fbpx
Now Reading
“Aku Bangga Jadi Ore Kelate” – Tular Mat Saleh Putar Lagu ‘Cicak’ Di Denmark [Video]

“Aku Bangga Jadi Ore Kelate” – Tular Mat Saleh Putar Lagu ‘Cicak’ Di Denmark [Video]

Lagu ‘Cicak’ oleh Cikgu Naim itu dimainkan sekumpulam remaja selepas diminta oleh salah seorang pengguna TikTok dipercayai dari Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, Kelantan merupakan salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan warisan serta budaya yang masih dijaga sehingga hari ini.

Daripada makanan-makanan tradisi sehinggalah ke seni tradisional seperti dikir barat, semuanya masih dipelihara dengan baik dan menjadi salah satu tarikan utama buat para pelancong.

Malah, lagu-lagu dikir barat seperti ‘Anok Tupai’ nyanyian Halim Yazid juga diminati ramai rakyat Malaysia dan terbaharu, lagu ‘Cicak’ oleh Cikgu Naim pula kembali tular di media sosial terutamanya di TikTok.

Tular lagu dikir barat bertajuk ‘Cicak’ bergema di bumi Denmark

Ramai yang mula membuat video parodi mengenainya, namun apa yang lebih mencuri tumpuan apabila lagu terbabit juga turut bergema sehingga ke Eropah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kaspermoose.vn, lagu terbabit dimainkan oleh beberapa remaja Eropah dengan menggunakan partybox speaker sambil berjalan di sebuah kawasan di Denmark.

Dalam video itu, kelihatan remaja-remaja itu sangat ‘enjoy’ ketika memasang lagu berkenaan di hadapan orang ramai.

@kaspermoose.vn Anda kini boleh mencari lagu Malaysia di Denmark 🇲🇾🇩🇰 @FelixFc🐐 @Theodaddy😝🙉 @𝐧𝐨𝐫𝐚🩶 ♬ bunyi asal – Geng Dikir Official (G.D.O)

Lagu ‘Cicak’ dimainkan selepas ada pengguna TikTok yang minta

Lagu terbabit dimainkan selepas diminta oleh salah seorang pengguna TikTok dipercayai dari Malaysia.

Susulan itu, pemilik akaun TikTok tersebut bersama rakan-rakannya memutarkan lagu tersebut.

“Muzik Malaysia kini berada di Denmark,” ringkas tulisnya di kapsyen.

Semakan kami terhadap akaun TikTok terbabit mendapat individu itu sememangnya sering memainkan lagu di dalam speaker partybox yang diminta oleh pengikut-pengikutnya di Asia Tenggara termasuk lagu-lagu dari Indonesia.

@kaspermoose.vn Muzik Malaysia kini berada di Denmark 🇩🇰😂 Cicak – Cikgu Naim @🥽 @FelixFc🐐 @Theodaddy😝🙉 @𝐧𝐨𝐫𝐚🩶 ♬ bunyi asal – Geng Dikir Official (G.D.O)
@kaspermoose.vn Apa saja lagu terkenal lainnya dari Indonesia? 🇮🇩 @FelixFc🐐 @𝐧𝐨𝐫𝐚🩶 @Theodaddy😝🙉 ♬ mejikuhibiniu – Tenxi & suisei & Jemsii

Arwah Cikgu Naim terkenal pada awal tahun 2000

Sekadar info, penyanyi lagu ‘Cicak’, Cikgu Naim merupakan salah seorang penyanyi dikir barat di Kelantan seawal tahun 2000.

Memetik laman Facebook Pencinta Sejarah Kelantan, lagu-lagu nyanyian Cikgu Naim mengandungi pelbagai mesej ringan dan jenaka.

Cikgu Naim yang sememangnya bertugas sebagai seorang pendidik dilaporkan telah meninggal dunia pada 5 April 2007 lalu.

Sementara itu, memindai ke ruangan komen di TikTok pula, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Ada rakyat Kelantan yang berbangga lagu tersebut turut dimainkan sehingga ke Eropah dan ada pula yang memberi komen menghiburkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.