Tak Kumpau, Lelaki Pancing Guna Rod Mainan Layang-layang Buat Ramai Terhibur [Video]
Meskipun kelihatan ikan terbabit meronta-ronta ingin melepaskan diri sehingga joran mainan itu melentur, ia tetap tidak dapat melarikan diri sehingga akhirnya berjaya ditangkap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi mereka yang bergelar kaki joran, sudah pasti mereka memiliiki pelbagai peralatan memancing selain mempunyai geng-geng yang mempunyi minat yang sama.
Boleh dikatakan setiap pemancing itu memiliki pelbagai jenis joran (rod), mata kail serta gewang demi mendapatkan ikan.
Malah, ada yang menggunakan jenis joran yang mahal dan berkualiti agar tidak mudah patah semasa ‘bertarung’ dengan ikan yang besar, namun ada segelintir yang akhirnya tetap kumpau.
Tular lelaki berjaya pancing ikan guna rod mainan layang-layang
Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki ini yang berjaya mendapatkan ikan dengan hanya menggunakan rod mainan layang-layang seorang kanak-kanak.
Video lelaki berkenaan yang ‘tidak kumpau’ dengan menggunakan rod mainan telah tular di media sosial selepas ia dikongsikan di akaun TikTok @adri_nyer.
Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki tersebut sedang ‘bertarung’ menarik ikan berkenaan naik ke atas sambil dibantu oleh seorang lagi individu yang memegang penyauk (landing net) untuk mengambilnya.
Ikan cuba larikan diri tapi tak lepas, joran mainan tak patah
Meskipun kelihatan ikan terbabit meronta-ronta ingin melepaskan diri sehingga joran mainan itu melentur, ia tetap tidak dapat melarikan diri sehingga akhirnya berjaya ditangkap.
Untuk info, rod mainan yang digunakan itu merupakan rod untuk bermain layang-layang, apa yang mengejutkan ia agak kuat untuk menarik ikan di dalam air naik ke atas.
“Ikan tak pilih rod,” ringkas tulis di kapsyen.
@adri_nyer ikan tak pilih2 rod😂 #kelongpulauindah #takkumpaubossku ♬ original sound – Abg Sam (Santai)
Netizen pakat terhibur lihat lelaki pancing guna rod mainan tak kumpau
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat lelaki itu berjaya menangkap ikan dengan hanya menggunakan joran mainan.
Kebanyakan netizen juga berseloroh dengan mengatakan kaki pancing sepatutnya merasa malu kerana gagal memancing ikan meskipun menggunakan joran yang mahal.






