Nak Hiking Tapi Tak Tahu Nak Pakai Kasut Apa? Ini Panduan Untuk Para Hiker
Setiap jenis kasut hiking ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang bersesuaian dengan trek tertentu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mendaki bukit atau gunung merupakan salah satu aktiviti pilihan sesetengah individu yang sukakan adventure.
Selain dapat beriadah mereka juga dapat menikmati keindahan alam sekitar, lebih-lebih lagi pemandangan yang disajikan sebaik tiba di puncak.
Namun dalam melakukan aktiviti yang penuh adventure ini, pemilihan kasut yang bersesuaian penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Tapi bukan ke kita boleh pakai kasut sukan je?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Air Ikat Tepi Atas Puncak Bukit, Tindakan Pemuda Jual Teh Ais Ketika Hiking Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: Raih 6.4 Juta Views, Lelaki Ini Dedah ‘Spot’ Yang Perlu Dielak Waktu Masuk Hutan. Bahaya!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bersalji Tapi Bahang Umpama Panas Terik, Lelaki Perjelas Keadaan Sebalik Salji Tebal Everest
Pendaki Kongsi 3 Jenis Kasut Sesuai Untuk Mendaki
Berdasarkan perkongsian di TikTok (@nashfamjourney) oleh seorang pendaki, Nashriq, terdapat tiga jenis kasut yang bersesuaian untuk digunakan bagi tujuan mendaki gunung.
Dia berkata kebanyakan pendaki tidak sedar bahawa penggunaan kasut penting untuk memastikan mereka berjaya sampai ke puncak.
“Salah kasut kaki melecet, lutut sakit, tergelincir dan lagi parah, boleh cedera serius,” katanya.
#1. Kasut Hiking Bertapak Grip (Trail Shoes/ Hiking Boots)
Kasut yang menjadi pilihan orang ramai terutamanya bagi pendakian di gunung tinggi adalah kasut khas untuk hiking.
Dengan grip pada bahagian tapaknya, kasut ini sesuai digunakan bagi trek pendakian yang berbatu, curam dan mempunyai akar pokok, serta bagi ekspedisi yang jauh.
Kasut ini juga boleh dipakai ketika mendaki dalam keadaan licin sewaktu hujan memandangkan ia mempunyai keupayaan grip pada tapak.
Antara ciri-ciri kasut hiking ialah:
- Tapak grip (Vibram, multi-lug)
- Kusyen dan sokongan pada buku lali.
- Tahan hujan dan permukaan kasar.
Bagi tapak jenis Vibram, ia mampu meningkatkan cengkaman di trek licin sehingga 30%.
Menurut Nashriq, antara jenama popular kasut hiking ialah Salomon, Columbia dan Decathlon Quechua.

#2. Sandal Outdoor
Walaupun kelihatan seperti tidak sesuai, namun sandal outdoor sebenarnya boleh digunakan bagi trek tertentu.
Memandangkan kasut jenis ini tidak mempunyai tapak yang tebal dan grip kuat, ia sesuai digunakan bagi pendakian di trek pendek, kawasan campsite dan laluan air seperti sungai.
Ciri-ciri kasut sandal adalah:
- Tapak grip sederhana.
- Ringan dan cepat kering.
- Kaki tak panas kerana pengudaraan yang bagus, namun jari kaki terdedah.
Berbanding kasut hiking, sandal outdoor mempunyai risiko tertentu termasuk kurang perlindungan dan tidak sesuai dipakai pada kawasan berbatu, berlumpur dan permukaan licin.
Antara jenama sandal outdoor yang jadi pilihan orang ramai ialah Teva, Crocs All-Terrain dan Decathlon Quechua.

#3. Adidas Kampung (Kasut Getah Tradisional)
Kasut getah tradisional yang lebih dikenali sebagai Adidas kampung juga menjadi pilihan sesetengah pendaki kerana fungsinya yang versatil.
Walaupun kelihatan simple, namun kasut getah mempunyai grip yang kuat dan sesuai digunakan bagi laluan licin, kawasan berlumpur, di dalam hutan dan di kawasan berair.
Ciri-ciri Adidas kampung termasuk:
- Tapak bergerigi tajam (grip kuat).
- Tahan air dan ringan.
- Cepat kering.
- Sesuai dipakai dengan stokin tebal.
Nashriq berkata kasut ini masih menjadi pilihan utama ramai porter gunung kerana grip yang kuat serta ringan sifatnya.
Pun begitu, ia mempunyai kekurangan yang tersendiri seperti tiada sokongan pada bahagian buku lali, jangka hayat pendek dan mudah melecet jika tidak memakai stokin tebal.
Harga Adidas kampung adalah yang paling murah antara pilihan kasut bagi tujuan mendaki iaitu sekitar RM10 ke RM25 sahaja dan boleh didapatkan di pasar malam ataupun TikTok Shop.

Pastikan Memilih Kasut Mendaki Yang Bersesuaian Untuk Elak Kecederaan
Di samping itu, Nashriq turut menyenaraikan jenis kasut yang tidak sesuai digunakan untuk mendaki iaitu:
- Kasut sekolah atau sneakers biasa kerana tapak yang rata, licin dan mudah tergelincir.
- Sandal fesyen, flip-flop dan Crocs biasa yang tidak mempunyai grip, tidak melindungi kaki serta mudah menyebabkan seseorang terseliuh.
Dia juga berkongsi beberapa tips yang boleh dipraktikkan berkenaan penggunaan kasut untuk tujuan mendaki antaranya:
- Menggunakan kasut dengan saiz 0.5 ganda lebih besar berbanding biasa dan bukanlah yang ngam-ngam.
- Menggunakan stokin khas untuk mendaki dan bukan stokin kapas biasa kerana lebih cepat kering dan tidak melecet.
- Elakkan memakai kasut baharu ketika mendaki, sebaliknya gunakan dahulu untuk ‘break in’ kasut tersebut.
- Jangan gunakan kasut dengan tapak yang telah haus sama sekali kerana boleh mendatangkan bahaya sewaktu turun dari gunung atau bukit.
Mohon Permit Sebelum Hiking Di HSK Selangor
Jika korang berminat untuk melakukan aktiviti hiking di Hutan Simpan Kekal (HSK) di sekitar Selangor, jangan lupa untuk mohon permit terlebih dahulu.
Permohonan permit boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Selangor Forestry e-Permit System (SEFOREST).
Menerusi carta alir penggunaan SEFOREST, berikut merupakan cara-cara untuk memohon permit:
- Log masuk/ Daftar akaun
- Pilih lokasi dan tarikh
- Semak butiran permohonan sebelum klik hantar permohonan
- Buat pembayaran
- Pengesahan dan permohonan
Ingat, kalau korang gagal dapatkan permit untuk masih mana-mana HSK, itu dah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan boleh dikenakan denda atau penjara.
Baca Artikel Berkaitan: Hikers Di Selangor Perlu Mohon Permit Dalam Talian Bermula 1 April Ini
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Hobi Baru? Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Trekking’ Dalam Hutan Simpan
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Panduan Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu