fbpx
Now Reading
Isu Fadhlina Ajak Murid Ucap ‘Selamat Hari Lahir PMX’, Rafizi Tegur Menteri Pendidikan [Video]

Isu Fadhlina Ajak Murid Ucap ‘Selamat Hari Lahir PMX’, Rafizi Tegur Menteri Pendidikan [Video]

Rafizi menegaskan bahawa sekolah tidak boleh dicampur adukkan dengan politik dan pandangan peribadi diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengajak murid-murid mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir PMX, We Love You” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena hari jadinya pada 10 Ogos lalu.

Perkongsian video tersebut mencetuskan kritikan segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan Fadhlina kerana melibatkan para pelajar sekolah.

Rafizi tegur Fadhlina ajak murid-murid ucap ‘Selamat Hari Lahir PMX”

Terbaharu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli tampil menegur tindakan Fadhlina itu dengan menyatakan jangan dicampur adukkan kehendak dan kemahuan diri dengan pendidikan kanak-kanak.

Menurutnya, sekolah adalah tempat yang sangat penting kerana ia bukan sahaja memberi ilmu, malah tempat memupuk budaya dan sikap.

“Kalau ya pun dia sangat cintakan PMX dana mahu buktikan kesetiaan, cukup dengan ucapan dari dia sendiri, tak perlu libatkan murid-murid.

“Bila dia buat begitu, nanti di masa akan datang tak salahlah menteri-menteri pendidikan akan datang meminta murid-murid, pelajar dan siswa menyatakan taat setia dan kecintaan kepada pemimpin lain,” katanya.

Sekolah tidak boleh dicampur aduk dengan politik

Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi menegaskan bahawa sekolah tidak boleh dicampur adukkan dengan politik dan pandangan peribadi diri.

“Saya cukup berhati-hati dengan sekolah. Sepanjang saya jadi Ahli Parlimen, sebaik mungkin saya bantu permohonan sekolah-sekolah di Pandan. Tapi saya hanya hadir ke dalam kawasan sekolah sekali sahaja, itu pun sebab dipujuk sangat oleh guru besar.

“Sebabnya ialah saya tidak mahu campur adukkan politik dengan sekolah dan anak-anak kita. Saya tahu kalau orang lain buat, saya akan marah.

“Tapi kini bila Menteri Pendidikan dari PKR sendiri yang buat, saya pun rasa malu. Lepas ini orang PKR tak boleh kritik dah kalau ada ahli politik masuk sekolah dengan mesej politik,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Tegur Murid Guna Bahasa Indonesia Dalam Karangan BM Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Murid Tak Hormati Guru, Imam Dedah Kenapa Penting Adab Dalam Tuntut Ilmu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.