‘Kapal Hantu’ Seberat Hampir 300 Tan Hanyut Di Perairan Terengganu [Video]
Maritim Malaysia memaklumkan operasi akan diteruskan sehingga ‘kapal hantu’ terbabit diserahkan kepada pihak Jabatan Laut Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ialah badan yang menjaga keselamatan dan kedaulatan laut negara.
Agensi ini akan membuat rondaan, memeriksa kapal dan mengawal aktviti di laut supaya tiada pencerobohan, penyeludupan atau perikanan haram berlaku.
Selain itu, Maritim Malaysia juga menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jika berlaku kemalangan di laut. Malah, mengawal kapal hantu yang hanyut di perairan negara juga menjadi tanggungjawab mereka.
‘Kapal hantu’ hanyut di perairan Terengganu
Baru-baru ini, Maritim Malaysia dalam operasi bersepadu telah berjaya mengawal sebuah kapal hantu seberat 292.9 tan yang hanyut di perairan pelantar minyak di Terengganu sejak Selasa lalu (12 Ogos).
Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima laporan daripada MRSC Johor pada jam 4.45 petang tu berhubung pengesanan kapal hanyut kira-kira empat batu nautika timur pelantar berkenaan.
“Kapal itu hanyut melepasi kawasan pelantar minyak dan berisiko mengancam keselamatan pelantar lain di sekitarnya,” katanya dipetik Sinar Harian.
Kapal hantu penuh kesan terbakar berjaya ditunda, dijangka tiba ke pelabuhan Kemaman hari ini
Menurutnya, pasukan STAR Team berjaya merapat ke kapal yang penuh dengan kesan terbakar itu pada jam 6.58 petang kelmarin (13 Ogos) dan memasang tali tunda ke Kapal JM Purnama milik Jasa Merin.

“Kerja penundaan menuju KSB yang dijangka tiba pada esok (15 Ogos) dan sebaik tiba pemeriksaan terperinci akan dilakukan termasuk siasatan identiti kapal serta aduan berhubung kemungkinan terdapat mangsa di dalamnya,” katanya.
Dalam pada itu, Maritim Malaysia memaklumkan operasi akan diteruskan sehingga ‘kapal hantu’ terbabit diserahkan kepada pihak Jabatan Laut Malaysia.
Agensi berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa kejadian ni mempunyai kaitan dengan insiden sebuah kapal tangki terbakar di perairan Tanjung Sedili, Johor pada 7 Ogos lalu.
Sebuah kapal hantu (unmanned vessel) yang hanyut di perairan Pelantar Semangkok A, Terengganu sejak 12 Ogos lalu berjaya dikawal dalam operasi bersepadu yang dikoordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).#malaysiagazette #kapalhantu #maritimmalaysia pic.twitter.com/SIPVsk7TtO
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) August 14, 2025



