fbpx
Now Reading
Individu Dakwa Terserempak Dengan Wanita Asnaf Persoal Tentang Lampin Naik Motor [Video]

Individu Dakwa Terserempak Dengan Wanita Asnaf Persoal Tentang Lampin Naik Motor [Video]

Sebelum ini, wanita yang menerima bantuan daripada MAIWP itu mendakwa dia tidak boleh berjalan selepas ‘dipaksa cucuk’ sewaktu berada di hospital untuk melahirkan anak ketujuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Jun lalu tular satu video memaparkan seorang wanita penerima asnaf yang kecewa apabila menerima lampin pakai buang yang tidak seperti diharapkannya daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dalam satu lagi video yang dikongsikan, wanita itu turut mendakwa dia ‘dipaksa cucuk’ (suntikan) dan menyebabkan kakinya kebas dan tidak boleh berjalan seperti biasa. Dakwanya suntikan yang diterima itu juga tidak direkodkan dalam buku antenantal.

Perkara itu turut mendapat respon MAIWP yang menjelaskan berhubung penghantaran lampin berkenaan serta menafikan wujudnya ‘kartel’ dalam proses pembekalan barangan.

Selain itu, MAIWP juga memberi cadangan untuk membuat penilaian semula jika ada keperluan khas atau perubahan spesikasi barang yang dimohon.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Asnaf Dakwa Sistem Agihan Barang Tidak Telus, MAIWP Tampil Beri Penjelasan

@aatvmedia.officials

‘Dipaksa Cucuk’ – Ibu 7 Anak Dakwa Alami Trauma Selepas Bersalin di Hospital Kenapa pihak Hospital Tak catat Dalam Buku Pink?? Gombak, 6 Jun 2025 – Seorang ibu kepada tujuh orang anak meluahkan kekecewaan selepas mendakwa menerima suntikan tanpa kerelaan ketika melahirkan anak di Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang menyebabkan kesan sampingan serius. Puan Puteri Kesatria binti Yahya, berkata suntikan yang diberikan ketika di bilik bersalin menyebabkan kakinya kebas serta menyukarkan pergerakan termasuk untuk berjalan seperti biasa. “Saya dipaksa cucuk. Katanya untuk elak darah beku. Saya takut masa tu, tapi dia paksa juga. Bila dah cucuk, dia terus pergi. Saya tak tahu siapa yang cucuk sebab ramai orang dalam bilik tu,” katanya. Lebih membimbangkan, tiada sebarang rekod suntikan tersebut dicatatkan dalam buku rekod kesihatan ibu (buku pink), menimbulkan persoalan mengenai ketelusan prosedur perubatan yang dilakukan. Suami beliau, Encik Firdaus, turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan menuntut penjelasan pihak hospital berhubung insiden itu. Difahamkan, ini adalah kali ketujuh Puan Puteri melahirkan anak, dan sebelum ini beliau tidak pernah menerima sebarang suntikan serupa serta tidak mengalami sebarang komplikasi. Tambah memburukkan keadaan, Puan Puteri yang merupakan golongan asnaf turut berdepan kesukaran apabila bantuan dari agensi kebajikan seperti MAIWP dan Baitulmal kerap lewat termasuk keperluan untuk dua anak OKU mereka. Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 162151714091 atas nama Puteri Kesatria binti Yahya atau hubungi beliau di 011-1434 8347. #BantuanSegera #IbuMenderita #SuntikanTanpaIzin #SuaraRakyat #KeadilanUntukPuteri #HKLResponsibility #KisahBenar #IbuDanAnak #PrihatinBersama #BantuanUntukAsnaf

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Individu dakwa terserempak dengan wanita penerima asnaf

Terbaharu tular satu video memaparkan seorang individu yang sedang memandu mendakwa terserempak dengan wanita berkenaan.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan di Threads, awalnya kelihatan kenderaan yang dipandu pemilik berkenaan melalui sebatang jalan kecil.

Dalam perjalanan terbabit kelihatan dia berhenti sebaik terlihat sebuah motosikal berhenti di tengah jalan.

Berhenti di tepi jalan untuk kutip sesuatu daripada pokok dipercayai bunga

Kelihatan seorang wanita seperti sedang memetik sesuatu daripada pokok yang berada di tepi jalan sebelah kanan.

Menyedari terdapat kenderaan pemilik dashcam ingin melalui jalan tersebut, wanita itu segera menaiki motosikal di bahagian pembonceng sebelum berjalan.

Namun dalam jarak beberapa meter kelihatan motosikal tersebut berhenti di sebuah kedai makan yang berada di sebelah kiri.

Dilihat sudah boleh berjalan

Sebaik menghampiri motosikal itu, pemilik dashcam mendakwa wanita tersebut adalah individu yang pernah tular kecewa dengan lampin pakai buang diterima sebelum ini.

“Ini dah kenapa berhenti tepi jalan. Oh memetik bunga di tepi sungai.

“Ehh, akak pampers. Alhamdulillah, dah boleh jalan ya,” dakwanya.

Menerusi video yang dikongsikan dipercayai individu itu terserempak dengan wanita terbabit pada 26 Ogos lalu sekitar jam 3.08 petang.

View on Threads

Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa wanita itu tidak pernah sakit seperti yang didakwanya sebelum ini.

Ada juga yang bersyukur kerana wanita itu boleh berjalan semula seperti biasa.

“Dia tak pernah sakit pun”

“Alhamdulillah tak mengensot dah”

“Syukur tahun depan boleh tambah anak lagi..”

“Masa orang datang buat video dia baru lepas bersalin kot, terus mengesot. Tahun depan mungkin keluar sorang lagi mungkin”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.