Lelaki Teruja Lihat Baju Jenama Terkenal Di Jepun ‘Made In Malaysia’ [Video]
Menurut lelaki berkenaan harga jenama baju itu sememangnya murah namun dia tidak menyangka ianya diperbuat di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Apabila melancong ke luar negara, selain mempelajari budaya dan melihat keindahan negara berkenaan pastinya kita juga ingin membeli-belah sebagai cenderahati sebelum pulang ke Malaysia.
Jika ke Jepun antara barangan yang menjadi rebutan selain gundam, pakaian juga turut menjadi perhatian dan buruan orang ramai.
Malah ada beberapa jenama atau premis turut disenaraikan sebagai ‘wajib pergi’ sebelum pulang ke negara asal.
Pemuda teruja jumpa baju jenama terkenal di Jepun diperbuat dari Malaysia
Baru-baru ini, seorang pemuda turut melakukan perkara sama sewaktu melancong ke Jepun apabila dia dilihat berkunjung ke sebuah jenama pakaian terkenal untuk membeli barangannya.
Namun sewaktu ingin membeli pakaian di butik tersebut terdapat perkara yang mencuri perhatiannya sehingga menjadi sorotan ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Uncle Jebat di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke butik pakaian GU atau sebutannya ‘Jee-you’ di Jepun.
“Made in Malaysia mat”
Menurut Uncle Jebat, dia berkunjung ke Jepun untuk membeli pakaian di butik tersebut dan terkejut apabila melihat baju yang ingin dibelinya diperbuat daripada Malaysia.
“Aku kan jauh-jauh datang sampai ke Jepun. Aku nak cari baju, dia orang cakap dekat GU ni murah.
“Memang murah tapi perkaranya adalah, tengok dekat tag dia ni. ‘Made in Malaysia’ mat (wei). Kenapa aku susah-susah terbang, datang ke Tokyo. Aduh,” katanya yang juga berasal dari Malaysia.
Turut tanya jika ada pengikut yang tahu diperbuat dari kilang mana di Malaysia
Malah Uncle Jebat turut bertanya adakah ada yang mengetahui di manakah baju jenama itu dibuat serta ingin mengetahui berapakah harganya.
Melihat pada pakaian itu, kelihatan baju itu cantik serta diperbuat daripada kualiti kain yang bagus.
“Hati-hati yang bercadang nak melancong ke sini (Jepun),” kata Uncle Jebat di ruangan kapsyen.
Untuk makluman, jenama GU turut diasaskan oleh syarikat yang sama dengan jenama Uniqlo iaitu Fast Retailing Co. Ltd sejak tahun 2006 serta mempunyai sekitar 480 kedai di seluruh asia.
@uncle_jebat Hati-hati yg bercadang nak melancong ke sini #japan #familytrip #japantravel #japanlifestyle #japantiktok
♬ Happy Feels (NPC Life) – Trendify
Ramai yang sedar baju jenama itu banyak diperbuat dari Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengatakan butik jenama pakaian itu tidak ada di Malaysia.
Tak kurang juga ada yang mengatakan kebanyakan baju jenama GU itu diperbuat daripada Malaysia.
Ada yang memaklumkan kilang yang menghasilkan baju tersebut di Shah Alam namun sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan.
“Iya GU ni banyak baju ‘Made in Malaysia’. Lagi best dah beli 2-3 helai sampai Malaysia baru nampak tag tu”

“Biasa ni dekat luar negara. Aku dulu beli t-shirt polo Raplh Lauren dekat luar negara pun sekali tengok tag ‘Made in Malaysia’. Mula-mula rasa bangga pastu rasa lucu”

“Begitu je ya abang kena gula-gulakan”

“Dulu-dulu kilang baju banyak dekat Johor. Tapi kilang eksport luar tak jual dekat Malaysia”




