fbpx
Now Reading
Ramai Puji Pengantin Buat Majlis Kahwin Waktu Breakfast, Siap Bagi Doorgift Sayur Segar [Video]

Ramai Puji Pengantin Buat Majlis Kahwin Waktu Breakfast, Siap Bagi Doorgift Sayur Segar [Video]

Menerusi hantaran yang dikongsikan, kelihatan keluarga pengantin perempuan menyediakan pelabagai jenis sayur-sayuran yang boleh dipilih tetamu sebagai buah tangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Majlis perkahwinan merupakan salah satu majlis keramaian yang sering dinanti-nantikan oleh setiap individu khususnya pasangan pengantin.

Yelah, masa inilah mereka ingin melihat majlis yang selama ini diimpikan akhirnya menjadi kenyataan.

Bukan hanya itu, umum mengetahui mengatur majlis perkahwinan juga bukan satu perkara yang mudah bahkan banyak perkara yang perlu disediakan dari segi jemputan tetamu, makanan dan sebagainya.

Pengantin buat majlis kahwin konsep sarapan pagi

Baru-baru ini, satu pasangan pengantin dan keluarganya tampil dengan majlis unik apabila mengadakan majlis perkahwinan pada waktu pagi dan menyediakan hidangan makanan berkonsepkan sarapan pagi.

Kebiasaannya majlis perkahwinan sering dimulakan pada waktu tengah hari atau malam namun keluarga ini membawa kelainan dengan meraikan pasangan mempelai pada waktu pagi.

Menerusi Threads, seorang pengguna, Huda berkongsi majlis perkahwinan adiknya iaitu Haida dan Luqman yang diadakan pada Sabtu lalu (23 Ogos) di Cameron Highlands, Pahang.

Turut buat majlis pernikahan waktu yang sama

Apa yang menarik perhatian ramai, bukan sahaja majlis tersebut diadakan pada waktu pagi tetapi ia turut dihiasi dengan dekorasi yang begitu cantik.

Kelihatan pengantin memilih pelamin rona putih dengan hiasan bunga warna-warni seperti merah, kuning, oren dan putih.

Dekorasi ini secara tidak langsung membuatkan vibe acara cantik seperti mengadakan majlis bertema taman.

Bagi baju pula pengantin tampil dengan baju berwarna putih kerana majlis pernikahan turut diadakan pada waktu yang sama.

“Ini merupakan majlis nikah dan kenduri belah pengantin perempuan pada hari Sabtu, 23 Ogos.

“Kami berasal daripada Cameron Highlands, merupakan generasi ketiga yang dilahir dan dibesarkan di sini.

“Kami sekeluarga bekerjasama untuk menjayakan majlis ini mengikut idea pengantin perempuan. Haida menginginkan konsep ‘breakfast wedding. Bagi memudahkan perjalanan majlis supaya ahli keluarga dan tetamu boleh terus menjamu selera setelah nikah pada jam 9 pagi sehingga jam 1 tengah hari,” kata Huda kepada BuzzKini.

Sediakan jem strawberri yang dibuat sendiri oleh ibu pengantin dan sayur-sayuran segar sebagai doorgift

Malah apa yang lebih menarik mereka turut tampil dengan idea unik iaitu memberikan sayur-sayuran segar sebagai buah tangan atau doorgift kepada para tetamu.

Antara sayur-sayuran yang disediakan seperti:

  • Lada benggala
  • Kobis
  • Terung
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Keldek
  • Timun
  • Cili besar

“Sebagai anak jati Cameron Highlands, Haida nak bagi buah tangan atau doorgift yang sinonim dengan Cameron Highlands. Jadi ibu kami memasak jem strawberi khas untuk para tetamu yang hadir.

“Booth sayur-sayuran merupakan tajaan pakcik dan makcik kami. Keluarga pengantin lelaki turut diberikan serbuk teh dan pokok kaktus sebagai buah tangan. Tidak dilupakan adat Melayu, tetamu juga diberikan bunga telur yang berwarna-warni sesuai dengan tema majlis.”

View on Threads

Majlis perkahwinan diadakan secara intimate hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat

Kata Huda lagi majlis perkahwinan tersebut diadakan secara intimate di mana hanya ahli keluarga, saudara mara serta kenalan rapat sahaja yang dijemput untuk meraikan pengantin.

Total tetamu yang hadir ke majlis ini sekitar 600 orang dan ia diadakan di The Cool Point Hotel di pekan Tanah Rata.

Jika ke Cameron Highlands pasti ramai yang tahu kawasan ini sesak pada hujung minggu. Oleh itu, pengantin memilih lokasi majlis di hotel ini untuk memudahkan tetamu yang hadir.

Jelas Huda lagi menu hidangan yang disediakan untuk para tetamu adalah nasi lemak, lontong, laksam, nasi kerabu, nasi dagang, roti bakar dan juga kuih-muih tradisional.

Selain itu, abang ipar kepada pengantin turut menyediakan air balang seperti:

  • Yogurt strawberi
  • Jus soda serai bersama longan
  • Ais krim Malaysia

Selain itu para tetamu juga turut dihidangkan dengan pencuci mulut, tiramisu serta pilihan air seperti kopi dan juga matcha yang menjadi kegemaran pengantin perempuan dari Meks Kopi.

Video memaparkan majlis sama turut menjadi tular di TikTok apabila dikongsikan oleh saudara pengantin iaitu Aina.

@ainaawhooo

Cousin’s breakfast wedding in our hometown, Cameron Highlands. Soft skies, warm hearts, and sweeter memories💖 #breakfastwedding #cameronhighlands

♬ Dia – Sheila Majid

Ramai puji dan suka konsep breakfast wedding

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka dan memuji ia satu majlis yang cukup indah dengan konsep yang unik.

Bahkan ramai yang ingin melakukan atau menghadiri majlis perkahwinan seperti itu.

Malah mereka mengatakan majlis yang dilakukan di Cameron Highlands turut kelihatan menarik kerana suasana di kawasan berkenaan yang nyaman dan tenang.

Bagi mana-mana individu yang berminat untuk menempah jem strawberi anda boleh berkunjung di sini.

“Bagus juga wedding buat pagi. Sempat habis majlis baru checkout hotel”

“Nice juga tema breakfast wedding, ni sebab breakfast lagi macam-macam menu”

“Satu-satunya majlis kahwin di luar yang saya approve. Sebab kalau tempat lain fikir macam mana orang tahan panas.

“Saya suka dengan konsep, wedding yang sangat menarik. Tahniah”

“Doorgift sangat menarik! Dan ia juga praktikal, tahniah untuk perkahwinan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.