fbpx
Now Reading
Rekaan Baju Pelajar Sekolah Guna Bahan Kitar Semula Sempena Hari Kebangsaan Raih Pujian [Video]

Rekaan Baju Pelajar Sekolah Guna Bahan Kitar Semula Sempena Hari Kebangsaan Raih Pujian [Video]

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat salah seorang daripada mereka menggayakan baju yang dibuat daripada plastik jenama roti popular, Gardenia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hanya berbaki seminggu sahaja lagi, Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke 68 tahun.

Pada ketika ini dapat dilihat banyak program dan promosi sempena meraikan hari bersejarah itu diadakan di seluruh negara.

Malah, institusi pendidikan seperti sekolah juga tidak terkecuali mengadakan program kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi rasa cinta dalam kalangan pelajar.

Dapat dilihat masing-masing mempunyai cara tersendiri meraikan hari istimewa itu. Ada yang mengadakan perarakan, drama, pertunjukkan fesyen dan sebagainya.

Murid Gayakan Rekaan Kreatif, Hasilkan Baju Dari Barang Kitar Semula

Semalam (20 Ogos), tular di media sosial video sebuah pertunjukan fesyen oleh pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2, Skudai, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bellanmys, dapat dilihat kesemua pelajar berkenaan menggayakan busana sempena Hari Kemerdekaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah kesemua rekaan baju mereka dihasilkan daripada bahan kitar semula antaranya seperti plastik dan kertas.

Bukan hanya plastik biasa, salah seorang daripada mereka menggayakan baju yang dibuat daripada plastik jenama roti popular, Gardenia.

Selain itu, ada yang kreatif menghasilkan baju dari cawan kertas jenama Chagee, Beutea dan Mixue.

Sampul Raya, CD Lama & Surat Khabar Turut Dijadikan Bahan Rekaan

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat ada peserta turut menggunakan sampul raya dengan menghasilkannya menjadi gaun.

Malah, ada yang menggunakan CD lama serta membentuk surat khabar menjadikan ia sebagai perhiasan ketika menggayakan baju tersebut.

Pertandingan Fesyen Galakkan Murid Cintakan Alam Sekitar

Difahamkan, pertunjukan fesyen sempena Hari Merdeka pada 19 Ogos itu merupakan peragaan pakaian bertemakan Jalur Gemilang yang menggunakan bahan kitar semula.

Kongsi pengguna yang merupakan guru sekolah tersebut kepada BuzzKini, tujuan pihak sekolah menganjurkan pertandingan itu adalah bagi mendidik, menggalakkan dan membudayakan murid-murid supaya cintakan alam sekitar dan amalan gaya hidup lestari.

Malah, pertandingan itu turut menjadi platform bagi menghargai dan menyokong hasil usaha murid-murid dan ibu bapa mereka.

@bellanmys Tema Fashion Show Merdeka adalah bahan kitar semula. Antara bahannya adalah dari @gardeniamalaysia_ @CHAGEE MY @MIXUE Malaysia @BEUTEA MY @SK TMN MUTIARA RINI 2 #cikgubella #fyppppppppppppppppppppppp #jdt🔵🔴 #merdeka #kitarsemula #merdeka68 #cikgubella #belladarkchoco #sayaanakmalaysia #sayaanakmalaysia🇲🇾💕 ♬ Saya Anak Malaysia – JESBON_76

Tonton video penuh [DI SINI]

@sktmr2_jb 19082025; Pertandingan merdeka fashion show menggunakan bahan kitar semula. #tiara2 #sktmr2 #megahbersemangat #TIARA2👑 #merdekafashionshow ♬ original sound – SK TMN MUTIARA RINI 2

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Idea Kreatif Kanak-Kanak, Hasilkan Pakaian Dari Bahan Kitar Semula

Perkongsian yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum dengan idea kreatif kanak-kanak serta ibu bapa mereka dalam menghasilkan pakaian bertemakan Hari Kemerdekaan dari bahan kitar semula.

Malah, ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menghasilkan pakaian yang begitu kreatif dan unik sebegitu.

Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi hasil idea kreatif mereka menghasilkan pakaian sedemikian.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Emaknya Kreatif! Bangga Betul Dengan Parents Yang Ada Effort Macam Ni”

“Menangis Aina Abdul Tengok Adik Yang Pakai Plastik Gardenia Tu”

“Serius Kreatif Emak-Emaknya Ni, Demi Anak”

“Gardenia Kena Bagi Reward Dekat Adik Ini, Sebab Promote”

“Comel Anak-Anak Semua, Kagumnya! Tabik Spring Dekat Emak Ayah”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Tiru Gaya Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Dalam ‘Fashion Show’ Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Fakta Menarik Tentang Hari Kemerdekaan Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.