fbpx
Now Reading
“Murahnya Jual” – Daging & Ayam Sama Harga, Ramai Puji Peniaga Masih Jual Burger RM3 [Video]

“Murahnya Jual” – Daging & Ayam Sama Harga, Ramai Puji Peniaga Masih Jual Burger RM3 [Video]

Menariknya, patty burger yang digunakan oleh peniaga berkenaan bukanlah jenama biasa, sebaliknya jenama terkenal iaitu Ramly.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Burger khususnya yang dijual di tepi jalan merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia lebih-lebih lagi untuk dinikmati pada waktu malam.

Bagi kebanyakan orang, ia merupakan makanan yang mudah dan mengenyangkan apatah lagi harga yang dijual agak berpatutan.

Namun seiring dengan peredaran zaman, ada peniaga yang terpaksa menaikkan harga menu tersebut menjadikan ia dijual sekurang-kurangnya RM4 bergantung kepada lokasi dan bahan yang digunakan.

Peniaga Burger Tepi Jalan Jual Burger RM3, Tambah RM1 Tambah Cheese Atau Telur

Berbeza pula dengan seorang peniaga tepi jalan ini yang masih menjual burger dengan harga yang amat murah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @poplokal_, kelihatan peniaga tersebut sedang menyediakan burger yang dijualnya.

Apa yang menjadi perhatian adalah harga jualan hidangan berkenaan disifatkan amat murah jika dibandingkan dengan peniaga lain.

Manakan tidak, bagi menu burger ayam atau burger daging, dia hanya menjualnya dengan harga RM3.

Buat mereka yang mahu menggandakan isi patty tersebut, dia hanya mengenakan harga RM5.50.

“Burger biasa RM3, daging ayam sama harga. Cuma kalau abang nak tambah telur RM1, tambah Cheese RM1. Kalau abang nak doublekan (ganda) cuma RM5.50 jelah,” katanya.

Menariknya, patty burger yang digunakan bukanlah jenama biasa, sebaliknya jenama terkenal iaitu Ramly.

Dah Berniaga 9 Tahun, Boleh Jual Sehari 400 Biji Burger

Kongsi peniaga berkenaan, dia telah menjalankan perniagaan burger itu sejak sembilan tahun lalu.

Malah, dia menjual makanan tersebut dengan harga RM2 sehingga sebelum berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 yang lalu.

Bukan itu sahaja, dia mendedahkan boleh menjual menu berkenaan dengan anggaran sebanyak 400 biji burger dalam masa satu hari.

Individu Beli 6 Burger Ayam & Burger Daging Special Hanya Berjumlah RM24

Melalui perkongsian itu juga, pemilik video berkenaan telah membeli tiga burger ayam dan tiga burger daging yang kesemuanya istimewa (special) dengan keseluruhan jumlah yang perlu dibayar hanyalah bernilai RM24.

“RM24? Kalau dekat luar (tempat lain) mahu RM50 kot,” kata pemilik video itu.

Peniaga Jarang Tutup, Gerai Burger Beroperasi Setiap Hari

Kongsi peniaga itu lagi, dia beroperasi setiap hari bermula jam 4 petang sehingga 12 malam.

Pun begitu, ada ketikanya dia akan menutup gerainya itu pada setiap hari Sabtu namun ia hanya berlaku sebulan sekali.

Difahamkan, gerai burger milik peniaga itu terletak di Taman Melati, Jalan Madrasah, Gombak Setia berhadapan dengan Kompleks Beliawanis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

@poplokal_

Cari burger RM3.00 area Gombak memang sini lah port dia😋 📍Burger L.A RM3.00 Jln Madrasah, Gombak Setia, Kuala Lumpur 🗓️Isnin – Ahad ⏰4ptg – 12mlm Follow poplokal untuk banyak lagi port makan best🔥 Nak kami promote gerai/kedai anda? PM kami sekarang⚡️

♬ original sound – poplokal – poplokal

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Persoal Berapa Keuntungan Peniaga Hanya Jual Burger RM3

Video yang telah mendapat lebih 590,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat harga burger yang dijual peniaga terbabit.

Ada yang memuji peniaga berkenaan kerana masih mengekalkan harga murah walaupun kebanyakan peniaga lain telah menjual burger biasa dengan harga bermula RM4.

Namun, ada juga yang mempersoalkan berapa keuntungan yang diperolehi sekiranya masih menjual harga berkenaan.

Pada masa yang sama, ada pengguna yang merupakan pelanggan peniaga itu mengakui kesedapan burger yang dijual sselain hidangan lain seperti Roti John yang hanya terdapat pada bulan puasa.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Kalau RM3 Abang Ni Jual Memang Untung Tipis, Pergi La Support”

“Saya Penjual Burger Juga, Kena Tengok Saiz Daging Burger Berapa Gram & Saiz Telur Apa”

“Dahla Pakai Patty Ramly, Murah Pula Tu, Ada Setengah Kedai Burger, Brand Entah Apa-Apa, Harga Sama Level Dengan Brand Ramly”

“Dulu Abang Ni Jual RM2, Masa Tu Rata-Rata Burger Orang Jual RM3 Ke RM3.50, Sekarang Orang Jual RM4 Ke RM5, Abang Ni Baru Naik RM3”

“Sedap Burger Abang Ni, Time Bulan Puasa Dia Jual Roti John Sekali, Roti John Dia Sedap”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dipuji Jual Burger RM2, Siap Kongsi Rezeki Beri Kucing Jalanan Makan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Di Taman Melati Jual Nasi Ayam RM3.50 Buat Ramai Tak Sabar Nak Cuba [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.