“Kau Memang S*al” – Founder Berang Selepas Pekerja Homestay Kantoi Rakam Video Sedang Mandi
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat pengasas Glow Viral, Datin Lyanaz mengamuk dan memarahi seorang lelaki yang dipercayai staf homestay berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu tidak kira lelaki atau wanita sering kali diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan lebih-lebih lagi jika berada di luar kediaman.
Namun sejak akhir-akhir ini, tempat yang disangka selamat juga boleh menjadi lokasi yang berisiko disebabkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab.
Oleh kerana itu, seseorang itu perlu sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling walaupun berada dalam rumah.
Staf Homestay Kantoi Rakam Video Founder Ketika Mandi
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pekerja homestay yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk dengan merakam video wanita sedang mandi.
Perkara itu dikongsikan oleh mangsa sendiri yang merupakan pengasas produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan di Instagram miliknya.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Datin Lyanaz mengamuk dan memarahi seorang lelaki yang dipercayai staf homestay berkenaan.
“Kau memang p*k*m*k. Macam mana kalau orang buat emak kau macam tu? Kau tahu tak aku ada anak? Kau memang si*l,” katanya.
Mungkin terlalu geram, Datin Lyanaz juga dilihat cuba memukul budak lelaki berkenaan sebelum ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ.
Malah, terdapat seorang wanita yang dipercayai ibu kepada budak lelaki itu mengangkat tangannya seolah-olah mahu memohon maaf atas perbuatan anaknya itu.
Staf Rumah Inap Didakwa Rakam Video Mandi 5 Minit, Handphone Penuh Dengan Video Lucah
Kongsi Datin Lyanaz Hassan di Instagram Story, dia mendakwa staf homestay berkenaan telah merakam videonya sedang mandi selama lima minit.
Apa yang mengejutkan adalah dia mendakwa telefon bimbit milik pemuda itu juga penuh dengan video tidak senonoh.
“Aku tengah mandi dalam tandas, staf homestay mengintai dan rekod video aku mandi selama lima minit.
“Telefon bimbit dah rampas, banyak gila video blue (porno) dalam handphone budak tu. Kurang ajar sampah masyarakat! Aku dah bagi dekat polis budak tu,” kongsinya lagi.

Founder Dakwa Pelaku Ambil Pil Kuda
Malah difahamkan, si pelaku turut mengambil barang terlarang seperti pil kuda. Kongsi Founder itu lagi, dia telahpun membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
“Terus buat laporan polis dan polis pergi cari dia, tiada dekat rumah. Majikan (pemilik homestay) telefon dia pun tak angkat.
“Aku dapat alamat dia terus aku cari parents dia dan orang kampung cakap dia hisap pil kuda.
“Hari ini parents dia datang jumpa aku nak minta jangan libat polis. Sorry ye, kena ajar,” kongsinya lagi.

Staf Homestay Rupanya Dikehendaki Polis Berkaitan Kes Dadah
Dakwanya lagi, pemuda berkenaan merupakan orang yang dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes dadah.
“Polis akan ambil kes ini sebagai kes jenayah. By the way, budak staf homestay tu ada banyak kes dadah dan wanted sebenarnya.
“Memang pegawai penyiasat sendiri bagitahu saya. Semak kad pengenalan dia banyak kes dadah dan Wanted!” tulisnya lagi.

Perkongsian Bukan Marketing, Akan Kongsi Kisah Sebenar Dalam Sesi Siaran Langsung
Menerusi hantaran terbaharu Datin Lyanaz, dia menjelaskan akan membuat penjelasan berhubung insiden tersebut.
Malah, dia menjelaskan perkongsiannya itu bukanlah teknik pemasaran seperti yang didakwa oleh setengah pihak.
“Kenapa? Salah ke saya sebagai seorang peniaga, dok cakap saya nak buat marketing kotor.
“Saya tak pernah buat apa-apa marketing kotor. Pergi scroll dulu saya punya TikTok, saya tak pernah join dan tak pernah nak dekatkan diri saya dengan marketing kotor,” jelasnya lagi.
@aliffbusu2 Individu yang record video Datin Lyanaz ketika mandi, telah mengaku record video lebih 5 minit. #datinlyanazhassan ♬ original sound – Aliff Busu
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kantoi Rakam Orang Melabur Dalam Tandas, Sekali ‘Check’ Telefon Banyak Video Tak Senonoh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Kantoi Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita Di Stesen MRT
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Lelaki Selamba Masuk Tandas Wanita & Cuba Mengintai [Video]

