Ramai Tertarik Lihat Google Maps ‘Jalan Kaki’ Di KL, Siap Ada Yang Berminat Nak Kerja [Video]
Lelaki yang menggalas beg sistem kamera mudah alih itu digelar sebagai Trekker. Sistem kamera terbabit juga mempunyai ciri kamera 360 darjah membolehkan keseluruhan kawasan berada di dalam satu gambar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Aplikasi peta langsung (live map) seperti Waze dan Google Maps sememangnya popular di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Aplikasi sebegini amat memudahkan urusan perjalanan seseorang.
Selain itu, Google Maps dan Google Earth juga mempunyai ciri ‘Street View’ untuk meliihat sesuatu kawasan atau bangunan melalui gambar.
Mungkin ramai sudah yang mengetahui bahawa gambar Street View ini diambil dengan menggunakan kenderaan khas Google Maps (street view car) yang dipasang kamera 360 darjah. Namun, masih ada yang tidak tahu terdapat juga yang berjalan kaki.

Tular Google Maps ‘berjalan kaki’ di Bukit Bintang
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berjalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil menggalas sistem kamera mudah alih Google Maps.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @wbbb_ttt, kelihatan lelaki itu berada di kawasan lintasan zebra (zebra crossing) dan jejantas yang hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki.
Sudah pasti kehadiran lelaki terbabit di kawasan berkenaan akan menarik perhatian ramai kerana peralatan yang digalas olehnya itu.
Bagpack Portable Camera Google Maps nampak berat
Pemilik video yang berjaya merakam Google Maps berjalan kaki itu berkata beg galas berkenaan kelihatan sangat besar dan berat.
Dia pada masa sama turut menyatakan tidak sabar untuk melihat dirinya berada di dalam Google Street View.
“Rasanya separuh daripada bandar ini ‘ditangkap kamera’. Lelaki itu membawa beg galas yang kelihatan sangat besar dan berat. Ternyata ia adalah pengimbas Street View bersaiz manusia.
“Saya mahu menyemak peta nanti untuk melihat sama ada saya membuat kameo,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@wbbb_ttt 🇲🇾 KL!! Feels like half the city got "caught on camera" today.. OMG! Just spotted a Google Maps scout IRL 👀 Dude was carrying this MASSIVE backpack rig – looks heavier than my gym weights 😳 . Turns out it's a literal human-sized Street View scanner!! Lowkey wanna check Maps later to see if I made a cameo LOL 📸 . #google #googlemap #jet2holidays #malaysia #kualalumpur ♬ 原聲 – 渐斌果子
Trekker digunakan untuk kawasan yang hanya boleh dicapai dengan berjalan kak
Untuk info, lelaki yang menggalas beg sistem kamera mudah alih itu digelar sebagai Trekker. Sistem kamera terbabit juga mempunyai ciri kamera 360 darjah membolehkan keseluruhan kawasan berada di dalam satu gambar.
Trekker membolehkan pihak Google mengumpul imej di jalan-jalan sempit atau di tempat-tempat yang hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang tertarik ingin menjadi trekker
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Ada segelintir pengguna TikTok yang berseloroh menyatakan bahawa pekerjaan tersebut kelihatan menyeronokkan kerana hanya perlu berjalan-jalan.
Namun, ada juga yang dilihat tertarik untuk melakukan pekerjaan sedemikian dengan bertanya bagaimana cara untuk memohonnya.
“Aku nak kerja ini”

“Ada kerja kosong tak? best jalan-jalan”

“Mana nak apply? sambil berjalan boleh kurus badan and dapat gaji”


Baca Artikel Berkaitan: Adaptasi Dari Kisah Sebenar, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Cleveland Abduction
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Berjaya Perdaya Google Maps Dengan Menghasilkan ‘Traffic Jam’ Palsu [Video]



