali diperkenalkan untuk pelajar sekolah.

Sumber: Threads

Menurut pusat tusyen tersebut, perkara itu dilakukan memandangkan kurikulum baharu bertujuan untuk memberi fokus kepada asas literasi dan numerasi.

Selain itu, ia juga diharap dapat mencapai beberapa kebaikan termasuk:

  • Meringankan beban murid Tahun 1 dan 2.
  • Memberi lebih masa kuasai asas membaca, menulis dan mengira (3M).
  • Menjadikan pembelajaran awal lebih menyeronokkan.

Berdasarkan dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 oleh KPM, fokus kurikulum bagi sekolah rendah boleh dibahagikan seperti berikut:

  • Tahap I – Penguasaan literasi dan numerasi serta pembentukan karakter.
  • Tahap II – Aplikasi kemahiran, pengetahuan dan nilai serta pembentukan karakter.
  • Tahap III – Kemaharian menganalisis dan menghasilkan inovasi serta pembentukan karakter.
View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Rahsia Kejayaan Anak, Berjaya Dapat Pilihan Pertama Permohonan SBP & MRSM

Baca Artikel Berkaitan: Ini Fakta Menarik Tentang Pengalaman Bersekolah Di Jepun. Penuh Disiplin!

Baca Artikel Berkaitan: “Bersatu Dengan Alam” – Murid Doa Hujan Turun Waktu Pendidikan Jasmani Bikin Ramai Terhibur

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.