Penumpang MRT Berganding Bahu Hulurkan Bantuan Kepada Wanita Yang Pengsan Raih Pujian
Kongsi pengguna itu, seorang penumpang wanita yang digelar sebagai Miss Cantik tiba-tiba rebah di hadapannya sewaktu dia berada dalam koc wanita ketika waktu puncak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bila berlaku sesuatu insiden contohnya seperti kemalangan jalan raya atau perkara tidak diingini seperti kecurian, kebanyakan orang tidak terus menghulurkan bantuan.
Sebaliknya, ramai yang berlalu pergi malah lebih gemar mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan merakam kejadian untuk dikongsikan di media sosial.
Keadaan ini amat menyedihkan apatah lagi terdapat mangsa yang betul-betul memerlukan bantuan awal dari orang sekeliling.
Penumpang MRT Bersatu Hati, Hulur Bantuan Buat Wanita Yang Pengsan
Namun, berbeza pula dengan penumpang Transit Aliran Massa (MRT) ini apabila berganding bahu menghulurkan bantuan buat seorang penumpang yang pengsan ketika menaiki pengangkutan awam itu.
Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang penumpang MRT berkenaan ketika dia menaiki kenderaan tersebut di platform Threads.
Kongsi pengguna itu, seorang penumpang wanita yang digelar sebagai Miss Cantik tiba-tiba rebah di hadapannya sewaktu dia berada dalam koc wanita ketika waktu puncak.
“Saya tengah duduk, dia pula berdiri. Dia pegang besi atas tu tetapi perlahan-lahan lemah dan rebah.
“Saya pun bangun nak bagi dia duduk tetapi dia betul-betul lemah. Masing-masing yang ada dekat situ ‘ehh ehh’, peluk dan pegang dia dari jatuh. Diorang pon alihkan dia ke kerusi saya. Kami semua cuba kejutkan dia tapi dia tak sedar langsung,” kongsinya lagi.
Masing-Masing Main Peranan, Dahulukan Barang Sendiri
Menariknya, setiap penumpang menghulurkan bantuan dengan cara tersendiri. Ada yang menawarkan air untuk disapu kepada wanita berkenaan.
Ada yang sanggup memberi minyak selain membantu mengipas wanita terbabit agar pengudaraan dapat sampai kepadanya.
Malah, mereka yang berada berhampiran di pintu masuk MRT turut mencari polis bantuan untuk mendapatkan pertolongan.
“Akak yang berada di pintu lain pula tekan “Emergency Intercom” untuk buat laporan dekat orang MRT.
“Function ye semua. Masing-masing yang ada dekat situ sangat membantu dan sangat mengambil peranan! This is Malaysia guys,” kongsinya lagi.
Ketika sampai di Stesen Pasar Seni, mereka kemudiannya membuat keputusan untuk mengangkat wanita tersebut keluar dari MRT berkenaan memandangkan polis bantuan telah bersedia di situ.
Wanita yang pengsan itu kemudiannya dibawa ke Bilik Kecemasan MRT sementara menunggu rakan mangsa tiba untuk dibawa ke klinik.
Difahamkan, wanita berkenaan merupakan pelajar sebuah universiti swasta dan pada masa yang sama turut bekerja di Malaysia.
“Dekat 45 minit juga kami dekat situ teman dia sampai kawan kedua dia datang. Kedua-duanya kawan Indonesia juga dan diorang naik LRT. Kawan ketiga datang naik kereta.
“Semalam dia demam rupanya. Mungkin masih lemah tapi perlu bekerja. Kitaorang nasihatkan dekat kawan-kawan dia, bawa dia pergi klinik sebab lemah maybe kene drip.
“Kami pon beransur ke destinasi masing-masing. So gitulah cerita pagi ni. Nak cakap, saya bangga orang Malaysia baik-baik,” tulisnya lagi.
View on Threads
Pengguna Dakwa Diri Wanita Yang Pengsan Zahirkan Ucapan Terima Kasih
Menerusi ruangan balas perkongsian tersebut, seorang pengguna yang mendakwa dirinya adalah wanita yang pengsan itu menzahirkan ucapan terima kasih buat individu yang menghulurkan bantuan kepadanya.
Malah, dia menghargai setiap usaha yang dibuat oleh orang ramai ketika cuba menyelamatkan dirinya.
Bukan itu sahaja, dia turut memuji kebaikan rakyat Malaysia dan mendakwa itu adalah salah satu sebab dia memilih untuk tinggal di negara ini lebih lama.

Pengguna Media Sosial Turut Memuji Kebaikan Penumpang MRT Hulurkan Bantuan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 586,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang lain.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji tindakan penumpang MRT yang sanggup menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.
Malah, ada yang mendoakan perkara yang baik buat kesemua penumpang itu atas kebaikan yang diberikan oleh mereka.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan sikap baik individu ketika dalam kesusahan.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Antara Sebab Bersyukur Jadi Orang Malaysia, Kebanyakannya Berhati Mulia & Prihatin”

“Function Betul Kakak-Kakak Kita, Ada Minyak Cap Kapak, Essential Oil”

“Orang Malaysia Memang Baik, Saya Pernah Keguguran Dekat Toilet Angsana Johor Bahru, Cleaner Bagi Kerusi”

Baca Artikel Berkaitan: Penumpang MRT Nyanyi Lagu ‘Tanggal 31’ Bersama-Sama Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Level Hantaran RM30K” – Ramai Lelaki Puji Wanita Tular Baca Al-Quran Dalam MRT [Video]



