Aksi Pemandu Gigih Kejar Rider Siap Ikut U-Turn Selepas Dilanggar Lari Curi Perhatian [Video]
Dakwa pemandu wanita itu, penunggang motosikal yang membawa sebakul durian tersebut melanggar bumper keretanya kerana leka bermain telefon.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila berada di atas jalan raya, setiap pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang jalan raya. Namun masih ramai yang berdegil dan melakukan onar sehingga menyusahkan pihak lain.
Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kes kemalangan, malah juga mampu meragut nyawa seseorang jika tidak berhati-hati.
Antara kes yang biasa dipandang remeh tetapi membawa kesan besar adalah bermain telefon semasa memandu. Perlu diingatkan bahawa nahas boleh berlaku dengan begitu pantas meskipun tidak memandang jalan raya dalam satu saat sahaja.
Rider Didakwa Langgar Bumper Kereta Kerana Leka Main Dengan Telefon
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nhszxx_) apabila seorang pemandu wanita berkongsi satu situasi tidak terduga yang berlaku pada dirinya ketika mahu bercuti ke Cameron Highlands.
Menerusi rakaman dashcam tersebut, kelihatan wanita terbabit sedang mengejar seorang penunggang motosikal di sebuah jalan berselekoh. Dakwa si pemandu, rider yang membawa sebakul durian di belakangnya itu telah melanggar kereta dan terus lari tanpa berhenti atau berkata apa-apa.
Insiden itu didakwa berlaku apabila penunggang motosikal leka bermain dengan telefon sehingga merempuh bahagian bumper depan kereta wanita terbabit.
“Sibuk sangat tengok telefon sambil bawak motor sampai langgar orang lepas tu lari. Sekurang-kurangnya minta maaflah,” katanya di ruangan kapsyen.
Pemandu Sanggup U-Turn Di Kawasan Gaung Untuk Kejar Rider
Namun perkara yang mencuri perhatian adalah usaha wanita berkenaan bagi mengejar lelaki itu. Kebiasaannya, segelintir pemandu akan membiarkannya lari dan terus membuat laporan polis.
Tetapi wanita itu gigih mengejar kerana mahu berdepan dengan individu yang telah membuat onar terhadap kenderaannya sehinggakan sanggup mengikut rider berkenaan melakukan pusingan U (U-turn) di kawasan berhampiran gaung.
@nhsxx_ Ahad, 24.08.25 Baru nak naik cameron highland dah kene langgar tepi kereta dengan motor ni, sebok sangat tengok phone sambil bawak motor sampai langgar orang lepastu lari. Atleast minta maaf lah. Kejar pun tak dapat, sampai durian yang dibawa pun jatuh tengah jalan, punyalah nk lari tu. Lepas ni hati hati la ye 😓 #cameronhighland #fyp ♬ original sound – Kendy
Tonton video penuh [DI SINI].
Bakul Durian Jatuh Atas Jalan Raya
Dalam satu hantaran lain, kelihatan rider berkenaan tetap meneruskan perjalanannya meskipun tahu dia sedang dikejar oleh pemandu itu. Dalam masa insiden kejar-mengejar itu berlaku, bakul durian milik rider itu pula terjatuh.
Namun disebabkan tidak mahu tertangkap, penunggang motosikal sanggup membiarkan buahnya yang berselerak di atas jalan raya.
Apa yang mencuri tumpuan, dia mendakwa telah mengambil durian-durian berkenaan selepas menunggu rider terlalu lama di situ.
“Durian jatuh, orangnya hilang dah. Tapi duriannya dah kami ambil,” kata wanita tersebut.
@nhsxx_ Replying to @azaa ♬ king shiki – I’m Ryuu☕
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Pemandu Yang Gigih Kejar Rider
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat cuit hati melihat gelagat pemandu yang tidak mahu beralah dengan penunggang motosikal yang didakwa melanggarnya.
“Bersungguh noh kejar sanggup sampai nak masuk gaung tu,” seloroh seorang pengguna TikTok.
“Weh lawak sumpah. Yang kau ikut pusing dah kenapa,” terhibur seorang wanita.
Netizen dalam masa sama mempersoalkan tindakan rider yang tidak mahu berhenti untuk sekurang-kurangnya meminta maaf atas kesalahannya.
“Apa salahnya berhenti minta maaf,” kata seorang warganet.
Sementara itu, segelintir individu juga tergamam dengan aksi penunggang motosikal yang sanggup meninggalkan buah yang banyak sewaktu cubaannya melarikan diri.
“The real durian runtuh. Boleh buat movie ni,” jenaka seorang lelaki.







Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya
Baca Artikel Berkaitan: 5 Individu Ditahan Polis Dalam Kes Langgar Lari Di Jalan Klang Lama Miliki Rekod Jenayah Lampau [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 17 Tahun Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah Di Ipoh