Lelaki Berang, Persoal Tindakan Pemuda Dipercayai Ulat Parkir Cuba Minta Bayaran [Video]
Menurut lelaki berkenaan, pemuda itu meminta bayaran sebanyak RM10 kerana meletakkan kereta di kawasan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui isu seperti ulat parkir ada berlaku di beberapa kawasan khususnya di tempat tumpuan.
Apa yang menjengkelkan mereka ini mengaut keuntungan atas angin dengan mengutip bayaran parkir di kawasan yang tidak sepatutnya.
Walhal perbuatan itu merupakan perkara yang menyalahi undang-undang dan boleh dipenjara atu denda sekiranya mengutip bayaran parkir tanpa lesen yang sah.
Lelaki persoal tindakan pemuda minta duit parkir di kawasan tak sepatutnya
Baru-baru ini, seorang lelaki turut berdepan dengan perkara sama apabila diminta untuk membuat bayaran sewaktu parkir di sebuah kawasan di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Rillo di TikTok, awalnya dia telah memarkir kenderaan di sebuah kawasan berdekatan restoran mi tarik di Pasar Seni.
Dalam video itu, kelihatan seorang pemuda telah datang dipercayai untuk mengutip wang parkir daripada Rillo.
Enggan bayar parkir minta tunjuk lesen sah
Rillo yang tidak setuju dengan perkara itu, enggan membayar parkir terbabit kepada pemuda itu. Pemuda tersebut kemudiannya memintanya untuk mengalihkan kenderaan ke tempat lain.
“Abang tak nak bayar, abang chow (pergi) je bang. Saya tak nak bertekak bang,” kata pemuda itu.
Dalam video sama kedengaran Rillo meminta pemuda tersebut untuk menunjukkan lesen yang sah sekiranya ingin dia membuat pembayaran untuk parkir terbabit.
“Kalau parkir ni kena bayar, mana lesen?” soal Rillo.
Pemuda itu sekali lagi meminta Rillo untuk beredar dari kawasan itu jika dia masih enggan membayar kerana ‘tidak mahu membesarkan masalah’ sebelum berlalu pergi.
Minta bayar RM10 atau didakwa mahu rosakkan kereta
Sewaktu disoal berapakah jumlah bayaran parkir yang diminta, Rillo mengatakan RM10. Malah dia turut mendakwa pemuda itu ingin merosakkan keretanya jika dia enggan mengalihkan kenderaan itu dari kawasan terbabit.
Rillo bagaimanapun tidak mengalihkan kenderaannya dan menunggu sekitar 20 minit di kawasan itu sebelum pemuda itu beredar.
“Suruh saya alih kereta, kalau tak dia rosakkan kereta. Saya duduk je situ dalam 20 minit sebab saya nak tengok dia nak buat apa. Akhirnya dia pergi,” ujar Rillo kepada BuzzKini.
Katanya lagi dia belum membuat sebarang laporan berhubung insiden itu namun ada perancangan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Di ruangan kapsyen, Rillo turut meminta pihak berkenaan untuk mengambil tindakan kepada pemuda terbabit kerana mengambil wang ‘haram’.
“Tolong kutip budak-budak macam ni tahu nak duit haram je.”
@rillo____ Tolong collect budak budak camni tahu nk duit haram je #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – Rillo_ – Rillo_
Ramai kecam tindakan pemuda ambil parkir di kawasan tak sepatutnya
Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa turut pernah berdepan situasi sama di mana terdapat individu yang mengutip bayaran parkir.
Ada juga mengatakan tiada bayaran yang sepatutnya diambil kerana ia adalah kawasan percuma.
Tidak kurang juga ada yang bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang buruk atau kerosakan pada kereta kerena enggan membuat bayaran.
Bahkan ada yang berpuas hati mendengar lelaki berkenaan berani menegur pemuda tersebut atas perbuatannya.
Selain itu ada yang meminta mana-mana individu mengalami situasi sama untuk memuat naik hantaran dan menularkannya ke media sosial agar tindakan boleh diambil.
“Risau je, nanti dicalar pula kereta kita kalau tak nak bayar”

“Weh sini selalu kutip. Lepas tu aku bagi alasan takda cash, sebab memang tak ada”

“Kawan aku kena dekat Pudi. Budak tu paksa bayar kalau tak bayar memang barai kereta dia. Dia cakap macam tu. Ending dia kawan aku ambil gambar dia terus cakap ‘kau tunggu gambar kau, aku ada. Kau tak boleh lari mana Malaysia ni kecil je. Kau salah orang bro cari pasal’. Kita orang gerak sampai balik dekat parkir, budak tu duduk rapat dekat situ tunggu minta maaf.”

“Terbaik bro, zaman sekarang kutip duit parkir viral”

“Lepas ni kalau sesiapa nampak atau kena pau duit parkir tolong ambil gambar atau viralkan je. Sejak bila parkir dekat Malaysia ni kena bayar? Lain lah kalau DBKL ke itu boleh lah bayar, kalau yang macam ni tolong viralkan je takut membiak..”




