“Harga Dia Make Sense Ke?” – Wanita Minta Pendapat Ramai, Dicaj RM2,000 Oleh Jurumekap Untuk Solekan Bridesmaid
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat harga RM2,000 yang dikenakan oleh jurusolek berkenaan termasuk caj pengangkutan dari Johor Bahru ke Muar, Johor yang jarak perjalanannya lebih 160 kilometer.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Solekan amat sinonim dengan wanita. Lihat sahajalah di kebanyakan majlis rasmi atau kenduri kahwin, kebanyakannya akan melaram dan bersolek dengan penuh gaya.
Ada yang mahir menyolek muka mereka sendiri namun ada juga yang sanggup mengeluarkan wang untuk mengupah jurusolek atau MUA untuk nampak cantik di hari istimewa.
Kebiasaannya, upah yang dikenakan pula bergantung kepada kemahiran serta pengalaman jurusolek itu sendiri selain dari faktor seperti lokasi dan masa.
Wanita Dicaj RM2,000 Lepas Mahu Dapatkan Khidmat Jurusolek, Jadi Pengapit Di Majlis Kahwin
Baru-baru ini, seorang wanita telah mendapatkan pandangan ramai mengenai harga solekan oleh seorang jurusolek (MUA) pilihannya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, dia mendakwa tidak tahu harga semasa upah solekan di pasaran.
Berdasarkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, jurusolek berkenaan telah mengenakan caj sebanyak RM2,000 terhadapnya.
“Aku ni tak berapa nak tahu sangat harga MUA sekarang tapi korang rasa harga dia ni make sense ke?” tanyanya.
Harga RM2,000 Termasuk Caj Pengangkutan Dari Johor Bahru Ke Muar
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat harga RM2,000 yang dikenakan oleh jurusolek berkenaan termasuk caj pengangkutan dari Johor Bahru ke Muar, Johor yang jarak perjalanannya lebih 160 kilometer.
Malah, wanita itu seakan-akan tidak percaya dengan harga yang dikenakan memandangkan khidmat solekan yang diminta adalah untuk dirinya yang akan berkhidmat sebagai pengapit pada bulan September depan.
Hantaran Hanya Bertujuan Untuk Mendapatkan Pandangan
Kongsi wanita itu lagi, tujuannya memuat naik hantaran tersebut hanyalah sekadar untuk meminta pandangan orang ramai dan mahu tahu kadar harga bagi khidmat MUA solekan untuk pengapit.
“Sebab itulah saya beri peluang untuk semua berkongsi pendapat, untuk saya tahu betul atau tidak sepatutnya harga macam ini.
“Bergantung kepada MUA atau bergantung kepada jenis make up. Jadi sekarang saya tahu macam mana nak cari MUA yang sesuai,” kongsinya lagi.
View on Threads
Perkongsian Wanita Cetus Perdebatan Ramai
Perkongsian yang telah mendapat lebih 436,000 itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing-masing tentang situasi yang dikongsikan.
Majoriti menganggap harga RM2,000 yang dikenakan oleh MUA berkenaan berbaloi apatah lagi jarak perjalanan ke rumah pelanggan yang mengambil masa selama dua jam serta jauh selain mempunyai kemahiran dan pengalaman.
Namun, ramai juga yang berpendapat harga yang dikenakan terlalu mahal apatah lagi solekan yang diminta itu bukanlah untuk pengantin sebaliknya untuk bridesmaid.
Pada masa yang sama, ada yang menyarankan agar wanita berkenaan mencari jurusolek yang berhampiran bagi menjimatkan kos.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Make Sense. Kena Tahu Harga Dah Termasuk Semua. Nak Ke Muar Makan Berapa Jam? Pergi Balik Lagi”

“Harga MUA Ikut Pengalaman, Skill & Kualiti Produk Yang Dia Guna, Awak Bukan Bayar Untuk Make Up Tetapi Awak Bayar Untuk Pengalaman Berpuluh Tahun”

“Cuba Tengok Kalau Awak Pula MUA, Jarak Ulang Alik 4 Jam Untuk Bridesmaid”

“Kak, Harga Tu Boleh Nikah Terus, Aje Gila Make Up Bridesmaid RM2K”

“Kalau Untuk Bridesmaid, Ye, Mahal & Janganla Ambil MUA Travel”

Baca Artikel Berkaitan: MUA ‘Lesap’, Ramai Kagum Pengantin Wanita Kekal Tenang & Cari Mekap Artis Lain Untuk Majlis Kahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Reply Ok Je?!” – Respon MUA Lepas Ditegur Selamba Post Video Mekap Tak Tutup Aurat Pelanggan Raih Perhatian



