fbpx
Now Reading
myBurgerLab Pecat COO, Andrew Chong Selepas Tular Posting Kritik Undang-Undang Berkaitan Solat Jumaat

myBurgerLab Pecat COO, Andrew Chong Selepas Tular Posting Kritik Undang-Undang Berkaitan Solat Jumaat

Menurut myBurgerlab, pihaknya sudah menamatkan perkhidmatan Andrew selaku COO di syarikat tersebut berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai catatan Ketua Pegawai Operasi (COO) myBurgerLab, Andrew Chong di X yang mempersoalkan undang-undang kerajaan Terengganu yang akan mendenda lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tanpa alasan munasabah.

Dia kemudiannya membuat permohonan maaf dan menjelaskan sudah menurunkan posting berkenaan.

Tindakan itu bagaimanapun tidak meredakan kemarahan orang ramai memandangkan tangkap layar posting itu sudah pun tular dan sohor di platform media sosial yang lain termasuk Facebook.

Baca Artikel Berkaitan: Persoal Undang-undang Solat Jumaat, COO MyBurgerLab Mohon Maaf

myBurgerlab tamatkan khidmat Andrew sebagai COO bermula 22 Ogos

Terbaharu myBurgerLab memaklumkan pihaknya sudah menamatkan perkhidmatan Andrew selaku COO di syarikat tersebut berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, francais burger berkenaan memohon maaf dan menjelaskan catatan peribadi Andrew bukanlah kenyataan rasmi myBurgerLab dan tidak mencerminkan prinsip teras mereka iaitu penghormatan, perpaduan, dan keterangkuman bagi semua rakyat Malaysia.

“Kami amat dukacita dengan catatan peribadi di media sosial daripada bekas Ketua
Pegawai Operasi kami, Andrew Chong, yang telah menimbulkan kemarahan, kekecewaan, dan kesakitan yang wajar, khususnya di kalangan rakan Muslim kami akibat tidak menghormati nilai-nilai Islam.

“Catatan Andrew bertentangan dengan nilai-nilai kami, dan kami mengambil tanggungjawab penuh atas kelalaian ini.”

Kutuk sebarang dikriminasi terhadap agama

myBurgerlab dalam masa sama turut menjelaskan pihaknya sedang menyemak polisi dalaman syarikat selain akan melaksanakan latihan sensitiviti budaya secara mandatori dengan pakar seperti JAKIM.

Jelas mereka lagi, latihan itu akan akan dilengkapkan dalam tempoh 30 hari dan akan dilakukan secara tahunan.

“Kami mengutuk sebarang bentuk diskriminasi atau ketidakhormatan terhadap agama serta berdiri teguh bersama komuniti Muslim kami. Kepada semua yang terkesan, kami menyampaikan permohonan maaf yang tulus ikhlas.

“Kepercayaan diperoleh melalui tindakan. Kami berikrar untuk lebih berwaspada bagi memastikan myBurgerLab kekal sebagai simbol keharmonian Malaysia di mana
setiap individu berasa dihormati. Kami amat menyesal dan dengan rendah hati memohon keampunan anda sambil kami membina semula kepercayaan anda. Terima kasih atas sokongan anda.”

myBurgerLab dalam masa sama turut mengalu-alukan maklum balas dari orang ramai dan ia boleh disalurkan di sini.

Netizen beri pelbagai komen

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen tanpa mengira agama dan bangsa memuji tindakan proaktif myBurgerLab dalam menguruskan perkara itu.

Pun begitu ada segelintir yang mempersoalkan apakah bukti yang MBL sudah menamatkan perkhidmatan Andrew. Ada juga yang berpendapat tindakan itu tidak menyelesaikan isu berkenaan dan mendakwa bekas COO itu sebenarnya merupakan pengasas bersama MBL selain mempunyai pegangan dalam syarikat.

“Kudos tim myBurgerLab dengan tindakan pantas”

“Mana surat penamatan perkhidmatan?”

“Dia masih ada share dalam MBL”

“Kamu buat kerja dengan bagus”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.