fbpx
Now Reading
“Kakaknya Yang Sakit” – Doktor Kecewa, Ibu Bengang Anak Tak Dapat MC Hanya Kerana Enggan Ke Sekolah

“Kakaknya Yang Sakit” – Doktor Kecewa, Ibu Bengang Anak Tak Dapat MC Hanya Kerana Enggan Ke Sekolah

Jelas doktor perubatan dikenali sebagai Syafinaz, anak yang enggan ke sekolah itu tantrum selepas melihat kakaknya sahaja yang menerima MC akibat tidak sihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lumrah sebagai seorang manusia, ada masanya kita bertenaga dan sihat tubuh badan. Bagaimanapun pada waktu tertentu, kita akan jatuh sakit dan rasa tidak bermaya disebabkan pelbagai faktor dalaman serta luaran.

Bagi mendapatkan rehat secukupnya, pesakit digalakkan untuk mengambil sijil cuti sakit (MC) daripada pengamal perubatan berdaftar selepas menerima rawatan.

Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang menyalahgunakan kuasa MC berkenaan hanya kerana mahu ponteng daripada rutin harian.

Baca Artikel Berkaitan: Individu Beli MC Palsu Dianggap Satu Kesalahan Rasuah – SPRM

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Ambil MC Guna Aplikasi Teleperubatan?

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?

Penjaga Minta MC 2 Hari Untuk Anak Yang Tidak Sakit

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang doktor perubatan dikenali sebagai Syafinaz berkongsi satu situasi menghampakan ketika sedang merawat pesakitnya.

Jelas Syafinaz, pesakit perempuan yang merupakan pelajar sekolah menengah itu dikejarkan ke kliniknya kerana masalah Jangkitan Saluran Pernafasan Atas (URTI). Selepas mendapatkan pemeriksaan, memang jelas bahawa pelajar tersebut tidak berupaya untuk menghadiri persekolahan.

Oleh disebabkan itu, Syafinaz telah memberikannya sijil cuti sakit untuk dua hari agar dapat rehat secukupnya.

Namun lain pula yang terjadi apabila penjaga kepada pesakit berkenaan turut meminta surat cuti sakit yang sama untuk seorang lagi anak lelakinya yang turut dibawa ke klinik walhal si anak sihat.

“Doktor, nanti kasi MC dua hari untuk adik sekali ya, dia pun tak sekolah,” kata kedua ibu bapa berkenaan.

Anak Mula Tantrum Apabila Tidak Terima MC Dari Doktor

Terkejut dengan arahan itu, Syafinaz berkata dia tidak boleh melakukan perkara sedemikian memandangkan MC adalah dokumen undang-undang yang hanya boleh diberikan kepada mereka yang tidak mampu bekerja atau sekolah sahaja.

Anak lelaki tersebut kemudiannya didakwa menunjukkan reaksi yang agak agresif dan bersikap tantrum dengan menyepak kerusi serta permainan di dalam bilik konsultansi.

Budak lelaki berkenaan berkata situasi itu tidak adil yang mana hanya si kakak yang menerima MC.

Penjaga Didakwa Salahkan Doktor & Tinggalkan Maklum Balas Teruk Di Google Review

Perkara yang membuatkan Syafinaz berang adalah penjaga berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menegur atau menenangkan anak malah memarahinya kerana dituduh menjadi punca si kecil mereka tantrum.

“Saya telah terangkan bahawa MC ialah dokumen undang-undang dan sebagainya, tetapi kedua-dua ibu bapa dan si adik tak nak dengar. Adik terus menangis sambil cakap tidak adil dia kena pergi ke sekolah sedangkan kakak boleh tinggal di rumah, dan mula pukul-pukul si kakak,” dakwa Syafinaz.

Insiden huru-hara tidak terhenti di situ apabila penjaga didakwa meninggalkan reviu buruk di Google dengan mengatakan Syafinaz adalah seorang doktor yang teruk dan tidak memberikan sebarang MC sama sekali.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Ambil MC, Tapi Selamba Keluar Jalan-jalan?

View on Threads

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Ibu Bapa Yang Salah Gunakan MC

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Ada yang yang berkata bahawa aksi si penjaga yang tidak menegur merupakan punca si anak selesa tantrum.

“Sijil sakit tu bukan isu utama bro. Saya rasa ibu bapa tu. Kalau anak saya, dah lama kena,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ada yang berpendapat ramai yang akan terbiasa memohon MC sembarangan tanpa alasan kukuh selepas ini sekiranya doktor itu memenuhi permintaan mereka.

“Tak boleh mula bagi. Nanti lepas-lepas ni pun macam tu juga la. Rasa tak nak pergi sekolah, minta MC. Amboi, anak-anak tak nak pergi sekolah, pandai-pandai la mak bapa dia buat alasan. Ikutkan sangat memang sampai ke besar la peel tak nak perg sekolah tu,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut memuji Syafinaz kerana tidak mengalah dengan arahan penjaga.

“Macam saya cakap sebelum ni, kenapa orang kita suka salah gunakan MC? Sebab ada enabler. Tapi awak tetap dengan pendirian. Thumbs up,” kata seorang netizen.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Staf HR Gigih Telefon & Tanya Doktor Tentang MC Pekerja Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Hantar MC!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Sakit Ketika Bekerja Di Jepun

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.