#GrabBersamaMalaysia: Pekerja Gig & Pihak Grab Berarak Sambut Hari Merdeka Di Sekitar Malaysia
Diketuai oleh Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti di Grab Malaysia, kontinjen seramai hampir 100 orang akan menyertai perarakan peringkat kebangsaan yang diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sempena Hari Kebangsaan, Grab dengan bangganya meraikan semangat perpaduan, ketabahan dan inovasi yang membentuk Malaysia.

Untuk tahun kedua berturut-turut, melalui semangat #GrabBersamaMalaysia, rakan pemandu dan rakan penghantar Grab bersama barisan pengurusan kanan dan warga kerja syarikat akan berarak bagi menghargai insan-insan yang memacu ekonomi digital Malaysia.
Untuk info, seramai hampir 200 lagi warga kerja serta rakan pemandu dan rakan penghantar akan mengambil bahagian dalam sambutan peringkat negeri di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan dan Pulau Pinang.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni
Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia berkata, “Tema Hari Kebangsaan tahun ini ’Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ mencerminkan jiwa kami di Grab, memperkasa rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian mereka dan menyokong perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik.
“Melalui tema Hari Kebangsaan kami, ‘Keranamu Malaysia’, kami ingin menonjolkan wira sebenar di sebalik platform ini, para rakan pemandu, rakan penghantar serta pasukan yang memeta jalan, menyesuaikan teknologi dan memastikan platform ini berfungsi untuk semua.
“Pada Hari Kebangsaan ini, kami meraikan mereka serta sumbangan mereka kepada kemajuan Malaysia.”

Sebelum perarakan bermula, Anthony Tan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab telah hadir di Putrajaya semasa raptai penuh pada 29 Ogos untuk meraikan semangat bersatu hati, memberikan sorakan kepada rakan pemandu dan rakan penghantar yang mengambil bahagian dalam perarakan, serta menyampaikan ucapan maju jaya dan mesej penghargaan di atas sumbangan mereka kepada negara.
Kisah-Kisah Wira Harian
Kontinjen perbarisan Grab di Putrajaya menampilkan individu-individu yang memberi inspirasi seperti Niyaz Naathan bin Vellasamy, Chang Yoon Khim dan Teong Siew Queen merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang gigih menjana pendapatan melalui platform Grab.
- Niyaz Naathan bin Vellasamy, salah seorang rakan pemandu berkerusi roda yang paling lama berkhidmat di platform Grab, sejak tahun 2018, berkongsi bagaimana Grab memberikan beliau peluang untuk menjana pendapatan secara berdikari walaupun berdepan pelbagai cabaran. Katanya, “melalui Grab, saya berjaya mencapai pelbagai titik perkembangan, termasuk menjalin tali silaturrahim bermakna dengan komuniti berbeza, menjelajah tempat baru, dan yang paling penting, mencapai tahap kewangan yang stabil.”
- Chang Yoon Khim, seorang bapa yang merupakan OKU pekak, telah membesarkan empat orang anak bersama isterinya yang juga OKU pekak menggunakan pendapatan daripada Grab selama tujuh tahun. Kisah beliau yang berkisar ketabahan dan kasih sayang, membuktikan bahawa halangan boleh diatasi dengan keazaman.
- Teong Siew Queen, seorang ibu tunggal dan juga pengguna kerusi roda, meluahkan penghargaan kepada Grab yang menyediakan platform yang adil, tanpa diskriminasi serta waktu kerja yang fleksibel untuk mencari rezeki. “Selain menjadi rakan pemandu Grab, saya juga seorang Pengadil Antarabangsa Tahap 1 bagi Para Powerlifting dan sering mengadili pertandingan di peringkat antarabangsa. Memandu untuk Grab adalah pilihan tepat kerana ia memberi saya kebebasan, kebolehan berdikari, serta kemampuan menguruskan jadual saya dengan mudah,” katanya.
“Sebelum menyertai Grab, saya kerap meminjam duit untuk menampung keperluan harian keluarga seperti makan dan minum.
“Namun, keadaan berubah sejak saya menjadi rakan penghantar Grab pada tahun 2019. Anak-anak saya kini sudah membesar dan saya tidak lagi perlu berhutang untuk memastikan makan minum mereka mencukupi,” kongsinya.
Membina Komuniti & Memetakan Negara


Segenap rakan pemandu, rakan penghantar dan warga kerja Grab bertekad menyumbang kebolehan mereka untuk memajukan komuniti dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam dunia sekeliling.
- Shanlee Tan bin Shamsuri Tan, seorang rakan pemandu Grab selama lapan tahun, juga memainkan peranan sebagai ahli Rakan Representative Committee (RRC). “Sebagai seorang ahli RRC, saya membimbing rakan pemandu baharu dalam komuniti kami, bagi memastikan mereka berasa yakin dan dilengkapi maklumat terkini. Menjadi pemandu Grab bukan sahaja menyediakan sumber pendapatan, tetapi juga menjadi platform untuk saya berkembang, menyokong orang lain, dan memberi impak positif,” ujarnya.
- Seorang lagi rakan pemandu yang menyumbang di sebalik tabir ialah Fun Kheng Yuen dari Ipoh, yang telah membantu menjadikan GrabMaps lebih tepat melalui pemetaan hampir 143,000 tempat menarik merentas Semenanjung Malaysia. “Semasa pandemik, pemetaan menjadi sumber pendapatan yang stabil, membolehkan saya menyara keluarga sambil memperbaiki kesalinghubungan masyarakat, meningkatkan keterlihatan perniagaan tempatan, dan memacu pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya.
- Keselamatan juga merupakan aspek utama dalam pemerkasaan komuniti. Di sinilah terserlah kepakaran Naomi Sundrasaykarum, Ketua Keselamatan Platform Serantau, Grab. “Saya percaya bahawa perhatian terhadap keselamatan harus sentiasa diutamakan. Setiap pengguna seharusnya dapat menyepadukan penggunaan perkhidmatan baharu ke dalam kehidupan seharian mereka tanpa berasa risau tentang keselamatan. Pada Hari Kebangsaan ini, saya berjanji untuk terus memberikan yang terbaik ke arah meningkatkan lagi keselamatan platform Grab,” ulasnya.

Sementara itu, reruai Grab di Putrajaya akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk penonton perarakan termasuk cabutan bertuah serta pemberian barangan eksklusif dan baucar secara percuma, untuk menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)