fbpx
Now Reading
Ini Kompilasi Filem Pendek & Video Sempena Hari Kebangsaan 2025 Yang Wajib Korang Tonton [Video]

Ini Kompilasi Filem Pendek & Video Sempena Hari Kebangsaan 2025 Yang Wajib Korang Tonton [Video]

Antara video Hari Kebangsaan yang unik bagi tahun ini tentunya MV ‘Keranamu Malaysia edisi Grab’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantun”, sudah pastilah banyak program dan promosi diadakan bagi meraikan hari istimewa itu. 

Namun setiap tahun, perkara utama yang paling dinanti-nantikan ramai pastinya filem pendek atau video kreatif yang dihasilkan oleh beberapa syarikat terkenal dalam menyambut Hari Kemerdekaan.

Jom kami kongsikan beberapa video menarik sempena Hari Kebangsaan 2025 yang wajib korang tonton!

#1 Grab

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Grab telah melancarkan Video Muzik “Keranamu Malaysia” versi mereka tersendiri.

Dengan menggunakan muzik asal Keranamu Malaysia ciptaan Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), liriknya telah digubah khas buat rakyat Malaysia yang telah membina, membentuk serta menggerakkan platform tersebut sesama mereka.

Video ini meraikan inovasi, kerjasama, perpaduan dan ketabahan yang menjadi tunjang kepada #GrabBersamaMalaysia.

#2 Petronas

Untuk Hari Kebangsaan tahun ini, Petronas telah mempersembahkan filem bertajuk ‘Sepenuh Hati’, sebuah karya yang mengangkat maksud Rukun Negara sebagai ikrar yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Filem ini meneruskan tradisi penceritaan Petronas sempena musim perayaan, dengan mengetengahkan kisah kehidupan rakyat Malaysia sebagai inspirasi kepada semangat perpaduan dan renungan bersama.

Seiring dengan tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, karya ini mengajak kita semua menzahirkan ikrar tersebut bukan sekadar kata-kata, tetapi sebagai janji dan nilai panduan untuk diamalkan dengan penuh keikhlasan.

“Semoga kita terus berpegang teguh dan melangkah sebagai satu bangsa dan negara.”

#3 BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) juga tidak terkecuali apabila hadir dengan video unik yang menampilkan seorang kanak-kanak bagi tahun ini.

Dengan menggunakan konsep temu bual, pelakon kanak-kanak ini akan bertanyakan pelbagai soalan am bagi mengetahui sejauh mana pengetahuan orang ramai tentang negara tercinta ini.

#4 Maxis

Maxis pula hadir dengan dua video sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia iaitu “Ilmu Cahaya Merdeka” dan “One Dream At A Time” dengan menampilkan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah serta Pengasas bersama PANDAI, Khairul Anwar.

Mesej pada kedua-dua video ini jelas — mahu mendorong anak muda Malaysia agar terus mengorak langkah ke hadapan dalam mencapai impian, baik dalam bidang pendidikan, sukan dn lain-lain, sekaligus berjaya dalam kehidupan.

#5 Maybank

Bersempena Hari Kebangsaaan tahun ini, Maybank juga tampil dengan video menarik untuk orang ramai.

Video dokumentari bertajuk “Pembina Impian” itu mengangkat peranan guru sebagai satu profesion mulia yang banyak membina impian kanak-kanak dari kecil lagi.

#6 Fedex Malaysia

FedEx Malaysia meraikan semangat Merdeka dengan video “Different Strangers. One Conversation. Endless Malaysian Pride”, mengetengahkan suara masyarakat majmuk di Malaysia serta peranan bahasa sebagai jambatan yang menyatukan kita semua.

Secara rumusannya, video ini mengajar kita beberapa perkara antaranya kepentingan bergaul dengan mereka dari latar belakang yang berbeza dan lebih banyak mendengar untuk mengenali seseorang dan budayanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.