Nampak Biasa Tapi Berisiko Untuk Lelaki! Doktor Kongsi Makanan Yang Boleh Jejas Kualiti Sperma [Video]
Dr Raihana Ismail berkongsi lima makanan yang boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dalam satu video di Instagram miliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan anak sebagai penyeri kehidupan rumah tangga.
Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah. Ada yang terpaksa berusaha lebih dan berhabis masa serta tenaga bagi mendapat cahaya mata yang diimpikan.
Bila sebut tentang usaha untuk mendapatkan anak, ramai yang hanya tertumpu kepada para isteri sahaja.
Namun, hakikatnya suami juga sebenarnya memainkan peranan penting memandangkan proses mendapatkan anak bukanlah hanya terletak pada isteri semata-mata.
Doktor Kongsi Makanan Yang Boleh ‘Bunuh’ & Jejaskan Kualiti Sperma
Selain mengamalkan gaya hidup sihat, lelaki perlu memastikan sperma yang dihasilkan berkualiti agar dapat bertahan ketika proses persenyawaan berlaku.
Namun menjaga kualiti sperma bukanlah mudah sebagai contoh faktor pemakanan yang mungkin nampak biasa sebenarnya boleh menjejaskan kualiti sperma itu sendiri.
Menerusi satu perkongsian oleh seorang usahawan dan juga doktor perubatan, Dr Raihana Ismail di Instagram miliknya, dia ada berkongsikan lima makanan yang boleh menjejaskan kualiti sperma dalam air mani (semen) lelaki.
“Lima makanan ini kesan dia adalah hormon estrogen palsu akan berlebihan dalam badan.
“Jadi untuk lelaki, apa yang berlaku adalah hormon testosteron akan dia akan menurun, kualiti sperma akan menurun dan pengumpulan lemak akan lebih mudah berlaku di perut serta payu dara selain bersifat kewanitaan,” jelasnya.
Melalui perkongsian tersebut, lima jenis makanan yang dikongsikan oleh Dr Rai adalah:
#1 Gula Atau Makanan Berasaskan Gula
Jelas Dr Rai, gula termasuklah gula pasir dan brown sugar serta susu pekat manis akan meniru estrogen dalam badan. Ini sekaligus meningkatkan estrogen palsu dalam badan seorang lelaki.
Memetik laman Hello Doktor, lelaki yang menghidap penyakit diabetes khususnya jenis dua akan mengalami kerosakan DNA pada sperma sekaligus menyebabkan ketidaksuburan.
Ia boleh berlaku melalui tiga cara iaitu
- Disfungsi ereksi zakar
- Tiada keinginan seks
- Kadar ejakulasi seks yang lemah.
“Jadi, elakkan gula lebihkan manis dalam senyuman,” kata Dr Rai.

#2 Makanan Dalam Tin
Makanan dalam tin sememangnya menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah disediakan. Namun jelas Dr Rai, ia antara makanan yang boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki.
“Contohnya sardin dalam tin, jagung dalam tin, buah koktel dalam tin, tin ini aluminium. Aluminium akan mimik (meniru) hormon estrogen juga dalam badan lelaki,” katanya.
Malah menurut Hello Doktor, makanan dalam tin merupakan sumber terbesar pencemaran BPA iaitu bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut.
Kadar BPA yang tinggi dikaitkan dengan kualiti sperma lelaki berada di bawah kadar purata selain boleh menurunkan kadar testosteron.
Pun begitu, laman berkenaan berpendapat ia tidak akan menyebabkan masalah kesihatan jika diambil dengan kadar sederhana.
#3 Makanan Panas Yang Dibungkus Dengan Plastik
Mungkin ramai yang menganggap ia adalah satu perkara biasa. Namun, menurut Dr Rai, makan makanan yang dibungkus dalam plastik boleh menjejaskan kualiti sperma.
Ini kerana BPA plastik juga akan mimik kepada hormon estrogen dalam badan seseorang.
“Bayangkan kalau ada air mineral yang tidak habis dalam kereta, kereta parking tempat panas, air mineral dalam botol tu berpeluh dan meruap.
“Kita pula pergi masuk dalam kereta, minum balik air mineral tu. Jadi ini akan mimik kepada hormon estrogen palsu.
“Jadi, sebarang makanan dan minuman yang dibungkuskan dalam plastik dan yang paling ketara, ketupat plastik (dibungkus), elakkan,” katanya.

#4 Sumber Protein Diternak Dengan Dedak Yang Mengandungi Hormon
Kongsi Dr Rai lagi, makanan yang menjadi sumber protein seperti ayam namun diternak dengan menggunakan dedak mengandungi hormon atau antibiotik juga boleh menurunkan kualiti sperma.
Memetik Harian Metro, kebanyakan ayam dalam pasaran disuntik dengan hormon tumbesaran dan estrogen bagi mempercepatkan proses tumbesaran mereka.
Proses itu hanya mengambil masa yang singkat iaitu 28 hari berbanding tumbesaran ayam yang normal iaitu 100 hari — hampir empat kali ganda lebih cepat.
Pengambilan ayam yang disuntik setiap hari boleh memberi kesan terhadap kesihatan individu khususnya lelaki dengan cara menurunkan hormon testosteron dan meningkatkan hormon estrogen.
#5 Pengambilan Ubat Steroid
Melalui perkongsian itu juga, Dr Rai turut memberi amaran kepada mereka yang aktif membina badan.
Jelas Dr Rai, pengambilan ubat steroid boleh menyebabkan sperma mati atau lebih teruk sperma tiada langsung.
“Abang-abang yang tengah bina badan tu, berhenti makan steroid yang berpanjangan. Sebab dia akan menyebabkan sperma anda mati ataupun mungkin tiada langsung.
“Elakkan ubat steroid atau ubat kampung yang kononnya untuk sakit urat tetapi tidak perasan rupanya ada campuran steroid di situ termasuk air akar kayu.
“Jadi anda kena pandai pilihla lepas ni,” jelasnya lagi.
5 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Sperma Yang Sihat
Memetik Hello Doktor, antara makanan yang harus ditambah dalam diet harian untuk mendapatkan sperma sihat adalah seperti:
- Makanan yang tinggi vitamin A seperti oat, lobak merak dan kentang manis.
- Makanan yang tinggi vitamin C seperti strawberi, asparagus dan sayur-sayuran kuning.
- Mineral Zink dan selenium seperti telur
- Omega 3 seperti salmon, ikan kembung, sardin dan tuna
- Asid Folik seperti sayur-sayuran berdaun hijau, avokado, kacang, buah-buahan dan produk gandum.
Baca Artikel Berkaitan: Tips Kehamilan: Doktor Kongsi 4 Makanan Utama Matangkan Telur Wanita [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Manfaat Senaman Squat, Bagus Untuk Tingkatkan Kesihatan Seksual Lelaki
Baca Artikel Berkaitan: Pakai Fabrik Polyester Boleh Sukarkan Kehamilan – Kajian

