Kanak-kanak Lelaki Cedera Parah Akibat Diserang Anjing Di Cheras
Seorang pengguna di Facebook, Mohd Firdaus Md Isa yang memuat naik video tersebut turut memaklumkan kanak-kanak yang diserang anjing itu sudah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular di media sosial memaparkan keadaan seorang kanak-kanak lelaki yang diserang oleh seekor anjing.
Menerusi video tular terbabit kelihatan anjing berwarna hitam itu seperti mengigit kanak-kanak berkenaan sebelum dia berjaya meloloskan diri dan berlari ke arah seorang wanita.
Dalam hantaran sama turut kelihatan foto kepala kanak-kanak tersebut berlumuran darah dan kesan terkoyak akibat diserang oleh anjing berkenaan.
Penunggang motosikal dilihat cuba datang bantu ketika budak lelaki diserang anjing
Terbaharu insiden membabitkan kanak-kanak tersebut dipercayai berlaku di sekitar Taman Megah, Cheras, Selangor.
Insiden terbabit dirakamkan oleh orang awam yang berada berdekatan lokasi sebelum video terbabit menjadi tular di media sosial.
Dalam video sama kelihatan seorang penunggang motosikal turut cuba membantu menyelamatkan budak lelaki berkenaan dengan menghalau anjing itu.
Kelihatan penunggang motosikal itu memegang kayu dalam cubaannya untuk membantu, namun anjing terbabit melepaskan kanak-kanak itu sebelum dia segera melarikan diri.
View on Threads
Turut kelihatan dia menangis sewaktu berlari ke arah seorang wanita. Memetik Harian Metro, video insiden itu awalnya tular di Facebook dan orang ramai meminta tindakan segera dilakukan oleh pihak berkenaan.
Polis tidak mendapat sebarang laporan berhubung insiden
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden terbabit setakat ini.
Namun pihaknya akan membuat semakan lanjut mengenai insiden terbabit.
Kanak-kanak dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, anjing dipercayai sudah ditangkap MPKJ
Menerusi semakan kami di ruangan komen pada hantaran asal, pemilik video itu memaklumkan kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut. Dakwanya kanak-kanak itu mengalami luka di bahagian kepala.
Menurut pengguna Facebook itu lagi, dipercayai anjing terbabit bertuan kerana mempunyai rantai pada lehernya.

Selain itu, dia turut memaklumkan anjing berkenaan dipercayai telah ditangkap oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Namun menerusi semakan kami masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkenaan berhubung penangkapan itu.




