fbpx
Now Reading
Macam Main ‘Bumper Car’, Tular 2 Kereta Di Sungai Petani Saling Berlanggar [Video]

Macam Main ‘Bumper Car’, Tular 2 Kereta Di Sungai Petani Saling Berlanggar [Video]

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata, insiden saling berlanggar antara Toyota Corolla dan Nissan Grand Livina itu berlaku sekitar jam 1.35 petang, 14 Ogos.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, masih ada segelintir sikap pemandu di Malaysia yang tidak bertanggungjawab dengan memandu secara berbahaya sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Malah, ada juga pemandu yang berlagak samseng dengan menjadi pembuli jalan raya hanya kerana ditegur atau dihon.

Mungkin keadaan akan menjadi lebih keruh sekiranya kedua-dua pihak enggan mengalah dan bersikap panas baran.

Tular dua kereta saling merempuh antara satu sama lain

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan dua buah kenderaan saling merempuh antara satu sama lain di sebuah kawasan jalan raya.

Menerusi perkongsan di laman Instagram @careta_malaysia, kejadian dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah melibatkan kereta jenis Toyota Corolla lama dan Nissan Grand Livina masing-masing berwarna putiih.

Di awal rakaman, kelihatan pemandu Grand Livina merempuh Corolla sehingga kereta berkenaan berpusing.

Corolla rempuh Grand Livina berkal-kali

Pemandu Corolla yang dipercayai tidak berpuas hati kemudiannya merempuh berkali-kali bahagian tepi Grand Livina itu seperti sedang bermain ‘bumper cars’ di funfair.

Kejadian terbabit berjaya dirakam oleh seorang lelaki yang berada di kawasan itu sebelum ditularkan di media sosial.

Malah, turut tular satu lagi rakaman dari sudut berbeza.

Tindakan tidak bertanggungjawab kedua-dua pemandu itu juga mendatangkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain kerana terpaksa berhenti daripada melalui jalan tersebut.

Punca dan motif kejadian sedang disiasat polis

Sementara itu, pihak polis menerusi satu kenyataan semalam (14 Ogos) mengesahkan tentang kejadian itu selepas terkesan dengan penularan video tersebut sekitar jam 8.30 malam yang dipercayai berlaku di Jalan Sekerat, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, insiden berlaku sekitar jam 1.35 petang semalam.

Pengadu yang membawa kereta Grand Livina melihat kenderaannya dilanggar lari oleh sebuah Toyota Corolla warna putih yang dipandu oleh seorang lelaki.

“Apabila suspek menyedari dia diekori pengadu, menyebabkan suspek berpusing dan melanggar sisi kanan Grand Livina yang dpandu oleh pengadu.

“Suspek juga bertindak keluar dari kereta dan mencabar sebelum memaki hamun pengadu sebelum melarikan diri ,” katanya dipetik Berita Harian.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan serta kaedah 10, LN 166/59 kegagalan mengawal pergerakan kenderaan dengan baik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.