fbpx
Now Reading
Buka ‘Perut Kedua’ Tersembunyi Anda Dengan Biskut Wafel Julie’s

Buka ‘Perut Kedua’ Tersembunyi Anda Dengan Biskut Wafel Julie’s

Julie’s kembali dengan acara aktivasi kreatif bertemakan “Perut Kedua”, yang berlangsung dari 3-7 September 2025 di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pernah tak anda makan terlalu banyak dan rasa amat kenyang sehingga tidak boleh makan lagi? Sehinggalah seorang mencadangkan pencuci mulut?

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, jawapan untuk menikmati pencuci mulut selepas makan sudah tentu “ya!”. Ini kerana kami percaya akan kewujudan ‘tangki kedua’ atau ‘perut kedua’ yang khas untuk pencuci mulut, meskipun sudah kenyang.

Dengan idea yang menyeronokkan ini, Julie’s kembali dengan acara aktivasi kreatif bertemakan “Perut Kedua”, yang berlangsung dari 3-7 September 2025 di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil.

Acara kreatif ini akan membawa pengunjung menyelami dunia “perut kedua” sambil mempamerkan rangkaian biskut Wafel Julie’s yang enak, sehingga anda pasti ada ruang untuk menikmatinya, sungguhpun sudah kenyang.

Sepanjang acara ini, pelawat boleh menantikan peluang foto interaktif, sesi mencuba produk serta hadiah percuma dengan pembelian. Acara ini pastinya menjadi destinasi wajib untuk seisi keluarga, rakan-rakan dan pencinta makanan.

Acara aktivasi ini direka sebagai sebuah pengalaman interaktif yang mengasyikkan, di mana tetamu memulakan perjalanan mereka di sebuah instalasi “perut kenyang” sebelum melangkah ke zon “perut kedua”.

Zon ajaib “perut kedua” ini akan menampilkan beberapa instalasi kreatif yang menampilkan tiga perisa Biskut Wafel Julie’s iaitu:

  • Mentega
  • Kopi
  • Kelapa

Setiap zon perisa mempunyai instalasi interaktifnya yang tersendiri dan menyeronokkan, seperti gelongsor bertema kopi di zon kopi dan ruang santai dalam kolam ala-tropika di zon kelapa.

Untuk melengkapkan pengalaman berbilang deria ini, setiap bahagian turut menyertakan zon aroma dimana pelawat boleh menikmati rasa Biskut Wafel Julie’s menerusi aromanya.

“Kami senantiasa mencari cara baharu untuk mengejutkan dan menggembirakan pelanggan kami. Idea ‘perut kedua’ ini mencerminkan kegembiraan yang dirasai rakyat Malaysia setiap kali pencuci mulut dihidangkan dan kami mahu menghidupkan kembali kegembiraan itu dalam skala yang lebih besar.

“Acara ini menggabungkan elemen permainan dan keenakan, dari zon interaktif kepada koleksi kotak misteri kami. Ia menunjukkan bahawa jenama kami bukan sekadar jenama biskut, tetapi Julie’s juga ingin mencipta dan membawa detik-detik penuh kegembiraan,” kata Tzy Horng Sai, Pengarah Biskut Julie’s.

Salah satu tarikan utama acara ini ialah kotak misteri yang boleh ditebus hanya di acara ini dengan setiap pembelian mana-mana produk Wafel Julie’s. Pengunjung boleh menebus satu kotak misteri yang menampilkan salah satu daripada empat figura eksklusif yang terkandung dalam kotak misteri ini dengan setiap perbelanjaan RM30.

Setiap figura direka untuk menghidupkan perisa Wafel Julie’s melalui personalitinya tersendiri.

Goldie
Figura Wafel Mentega melambangkan kemesraan seorang sahabat karib yang membuat setiap detik merasa seperti di pangkuan rumah sendiri.

Kel
Figura Wafel Kelapa pula berjiwa santai. Ia gemar berehat di tepi pantai dan mengingatkan semua orang agar memperlahankan kesibukan harian dan menikmati saat-saat manis dalam hidup.

Moka
Figura Wafel Kopi adalah seorang yang konfiden dan bergaya. Ia gemar mencuba pelbagai kafe dan sedia menceriakan suasana. Melengkapkan koleksi ini ialah figura misteri keempat yang menanti untuk ditemui di acara ini.

“Ramai yang bergurau tentang ‘perut kedua’ untuk pencuci mulut. Kami berfikir: bagaimana jikalau kami menjadikannya sebagai sebuah pengalaman yang boleh benar- benar dilalui? Idea ini direalisasikan melalui rekaan acara ini yang menampilkan dunia ‘perut kedua’ yang penuh keajaiban, di mana perisa wafel Julie’s dihidupkan dengan personaliti mereka masing-masing.

“Gabungan ini menunjukkan bahawa sebenarnya anda tidak perlu memilih antara keinginan kerana ‘perut kedua’ sentiasa ada ruang untuk kedua-duanya.” kata Valentina Ho dan Joeann Tan, Penulis Iklan dan Pengarah Seni GOVT, agensi kreatif Julie’s.

Sebuah acara aktivasi Julie’s pastinya tidak lengkap tanpa merasai Biskut Wafel istimewanya. Para pengunjung boleh menikmati sampel ketiga-tiga perisa di acara ini, bermula dengan perisa Wafel Mentega berlemak dan berkrim yang cair di dalam mulut dengan setiap gigitan. Biskut Wafel Kelapa membawa sentuhan tropika, menggabungkan kelembutan kelapa dengan rasa mentega yang lazat – seolah-olah sedang bercuti.

Untuk melengkapkan pengalaman ini, perisa Wafel Kopi menawarkan adunan serbuk Arabica dan Robusta yang ditaburi koko, menghasilkan rasa yang memuaskan seperti sehirup kopi dari kafe kegemaran anda.

Sama ada anda datang kerana makanan, keseronokan atau untuk menebus koleksi kotak misteri, acara Julie’s ini menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan, membuktikan bahawa akan sentiasa ada ruang untuk satu gigitan lagi. Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, kunjungi laman web Julie’s atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.