“Pernah Rasa Apa Dia Rasa” – Peniaga Sedekah Tauhu Bergedil Kepada Pelanggan Cilik Raih Pujian [Video]
Melalui perkongsian itu, kedengaran kanak-kanak itu bertanyakan kepada peniaga tersebut harga tauhu bergedil yang dijualnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia seringkali diingatkan agar sentiasa berbuat baik antara satu sama lain tanpa mengira status dan agama.
Buat sesetengah individu, ada yang menjadikan pengalaman sendiri pernah hidup dalam keadaan keadaan susah sebagai asbab untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang berada dalam kesusahan.
Ini kerana pengalaman sebegitu membuatkan mereka lebih memahami apa yang dirasa oleh orang lain.
Pelanggan Cilik Datang Kedai Tapi Hanya Ada RM1
Baru-baru ini, seorang peniaga tauhu bergedil berkongsikan momen menyentuh hati sewaktu berhadapan dengan seorang pelanggan ciliknya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @shaunytauhugendut.co, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki menghampiri gerai peniaga berkenaan yang terletak di tepi jalan.
Melalui perkongsian itu, kedengaran kanak-kanak itu bertanyakan kepada peniaga tersebut harga tauhu bergedil yang dijualnya.
Peniaga itu kemudiannya menjelaskan bahawa tauhu bergedil dijual dengan harga RM2 bagi setiap satu.
Apa yang menjadi perhatian adalah si cilik tersebut terus mengambil duit dari poket baju Melayu yang dipakainya.
Namun, difahamkan dia hanya memiliki RM1 dan membuat keputusan untuk tidak membeli dan mahu beredar dari situ.
Peniaga Tersentuh, Terus Beri Sebiji Tauhu Bergedil Secara Percuma
Tersentuh dengan tindakan budak lelaki berkenaan, peniaga itu terus bertanya kepada kanak-kanak itu sama ada dia mahu tauhu bergedil tersebut.
Malah tanpa berfikir panjang, peniaga itu dilihat terus membungkus sebiji tauhu bergedil di atas tisu dan menuangkan kuah kicap untuk dinikmati bersama.
“Sis bagi satu sebab sis yang dewasa makan dua biji dah kenyang, inikan pula adik kecil comel ini, confirm kenyang,” tulisnya pada video berkenaan.
Kanak-kanak itu dilihat mengambil tauhu tersebut sebelum berlalu pergi.
Situasi berkenaan membuatkan peniaga tauhu bergedil itu menjadi sebak lebih-lebih lagi ketika ditanya oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya.
“Dia nak makan tapi dia bawa keluar RM1 je,” katanya.
Pernah Alami Situasi Sama Seperti Kanak-Kanak
Kongsi peniaga itu lagi, dia tersentuh melihat keadaan kanak-kanak lelaki tersebut kerana pernah berhadapan dengan situasi sama.
“Hari ini sis touching (tersentuh) sikit sebab sis pernah rasa apa yang adik ni rasa. Teringin tapi duit belanja tinggal yang mana ada ja, kadang dah habis sebab dah berbelanja.
“Semoga dengan satu pemberian akan datang lagi berlipat ganda (rezeki) di kemudian hari, Amin,” tulisnya.
@shaunytauhugendut.co harini sis touching sikit , sebab sis pernah rasa apa yg adik ni rasa ” teringin tapi duit belanja tinggai yg mana ada ja , kdg dh hbis sbb dh brbelanja ” , semoga dengan satu pemberian akan datang lagi berlipat ganda dikemudian hari aamin ❤️ #shaunytauhugendut #tauhugendut #tauhubergedil #bergedil #fyp #sungaipetani ♬ som original – rh love
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Tersentuh & Mendoakan Yang Terbaik Buat Peniaga
Perkongsian yang telah mendapat lebih 2.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan peniaga berkenaan yang tidak kedekut dan ikhlas memberi tauhu bergedil secara percuma kepada kanak-kanak terbabit.
Malah, ada yang mendoakan agar peniaga itu dikurniakan rezeki sebagai balasan kebaikan yang dibuat.
Bukan itu sahaja, ada pengguna yang menyuarakan hasrat mahu membuat infak agar peniaga berkenaan dapat memberi tauhu jualannya secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Tak Miskin Seseorang Jika Niat Untuk Sedekah, Tahniah Kakak & Abang”

“Kak Minta QR, Saya Nak Buat Infak Untuk Budak-Budak Yang Tak Mampu Beli”

“Bayangkan Dekat Akhirat Nanti, Tauhu Harga RM2 Inilah Buat Dia Masuk Syurga”

“Dia Datang Sebagai Ujian Untuk Kita Buat Keputusan Yang Betul, Terima Kasih Kak”

Baca Artikel Berkaitan: “Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Keluarga Sedekah Minuman Buat Pelajar MRSM Terkandas Di Tepi Highway [Video]


