fbpx
Now Reading
Anggota Polis Arah Penunggang Motosikal Tak Pakai Helmet Berpatah Balik Raih Pujian Ramai [Video]

Anggota Polis Arah Penunggang Motosikal Tak Pakai Helmet Berpatah Balik Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam rakaman terbabit, kelihatan dua penunggang itu sedang berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat ingin memasuki jalan besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, segelintir pengguna jalan raya pasti akan merasa gugup secara tiba-tiba sekiranya terserempak dengan anggota polis meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bagi yang melakukan kesalahan undang-undang jalan raya pula, sudah pasti rasa takut itu ada dan susah untuk digambarkan.

Mana tidaknya, di dalam fikiran tentunya sudah terbayang akan diri yang akan ditahan dan dikenakan tindakan saman.

Baca Artikel Berkaitan: “Hati Kau Keras” – Ramai Terhibur Lihat Makcik Selamba Bawa Motosikal Tak Pakai Helmet Depan URB PDRM [Video]

Tular 2 penunggang motosikal kantoi tak pakai helmet dengan abang polis

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan dua penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar yang tular videonya di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @harith7danial, kejadian itu dirakam oleh pemilik video yang kebetulan berada di tempat kejadian semasa memandu kereta.

Dalam rakaman terbabit, kelihatan dua penunggang itu sedang berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat ingin memasuki jalan besar.

Anggota polis hanya tegur, minta penunggang patah balik

Secara kebetulan, pada ketika itu terdapat juga dua anggota polis yang sedang menaiki motosikal menunggu lampu isyarat hijau dari jalan raya besar sebelah kanan.

Anggota polis terbabit tidak mendekati penunggang motosikal itu, sebaliknya hanya membunyikan hon dan meminta mereka untuk berpatah balik.

Kedengaran pemandu kereta yang merakam kejadian itu hanya tertawa melihat reaksi dua penunggang motosikal berkenaan yang segera berpatah balik setelah diarah oleh polis.

@harith7danial

Buat hal 🤣

♬ original sound – 165📏

Pengguna TikTok beri pelbagai reaksi, ada yang terhibur

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.

Ada yang memuji tindakan anggota polis terbabit kerana memberi teguran terlebih dahulu daripada terus memberi saman.

Tidak kurang juga yang terhibur melihat tindakan dua penunggang berkenaan yang harus berpatah balik setelah ditegur pihak polis.

Baca Artikel Berkaitan: Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.