fbpx
Now Reading
“Cakap Jangan Guna Lutut” – PU Syed Tegur DMA Islam Selepas Gelar Suami Bantu Isteri Bukan Lelaki Sejati [Video]

“Cakap Jangan Guna Lutut” – PU Syed Tegur DMA Islam Selepas Gelar Suami Bantu Isteri Bukan Lelaki Sejati [Video]

Jelas PU Syed, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat juga adalah khalifah serta ketua di dalam keluarga namun mereka tetap membantu isteri di rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu hantaran di Instagram yang dimuat naik oleh Dma Islam menyifatkan mana-mana suami yang membuat kerja rumah sebagai bukan lelaki sejati.

Jelasnya seorang suami tugasnya adalah untuk mencari duit, mengusai dunia serta memastikan menjadi seorang lelaki terbaik, paling kuat, berduit, dihormati dan bukan membuat kerja seperti membasuh najis anak.

Dia turut menyifatkan jika lelaki melakukan kerja rumah, ia bermaksud mereka pemalas. Ini kerana merek memilih untuk melakukan kerja di rumah termasuk mengurus anak berbanding “keluar menguasai dunia” berkemungkinan kerana takut pada isteri.

Kenyataan bongkak dan terpesong itu kemudiannya meraih perhatian ramai di mana rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakannya.

PU Syed tegur Dma Islam, beri contoh Rasulullah SAW dan sahabat juga bantu isteri

Terbaharu pendakwah bebas, PU Syed turut menegur Dma Islam serta tidak bersetuju dengan apa yang dimuat naik sebelum ini.

“Dma Islam apa yang awak sebut tentang lelaki kalau dia basuh najis anak, tolong isteri dekat rumah, buat kerja rumah itu dianggap bukan sebagai lelaki sejati, itu tak betul lah.

“Nabi Muhammad SAW sendiri pun ada membantu isteri-isteri baginda dekat rumah. Adakah membantunya (bantu isteri) Rasulullah SAW itu kepada isteri-isteri menunjukkan Nabi SAW tidak layak menjadi khalifah? Tidak.

“Nabi SAW segala-galanya, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan seluruh para sahabat Rasulullah SAW ada rekodnya yang bukan sahaja mereka menjadi khalifah, ketua di dalam keluarga, membantu isteri di rumah dan ia tidak menjatuhkan keaiban dan martabat seorang suami,” jelasnya, dalam satu video di Instagram.

Tindakan suami membantu isteri menunjukkan mereka cakna

Bahkan perkara yang dilakukan itu menunjukkan kecaknaan suami kepada kesusahan atau membantu isterinya dan ia merupakan salah satu mahabah.

Rasa seronok atau rasa kecintaan suami kepada isteri membantu melakukan kerja rumah seorang isteri itu.

Menurutnya ia bukan suatu perkara yang mengaibkan untuk seorang lelaki melakukan hal tersebut.

Tegur Dma Islam untuk jangan beri pandangan yang mengarut untuk perhatian

Dalam masa sama, PU Syed turut meminta agar Dma Islam untuk tidak memberikan pandangan yang mengarut bagi mendapatkan perhatian orang lain.

Ini kerana ia sangat pelik dan menyalahi daripada apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang suami.

“Tak salah suami bantu isteri di rumah, nak basuh najis anak ke, nak masak ke, nak menyapu ke. Saya kenal ramai sangat kawan-kawan saya yang masak di rumah. Bukanlah bermakna dia (kawan PU Syed) hari-hari masak, tapi ada masa dia masak.

“Ada masa dia menolong isterinya, ada masa dia menolong anak-anak buat kerja rumah dan sebagainya. Itu tidaklah menjatuhkan keaiban atau martabat seorang suami bahkan itu menunjukkan suami cakna kepada rumah tangga mereka.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.