Usahawan Berhabis Hampir RM6,000 Beli Coklat Jenama LV & Sifatkannya Murah Undang Perhatian [Video]
Melalui perkongsian berasingan, Cik Na menjelaskan sudah menjadi prinsipnya merasakan apa sahaja barang yang dibeli untuk orang lain adalah murah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Coklat merupakan antara manisan yang sering menjadi kegemaran ramai dek kerana rasanya yang manis malah dianggap sebagai ‘pengubat’ stres bagi sesetengah orang.
Buat penggemar coklat, pasti perasan harga jualan manisan ini yang dijual dengan kadar berbeza mengikut kualiti coklat itu sendiri.
Ada yang murah namun ada juga yang dijual pada harga yang agak mahal. Bagi segelintir orang, mungkin ada yang tidak kisah melaburkan duit asalkan dapat memiliki dan menikmati coklat kegemaran mereka.
Usahawan Bawa Anak-Anak Beli Coklat Jenama Louis Vuitton
Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian usahawan yang dikenali sebagai Cik Na membeli coklat di butik jenama mewah, Louis Vuitton (LV) ketika berkunjung ke Singapura.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @farhanazahra91, dapat dilihat ketiga-tiga anaknya berasa teruja apabila mereka dibenarkan untuk memilih coklat mereka sendiri.
Malah, Cik Na juga turut mencuba dan memuji kesedapan coklat mewah berkenaan sehingga dia membelinya dalam kuantiti yang banyak.
Bukan itu sahaja, dia turut memuji bungkusan coklat berkenaan yang dilihat nampak eksklusif sama seperti jenamanya.
‘Labur’ RM6,000 Beli Coklat, Anggap Harga Murah
Melalui perkongsian berkenaan, Cik Na dilihat membuat keputusan membeli sebanyak 27 kotak coklat tersebut untuk diberi kepada ahli keluarga.
Malah, kesemua harga coklat tersebut berjumlah $1,616 bersamaan dengan RM5,318 mengikut mata wang Malaysia.
Apa yang menjadi perhatian adalah Cik Na menganggap harga coklat yang hampir mencecah RM6,000 murah baginya.
“So cheap, murah je you alls. Harga $1,616 tapi dalam dollar, tapi still murah. Murah gila,” katanya lagi.
@farhanazahra91 Ingatkan mahal coklat LV ni rupanya murah je , sedap gilerrr ☺️☺️ #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat perkongsian itu.
Ramai yang berpendapat usahawan berkenaan berniat untuk menunjuk dengan menganggap harga tersebut murah.
Walau bagaimanapun, ada yang melihatnya dari sudut positif dan menganggap ia sebagai satu motivasi.
Usahawan Dedah Prinsip ‘Rasa’ Murah Beli Barang Orang Lain
Pun begitu, melalui perkongsian berasingan, Cik Na menjelaskan sudah menjadi prinsipnya merasakan apa sahaja barang yang dibeli untuk orang lain adalah murah.
“Korang tahu tak kenapa Cik Na selalu beli barang, Cik Na akan cakap murah-murah?
“Sebab prinsip Cik Na satu, kalau beli untuk orang, Cik Na kena rasa murah tapi kalau untuk diri sendiri, Cik Na kena rasa mahal,” jelasnya.
@farhanazahra91 Next siapa pulak ☺️☺️ #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra
Tonton video penuh [DI SINI]
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Orang Kaya Baru Nak Up Memang Macam Ni, Semua Benda Nak Tunjuk”

“Riak”

“Biar Jelah Dia Cakap RM6K Tu Murah, Sebab Bagi Dia Memang Murah Pun Kan? Tak Ganggu Hidup Netizen Pun”

“Kalau Tak Tengok Content, Sampai Sekarang Saya Tak Tahu LV Jual Coklat, Bestnya Bahagiakan Anak-Anak”

“Level Dia 6K Murah, Level Kita RM60 Pun Belum Tentu Murah, Ukur Baju Di Badan Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan: Usahawan Berhabis RM1 Juta Hadiahkan Barang Mewah Termasuk Kereta Sempena Hari Jadi Anak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Elfira Berhabis RM10,000 Di Sephora