Tular Rakyat Di Indonesia Merusuh, Ini Perkara Penting Yang Diketahui Setakat Hari Ini
Terdapat pelbagai punca yang menimbulkan kemarahan rakyat di Indonesia antaranya adalah kematian pemandu Ojek, Affan Kurniawan yang dilanggar oleh kenderaan polis sewaktu demonstrasi di Jakarta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak minggu lalu tular di media sosial beberapa video serta hantaran memaparkan rusuhan yang berlaku di Indonesia.
Malah kelihatan rusuhan yang berlaku turut melibatkan ramai rakyat Indonesia dan beberapa kawasan juga mengalami kerosakan dan dibakar.
Bukan hanya itu, turut tular beberapa hantaran memaparkan rumah ahli politik diceroboh dan barangan peribadi juga diambil sebagai tanda protes rakyat di negara jiran berkenaan.
Perkara ini secara tidak langsung meraih perhatian orang ramai khususnya di negara luar yang ingin mengetahui apakah punca protes rakyat Indonesia itu berlaku.
Punca rakyat Indonesia jalankan protes anti-kerajaan
Protes anti-kerajaan yang dijalankan oleh rakyat di Indonesia ini telah berlaku sejak 25 Ogos mengenai beberapa perkara.
Antara punca kemarahan rakyat Indonesia adalah:
#1 Ahli parlimen dapat elaun perumahan bulanan sekitar RM12,905.25
Pendedahan 580 ahli Parlimen menerima elaun perumahan bulanan sebanyak 50 juta rupiah (RM12,905.25) di mana ia hampir 10 kali ganda gaji minimum di Jakarta dan 20 kali ganda di kawasan luar bandar.
Susulan daripada pendedahan itu serta keadaan ekonomi yang semakin menekan, rakyat melihat elaun terbabit sebagai simbol ketidak seimbangan dan tamak.
#2 Kematian Affan Kurniawan iaitu pemandu ojek
Seorang pemandu Ojek, Affan Kurniawan yang terkorban kerana dilanggar oleh kenderaan polis sewaktu demonstrasi di Jakarta dilakukan.
Kejadian membabitkan pemandu Ojek itu telah menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat tempatan di sana dan berlaku serangan lebih besar termasuklah di ibu pejabat polis dan pembakaran bangunan di Kawasan Kwitang. Malah Gojek di Instagram turut memuat naik reben hitam serta turut bersedih dengan insiden membabitkan Affan.
#3 Rakyat bantah kenaikan cukai tanah, pendidikan, makanan
Selain itu, rakyat di Indonesia turut membantah isu berkaitan kenaikan cukai hartanah, kos pendidikan serta makanan yang meningkat termasuk pemecatan pekerja secara besar-besaran di sektor swasta.
Malah gabungan pelajar serta kesatuan buruh seperti Gejayan Memanggil dan Parti Buruh juga menuntut sistem gaji murah, penghapusan kerja kontrak serta kenaikan gaji minimum sejajar inflasi dimansuhkan.
#4 Kenyataan sombong segelintir ahli parlimen
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli parlimen turut membuatkan situasi menjadi lebih tegang. Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen dari Parti NasDem iaitu Ahmad Sahroni telah menyifatkan individu yang menuntut pembubaran parlimen sebagai ‘manusia paling bodoh di dunia’.
Dia kemudian memperbetulkan semula kenyataan terbabit selepas mendapat kecaman dan kritikan daripada orang orang ramai.
Apa yang lebih menarik perhatian, kediaman Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati yang juga ahli politik Eko Patrio yang bertukar menjadi ahli politik Uya Kuya turut dipecah masuk.
Video tular turut menunjukkan barangan peribadi seperti beg tangan, jam mewah serta tub mandi, barangan elektronik, dokumen, kenderaan dan kostum Iron Man yang dimiliki Sahroni juga diambil.
Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan betapa marahnya rakyat Indonesia terhadap isu yang berlaku.
Beberapa perkara dituntut oleh penunjuk perasaan
Selain itu, terdapat juga menunjuk perasaan turut menuntut beberapa perkara seperti:
- Perletakan jawatan Presiden Prabowo Subianto
- Pembubaran parlimen
- Pemecatan Ketua Polis Negara
Sepanjang protes ini dilakukan seramai tujuh individu dilaporkan meninggal dunia ia membabitkan Affan, pelajar universiti di Jogjakarta, seorang lelaki yang dipukul sehingga mati selepas disalah anggap sebagai polis, lapor Sinar Daily.
Manakala 469 individu dilaporkan cedera dan hampir 100 orang telah dimasukkan ke hospital.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sepanjang protes berlaku jumlah kerosakan yang direkodkan di Jakarta sebanyak 55 bilion rupiah (RM19.45 juta)
Seramai 1,200 individu telah ditahan
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto turut mengarahkan pihak berkuasa seperti askar dan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan yang melakukan pengkhianatan dan keganasan. Selain itu seramai 1,200 inidividu juga sudah ditahan.
Dalam masa sama, Presiden Indonesia itu turut menawarkan konsesi yang jarang berlaku.
Beliau telah mengumumkan pemotongan faedah penggubal undang-undang, penggantungan perjalanan ke luar negara serta siasatan terhadap tindakan polis berkaitan kematian Affan.
Malah beliau juga berjanji untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.
Selain itu, lawatan berprofil tinggi turut dibatalkan oleh Prabowo susulan krisis yang berlaku di Indonesia.



