fbpx
Now Reading
Apa Hukumnya Muslim Bergambar Dengan Patung Agama Lain? Ini Penjelasan UAI [Video]

Apa Hukumnya Muslim Bergambar Dengan Patung Agama Lain? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hukum seorang Muslim bergambar dengan patung agama lain bergantung kepada tujuan individu itu sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Melancong tidak kira dalam atau luar negara sering menjadi aktiviti kegemaran kebanyakan individu.

Selain dari keunikan makanan, tempat menarik termasuklah pusat keagamaan sering menjadi tarikan buat mereka yang bergelar pelancong.

Pastinya ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat tersebut apatah lagi jika ia dibuka kepada orang ramai.

Kebiasaannya, tempat sebegini akan dihiasi dengan perkara yang melambangkan agama dan budaya sesuatu kaum tersebut antaranya seperti patung.

Buat individu yang beragama Islam, adakah seseorang itu dibolehkan bergambar dengan patung agama lain?

Hukum Muslim Bergambar Dengan Patung Agama Lain Bergantung Kepada Tujuan

Menurut pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hukum seorang Muslim bergambar dengan patung agama lain bergantung kepada tujuan individu itu sendiri.

Menerusi satu video ceramahnya di YouTube, UAI menjadikan agama Buddha sebagai contoh.

“Kalau tujuannya untuk orang suka pada agama Buddha, hukumnya haram, tak boleh. (Kalau) kerana dia nak bagitahu dia dah pergi tempat itu, makruh pada pandangan ulama,” kata beliau.

UAI Turut Terangkan Konsep Tasyabbuh

Pada masa yang sama, UAI turut menerangkan konsep tasyabbuh iaitu menyerupai agama lain seperti yang disebut Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa menyerupai sesuatu kaum (tasyabbuh), maka dia termasuk daripada kalangan mereka. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad).”

“Yang dikatakan tasyabbuh itu bukan bergambar. Maksud hadis itu, kita buat perbuatan kaum lain (yang) kalau orang tengok, dia rasa sangsi sama ada kita beragama Islam atau (sebahagian daripada) kaum berkenaan,” terangnya.

Haram Jika Muslim Menyerupai Agama Lain

Terang agamawan itu lagi, haram seorang Muslim itu jika melakukan sesuatu yang menyerupai agama lain.

Malah, beliau turut memberikan contoh bagaimana seseorang itu dianggap sebagai tasyabbuh.

“Contoh, kalau pada Hari Natal. Hari Natal ni orang Kristian akan letak pokok krismas dekat depan rumah dia. Bila tengok, kita pun tahu ‘Oh, ini rumah orang Kristian’.

“Tiba-tiba ada orang Islam pun buat sama, letak pokok krismas di depan rumah lengkap dengan lampu dan gantungan hadiah.

“Jirannya (mungkin) tak kata dia Kristian sebab sudah kenal dia Muslim, tapi orang luar yang lalu lalang depan rumah dia, orang ingat (mungkin menyangka) dia (beragama) Kristian. Itu haram,” tegas beliau.

Bergambar Dengan Pokok Krismas Tak Haram

Jelas UAI lagi, jika seseorang muslim itu bergambar dengan pokok krismas di pusat membeli belah, ia bukanlah haram.

“Yang haram, dia pasang juga pokok krismas di rumah, orang ingat kita pun Kristian, padahal kita tidak Kristian.

“Itu tasyabbuh, bukan Kristian tetapi menyerupai sahaja, sudah haram,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Umat Islam Sambut Perayaan Halloween? Ini Penjelasan JAKIM

Baca Artikel Berkaitan: “Seorang Muslim Diharamkan Guna Gelaran ‘Priest’ Pada Nama” – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.