Tindakan Pantas Ibu Selamatkan Budak Lelaki Di China Dari Terjerut Cable Tie [Video]
Situasi itu dengan cepat disedari oleh ibu mereka yang segera memotong cable tie yang terikat pada leher kanak-kanak lelaki terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mereka yang biasa menjagak anak-kanak kecil pastu tahu bahawa apa sahaja barangan yang dapat dicapai di rumah akan dijadikan sebagai barang permainan.
Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu ayah dan penjaga untuk memastikan agar sebarang perkara yang boleh mendatangkan bahaya diletakkan pada tempat yang tersorok daripada pandangan mereka.
Namun kadangkala ada juga peralatan yang dilihat remeh dan tidak disangka-sangka boleh menyebabkan kecederaan, malah sehingga meragut nyawa mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Murid Lelaki 10 Tahun Kritikal Gara-gara Tercekik Makan ‘Gummy Mata’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Pantas Si Ibu Selamatkan Anak Tercekik Daging Kambing Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Tercekik” – Tular Video Ibu Suap Bayi ‘Newborn’ Bubur Pisang, Dr Say Tampil Beri Teguran
Kanak-Kanak Lelaki Terjerut Cable Tie Yang Ditarik Oleh Kakaknya
Satu video yang dikongsi menerusi laman Threads (@saifuddinsuhaimy) baru-baru ini menyaksikan situasi cemas di sebuah rumah dipercayai di China.
Seorang budak lelaki dilihat sedang bermain bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai kakaknya di bahagian ruang tamu, sementara ibu mereka berada di dapur berhampiran.
Kelihatan satu cable tie pada mulanya terikat secara longgar pada kepala kanak-kanak lelaki tersebut, namun ia telah terjatuh ke bahagian lehernya.
Si kakak kemudiannya bermain seperti sedang menunggang kuda pada belakang badan adiknya sebelum menarik pada cable tie tersebut, sekaligus mengetatkannya.
Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak lelaki itu rebah ke lantai dan si kakak sekali lagi menarik pada cable tie sehingga menyeretnya, sudah tentunya menjadikan ikatan itu semakin ketat.
Situasi Cemas Segera Disedari Oleh Ibu Yang Memotong Cable Tie
Kelihatan kanak-kanak lelaki itu cuba untuk duduk tetapi telah terbaring semula. Jelas kedengaran juga bahawa dia mengalami kesukaran untuk bernafas.
Mujur situasi cemas itu segera disedari oleh ibu mereka yang segera mendapatkan peralatan dipercayai gunting bagi memotong cable tie tersebut.
Walaupun dalam keadaan meronta-ronta, ikatan cable tie itu akhirnya berjaya dipotong dan si ibu mendukung kanak-kanak lelaki tersebut yang sedang menangis.
Namun tidak pasti apa yang berlaku seterusnya memandangkan rakaman terhenti di situ sahaja.
AMARAN: Video di bawah mengandungi adegan yang amat mencemaskan.
View on Threads
Ikatan Cable Tie Sukar Dibuka Kerana ‘Dikunci’ Secara Automatik
Buat anda yang tidak tahu, cable tie merupakan satu alat yang amat berbahaya kerana sukar untuk dibuka semula setelah ia diketatkan, lebih-lebih lagi dalam situasi cemas.
Ini kerana cable tie berfungsi menggunakan mekanisme yang ‘mengunci’ ikatan secara automatik (ratcheting).
Untuk membuka ikatan, seseorang harus menekan pada tuas yang terdapat di cable tie menggunakan objek yang halus seperti pencungkil gigi.
Namun dalam sesetengah keadaan seperti di atas, ikatan cable tie lebih pantas dibuka dengan cara memotongnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Watch] The Art of Escape: A Modern Survival Guide To Cable Ties
Jauhkan Barangan Bertali Dari Anak-Anak Untuk Elak Risiko Terjerut
Peralatan yang panjang dan boleh berbelit seperti tali sememangnya mampu mendatangkan risiko tercekik kepada kanak-kanak.
Oleh itu, ibu ayah diingatkan agar menyimpan barang-barang berkaitan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak, seperti di dalam stor yang dikunci.
Menurut Health Service Excutive, antara barang-barang yang boleh mendatangkan bahaya terjerut pada kanak-kanak ialah:
- Tali dan rantai pada tirai tingkap dan langsir.
- Tali pada pakaian.
- Tali pada barangan rumah.
- Tali atau riben pada puting bayi.
- Bib bayi.
- Getah rambut dan headband.
- Barang perhiasan seperti rantai.
- Wayar dan kabel elektrik.
- Sebarang tali.
Di samping itu, sentiasa perhatikan barang permainan anak agar tidak mempunyai perkara yang boleh membahayakan mereka.
Ini termasuklah mainan yang terlalu kecil bagi kanak-kanak yang masih gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: Bayi Terdedah Risiko ‘Positional Asphyxia’ Jika Dibiarkan Lama Dalam Car Seat
