fbpx
Now Reading
Ramai Ingat Untuk Wanita Je! Rupanya Lelaki Pun Boleh Ambil Asid Folik Untuk Tingkatkan Kesuburan

Ramai Ingat Untuk Wanita Je! Rupanya Lelaki Pun Boleh Ambil Asid Folik Untuk Tingkatkan Kesuburan

Kongsi Dr Raihana, fungsi asid folik adalah bagi mengelakkan bayi mendapat kecacatan otak dan tulang belakang (neural tube effect).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi pasangan suami isteri, anak merupakan penyeri dalam kehidupan berumah tangga. Namun bila sebut tentang anak, tidak semua dikurniakan rezeki mendapatkannya dalam tempoh yang singkat.

Buat pasangan suami isteri yang sedang ikhtiar hamil (TTC), asid folik (folic acid) merupakan vitamin yang sering disaran oleh pakar khusus buat wanita jika mereka sedang berusaha untuk mendapatkan anak.

Tahukah anda, pengambilan asid folik ini bukanlah hanya untuk kaum Hawa sahaja? Sebaliknya, lelaki juga boleh mengambil asid folik sebagai usaha untuk meningkatkan kesuburan.

Lelaki Juga Boleh Dapat Manfaat Daripada Asid Folik

Berdasarkan perkongsian oleh seorang usahawan yang juga merupakan doktor perubatan, Dr Raihana Ismail di Threads, lelaki juga boleh mendapat manfaat dengan pengambilan asid folik pada setiap hari.

“Ramai orang ingat folic acid ini untuk perempuan je, especially bila nak kahwin or tengah plan nak pregnant. Tapi sebenarnya, both perempuan and lelaki pun boleh (dapat) benefit dari folic acid.

“Cumanya, main focus memang dekat perempuan sebab dia yang akan pregnant, so badan dia kena cukup vitamin ni dulu,” jelasnya.

Kongsi Dr Raihana atau lebih mesra disapa sebagai Dr Rai, fungsi asid folik adalah bagi mengelakkan bayi mendapat kecacatan otak dan tulang belakang (neural tube effect).

“That’s why doktor selalu recommend perempuan start makan at least 3 bulan sebelum cuba pregnant.

“Even kalau belum pregnant lagi pun, bagus dah start awal sebab kadang pregnancy datang tanpa kita plan,” terangnya.

Asid Folik Boleh Tingkatkan Kualiti Sperma

Kongsi Dr Rai, terdapat kajian yang menunjukkan asid folik boleh membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki.

“Maksudnya, sperma dia lebih sihat, kurang risiko ada ‘abnormalities’ yang boleh effect chances untuk dapat anak.

“So, kalau both husband and wife sama-sama makan, kira lagi strong team effortlah kan,” jelasnya.

Malah, perkara yang sama turut dikongsikan oleh pengamal perubatan popular, Dr Ahmad Samhan dalam satu perkongsiannya di TikTok.

Jelas Dr Samhan, pengambilkan asid folik sangat penting untuk kesuburan lelaki di mana ia membantu mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma selain boleh memekatkan (air mani) dan meningkatkan kualiti sperma.

Boleh Cegah Penyakit Lain Seperti Masalah Jantung & Strok

Bukan hanya baik untuk kesuburan, lelaki yang mengambil asid folik dapat mencegah penyakit berbahaya yang lain.

Memetik laman Hello Doktor, penyakit tersebut adalah:

  • Masalah jantung dengan membantu merendahkan tahap homocysteine
  • Masalah otak dengan membantu kognitif berada pada tahap yang normal
  • Penyakit kardiovaskular seperti strok
  • Beberapa jenis anaemia (kekurangan sel darah merah)
  • Cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain

Berapa Dos Yang Diperlukan?

Kongsi Dr Raihana lagi, dos yang disarankan untuk lelaki mengambil asid folik adalah berbeza dengan wanita.

Ini kerana dos untuk wanita lebih spesifik iaitu 400 Micrograms (mcg) sehari bergantung kepada nasihat doktor.

“Untuk lelaki pula, tak wajib sangat tapi memang recommended kalau nak boost kesihatan reproduktif.

“Lagi-lagi kalau lifestyle dia ada faktor macam stres, merokok, kurang makan sayur hijau atau makanan sihat.

“So, simple answernya ialah perempuan memang wajib ambil, sebab itu critical untuk baby nanti.

“Lelaki pulak tak wajib, tapi kalau nak support journey TTC, makan sekali pun lagi bagus. Teamwork gitu,” kongsinya.

View on Threads

Namun menurut Dr Samhan, seorang lelaki boleh mengambil asid folik sebanyak satu biji sehari bersamaan mcg memetik Maskulin.

Tonton video penuh [DI SINI]

Sumber Utama Asid Folik

Menurut laman Hello Doktor, antara makanan yang menjadi sumber utama asid folik adalah seperti:

  • Sayur-sayuran contohnya brokoli, asparagus dan bayam
  • Buah-buahan seperti pisang, avokado dan strawberi
  • Daging seperti daging lembu, ayam, itik dan telur
  • Kekacang (kacang kuda)
  • Suplemen vitamin B yang diperakui pakar

Kesan Sampingan Jika Terdapat Lebihan Asid Folik

Namun, pengambilan asid folik yang terlalu banyak boleh memberi kesan sampingan kepada individu itu sendiri.

Ia boleh menyebabkan lebihan nutrien dalam badan tidak dapat dikumuhkan. Malah menurut kajian, asid folik yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah seperti:

  • Masalah hati dan neurologi
  • Rintangan insulin
  • Peningkatan risiko kanser

Oleh kerana itu, individu disarankan untuk berbincang bersama pakar terlebih dahulu sebelum pengambilan asid folik.

Baca Artikel Berkaitan: Nampak Biasa Tapi Berisiko Untuk Lelaki! Doktor Kongsi Makanan Yang Boleh Jejas Kualiti Sperma [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Manfaat Senaman Squat, Bagus Untuk Tingkatkan Kesihatan Seksual Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Asid Folik Bukan Hanya Untuk Wanita Hamil, Penting Bagi Kesihatan Otak & Banyak Lagi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.