Dengar Nasihat Ibu, Jam Tangan Mewah Berharga RM3 Juta Milik Sahroni Dipulangkan [Video]
Ibu kanak-kanak itu menjelaskan dia telah menasihati anaknya bahawa jam tersebut bukan milik mereka dan mesti dikembalikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak 25 Ogos lalu, kecoh di media sosial mengenai rusuhan secara besar-besaran di Jakarta, Indonesia sebagai tanda protes anti kerajaan sehingga meragut sekurang-kuranya enam nyawa orang awam.
Kemarahan rakyat mula tercetus selepas elaun kewangan untuk ahli parlimen dinaikkan. Susulan itu, rumah-rumah Ahli Dewan Perwakilan Indonesia diserbu orang ramai di mana barang-barangan mewah habis dijarah, salah satunya Ahmad Sahroni.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakyat Di Indonesia Merusuh, Ini Perkara Penting Yang Diketahui Setakat Hari Ini
Turut tular rakaman seorang kanak-kanak memegang jam tangan mewah model Richard Mille RM 40-02 McLaren Speedtrail dianggarkan bernilai 11.7 bilion rupiah (kira-kira RM3 juta) milik Ahli Dewan Perwakilan Indonesia, Ahmad Sahroni.
Ibu bapa kembalikan jam tangan RM3 juta yang diambil anaknya
Susulan kejadian, Polis Jakarta Utara segera memulakan siasatan manakala pegawai setempat mengunjungi rumah kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa kanak-kanak itu kemudiannya mengembalikan jam yang diambil anak mereka kepada pihak berkuasan tempatan.
“Proses pemulangan jam mewah Ahmad Sahroni bernilai 11 bilion rupiah yang telah dijarah dilakukan melalui Imammudin dan disertai oleh ketua Rukun Tetangga serta ketua Rukun Warga,” kata seorang individu menurut Sinar Harian yang memetik Tribunnews.
Ibu nasihat anak jangan ambil hak orang
Ibu kanak-kanak itu menjelaskan dia telah menasihati anaknya bahawa jam tersebut bukan milik mereka dan mesti dikembalikan.
“Saya kata kepadanya, jam ini bukan milik kita, kita mesti pulangkan. Ini memang bukan hak kita,” ujarnya.
Jelas wanita itu lagi, dirinya sendiri juga tidak tahu cara mengendalikan jam tangan mewah berkenaan.
“Memegang pun tidak pernah, apatah lagi tahu menggunakannya. Kami orang biasa sahaja,” katanya.
Barangan mewah milik Sahroni habis dijarah, kereta juga dirosakkan
Selain jam mewah, pelbagai barangan berharga di rumah Sahroni turut diambil ketika kejadian. Penduduk dilaporkan menjarah beg tangan Hermes dan Louis Vuitton, piano besar, figura aksi Iron Man dan Spider-Man, MacBook, Kasut Air Jordan, PlayStation 5 dan banyak lagi.
Malah, kenderaan-kenderaan mewah milik Sahroni seperti jenama BMW dan Lexus juga dirosakkan oleh orang ramai.
Susulan insiden tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara Indonesia, Komjen Dedi Prasetyo menegaskan bahawa polis akan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk penjarahan atau kekacauan.
Ujarnya, arahan telah dikeluarkan kepada semua unit polis wilayah dan daerah untuk menjalankan rondaan berskala besar bersama tentera.
Beberapa hari lalu, Parti Nasional Demokratik (NasDem) mengumumkan penggantungan tugas Sahroni dan seorang lagi ahli DPR, Nafa Urbach berhubung kenyataan kedua-duanya yang dianggap menyinggung perasaan rakyat serta menyimpang daripada prinsip dan perjuangan parti.



