fbpx
Now Reading
Wanita Batalkan Perkahwinan Selepas Dapat Tahu Bakal Suami Botak

Wanita Batalkan Perkahwinan Selepas Dapat Tahu Bakal Suami Botak

Menurut wanita berkenaan perkahwinan itu adalah aturan keluarga dan banyak berhubung melalui telefon serta tidak mengetahui mengenai tabiat pelik bakal suaminya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan setiap individu mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan untuk menjadi suami mahupun isteri.

Ada yang sukakan lelaki tinggi, mempunyai gaya rambut tertentu, warna anak mata dan banyak lagi.

Malah ada juga yang menolak segelintir individu untuk menjadi pasangan mereka hanya kerana tidak suka kepada penampilan dan bukan keperibadian.

Yelah kata orang perkahwinan adalah perkara sekali seumur hidup, jadi dalam memilih pasangan pasti korang mahu yang ‘sedap mata memandang.’

Wanita sanggup batalkan majlis kahwin lepas dapat tahu bakal suami sebenarnya botak

Seorang pengantin perempuan di India turut melakukan perkara sama apabila bertindak membatalkan majlis perkahwinannya sebaik mengetahui bakal suaminya sebenarnya berkepala botak.

Malah lelaki terbabit turut kerap memakai rambut palsu untuk menutupi kekurangannya itu.

Menurut Sinar Harian yang memetik Sanook.com insiden terbabit berlaku sewaktu pihak pengantin lelaki tiba ke kediaman pengantin perempuan berkenaan bagi melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Turut difahamkan segala persiapan perkahwinan seperti pelamin, bunga dan perhiasan lain sudah pun siap dipasang serta upacara adat juga berjalan lancar sebelum majlis perkahwinan mereka dimulakan.

Mula sedar calon suami berkelakuan pelik sebelum soal selidik

Namun pengantin perempuan menyedari bakal suaminya itu berkelakuan pelik apabila dia dilihat kerap memegang topi di atas kepala.

Bukan hanya itu dia juga dilihat seperti kegelisahan sehingga membuatkan pengantin wanita secara diam-diam bertanya kepada ahli keluarga pengantin lelaki mengenai hal terbabit.

Difahamkan dia lebih banyak berhubung menerusi telefon dan tidak mengetahui tabiat calon suami berkenaan.

Perkahwinan diatur keluarga, lebih banyak berhubung menerusi telefon

Menurut wanita itu mereka merupakan pasangan yang diatur keluarga dan hanya berkesempatan berjumpa pada beberapa kali sahaja.

“Saya hanya beberapa kali bertemu dengannya kerana kami dijodohkan. Ketika berjumpa, perbualan kami hanya berkisar tentang persiapan majlis bersama keluarga.

“Kami lebih banyak berhubung melalui telefon, jadi saya tidak tahu tabiat peliknya,” ujarnya.

Dapat tahu lelaki botak dan guna bermacam jenis rambut palsu

Susulan daripada pertanyaan tersebut, pengantin perempuan kemudiannya mendapati lelaki berkenaan sebenarnya botak dan menggunakan pelbagai jenis rambut palsu untuk menutupi masalah itu.

Akibat rasa tertipu dengan perkara itu serta malu, wanita terbabit kemudiannya mengambil keputusan untuk membatalkan majlis meskipun segala persiapan perkahwinan telah dilakukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.