fbpx
Now Reading
Anak Bekas PM Ditahan Polis, Dadah Ditemukan Di Dalam Kereta Mewah

Anak Bekas PM Ditahan Polis, Dadah Ditemukan Di Dalam Kereta Mewah

Suspek berusia sekitar 20-an itu ditahan ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sekitar Damansara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (24 Ogos), gempar berita mengenai seorang anak bekas Perdana Menteri telah ditahan polis berkaitan kes dadah.

Difahamkan, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 20-an itu ditahan selepas polis menemukan dadah dalam keretanya di Lebuh Raya Sprint, Petaling Jaya berhampiran Plaza Tol Damansara semalam.

KP Selangor sahkan penahanan suspek

Memetik Kosmo, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu.

“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas.

Suspek ditahan ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sekitar Damansara.

Heroin dan peralatan penyalahgunaan dadah ditemukan dalam kereta mewah suspek

Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sejumlah kecil heroin serta beberapa peralatan dipercayai untuk penyalahgunaan dadah.

Malah, suspek didakwa mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Memetik Bernama, pemuda itu memandu secara mengundur dengan laju dan berbahaya serta berada dalam keadaan mencurigakan di Kilometer (KM) 0.6 lebuh raya terbabit.

Dia kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, memetik Awani pula, suspek yang ditahan bersama heroin di dalam kereta mewah itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.