fbpx
Now Reading
Hargai Jasa & Pengorbanan Staf, Bonda Rozita Belikan Rumah 2 Tingkat Untuk Pekerja Cemerlang [Video]

Hargai Jasa & Pengorbanan Staf, Bonda Rozita Belikan Rumah 2 Tingkat Untuk Pekerja Cemerlang [Video]

Kongsi Bonda Rozita yang juga ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, rumah itu dihadiahkan buat pekerja cemerlang sebagai ganjaran sepanjang bekerja di syarikatnya, JRM Holistik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu sering berhadapan dengan masalah di tempat kerja khususnya dengan majikan.

Manakan tidak, ada sahaja luahan yang dibuat oleh segelintir mereka di media sosial mengenai sikap dan layanan bos terhadap mereka.

Namun tidak semua berhadapan dengan situasi sama. Ada yang dikurniakan rezeki mendapat majikan yang baik malah menganggap pekerja sebagai keluarga.

Bonda Rozita Beli 2 Blok Rumah Dua Tingkat Siap Dengan Pengawal

Semalam (14 Ogos), tular di media sosial perkongsian oleh usahawan kosmetik terkenal, Bonda Rozita yang teruja ketika sedang melawat sebuah kawasan perumahan yang sedang dibina.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya, rumah teres dua tingkat siap dengan pengawal itu merupakan rumah yang dibeli Bonda atau nama sebenarnya Rozita Ibrahim untuk staf syarikatnya.

“Ini ada rumah teres, ada dua baris kawasan ini yang saya belikan untuk staf saya yang telah berkhidmat untuk saya,” kongsinya.

Rumah Teres Dua Tingkat Ganjaran Buat Staf Cemerlang

Kongsi Bonda Rozita, rumah itu dihadiahkan buat pekerja yang cemerlang sebagai ganjaran sepanjang bekerja di syarikatnya, JRM Holistik.

Malah ia juga sebagai penghargaan buat staf yang bersama-sama Bonda Rozita dalam keadaan susah dan senang.

Bukan itu sahaja, Bonda Rozita turut menitipkan pesan kepada pekerjanya agar menjaga syarikat yang diusahakan.

“Saya tahu staf saya suka sangat tengok saya bahagia. Terima kasih banyak staf yang sangat jaga saya.

“Ingat, saya mati sekalipun, sayangi syarikat tu. Syarikat itu mengajar kita tentang kebersamaan dan kita tak pernah goyang, tak pernah terliur untuk mencari syarikat lain sebagai tempat kamu bekerja.

“Saya tetap seorang ibu walaupun saya bukan emak kamu,” kata pengasas produk Sendayu Tinggi itu lagi.

Difahamkan, Bonda Rozita membeli dua blok rumah di kawasan tersebut sebagai ganjaran buat stafnya.

Tak Rasa Rugi Berkongsi Dengan Staf

Apa yang menjadi perhatian adalah ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan dia tidak pernah berasa rugi untuk berkongsi dengan pekerja yang sudah dianggap sebagai keluarga.

“Sepanjang bonda berniaga, bonda belajar satu perkara, kita tidak akan rugi bila berkongsi rezeki dengan staf yang amanah dan bersungguh-sungguh jaga syarikat.

“Mereka ini bukan sekadar pekerja. Mereka bagai keluarga saya yang menjaga amanah, mengangkat nama dan sanggup susah senang dengan bonda.

“Rumah teres dua blok ni ialah semua dimiliki staf yang benar-benar cemerlang,” kongsinya lagi.

@ibondarozitaibrahim “Sejak dulu bonda selalu ingatkan staf bonda — janganlah bekerja hanya kerana gaji. . . Gaji itu hanya cukup untuk bayar bil dan keperluan bulanan. Tapi kejarlah dividen bonda… . Sy pandai invest dan sy dah x kuat jaga buisness .. sy kkngsikan hasil kekayaan beri Dividen demi masa yg jauh untuk mereka sekeluarga . Sepanjang bonda berniaga, bonda belajar satu perkara — kita tidak akan rugi bila berkongsi rezeki dgn staf yg amanah dan bersungguh2 jaga syarikat . . Mereka ini bukan sekadar pekerja. Mereka bagai keluarga sy yang menjaga amanah, mengangkat nama, dan sanggup susah senang dengan bonda. Rumah teres 2 blok ni ialah semua dimiliki staf yg benar2 cemerlang #rumahhutanbondarozita #jrmprodukbonda #ibondarozitaibrahim ♬ original sound – Bonda Rozita Ibrahim

Tonton video penuh [DI SINI]

Pernah Tular Kerana Beri Pakej Umrah & Banglo Untuk Staf

Untuk info, Bonda Rozita sebelum ini pernah memberi penghargaan kepada stafnya ketika majlis makan malam JRM Holistik pada Januari lalu.

ketika itu, terdapat beberapa anugerah yang diberi kepada staf selain ada yang menerima Banglo bernilai RM800,000, pakej Umrah dan percutian serta sebuah kereta Perodua Myvi.

Ramai Kagum Dengan Keperibadian Bonda Hargai Pengorbanan Staf

Perkongsian yang telah mendapat lebih 91,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap dan keperibadian Bonda dalam menghargai pengorbanan dan kerja keras staf dengan cara sebegitu.

Malah, ada yang berseloroh menyuarakan hasrat mahu bekerja dengan Bonda di syarikatnya.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Nampak Ikhlas & Baiknya Bonda Ni, Bertuah Staf Bonda”

“Alhamdulillah, Syukur Nikmat Allah Berikan, Semoga Bonda Sentiasa Sihat”

“Ini Saya Suka, Bila Dah Kaya, Berkongsi Rezeki Dengan Staf Yang Sama-Sama Naikkan Nama Syarikat”

“Bestnya Dapat Rumah, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Bonda”

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Banglo 800K!” – Staf Terima Hadiah Mewah Dari Bonda Rozita Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Hasil Kerja Keras, Ibu Aliff Syukri Kini Miliki Kediaman 7 Bilik Di London

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.