fbpx
Now Reading
Tular Penunggang Wanita ‘Cabut Lari’ Lepas Langgar Bumper Wira Sampai Kemek [Video]

Tular Penunggang Wanita ‘Cabut Lari’ Lepas Langgar Bumper Wira Sampai Kemek [Video]

Penunggang motosikal wanita terbabit yang mengekori daripada belakang dilihat leka menoleh ke kanan seakan melihat kawasan jalan yang ditutup kerana kerja-kerja pembaikan jalan sebelum terlanggar Wira berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Insiden seperti langgar lari bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malah sehingga hari ini ia masih lagi berlaku.

Pengguna jalan raya yang menjadi mangsa langgar lari pastinya geram dengan sikap segelintir pemandu atau penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab sebegini.

Mana tidaknya, sudahlah kereta dilanggar orang, mangsa pula yang terpaksa menanggung rugi membaiki kenderannya yang rosak akibat perbuatan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Kereta Langgar Lari Motosikal Hingga Penunggang Terjatuh [Video]

Tular penunggang wanita cabut lari lepas langgar belakang Wira

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan seorang penunggang motosikal wanita bertindak melarikan diri selepas merempuh belakang sebuah kenderaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @cucuhajiramli, difahamkan kejadian melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira itu berlaku pada petang semalam (11 Ogos) di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

“Dah lah kau langgar lepas itu kau lari pulak, pak cik tu dah bagi signal lama dah,” tulis di ruangan kapsyen.

Leka tengok sebelah kanan sebelum rempuh belakang Wira

Dalam rakaman tersebut, kelihatan pemandu Wira yang merupakan seorang lelaki telah memberi isyarat untuk memasuki lorong kanan.

Pada ketika itu, penunggang wanita terbabit yang mengekori daripada belakang dilihat leka menoleh ke kanan seakan melihat kawasan jalan yang ditutup kerana kerja-kerja pembaikan jalan.

Tindakan wanita itu menyebabkan dia secara tidak sengaja merempuh bahagian belakang Wira tersebut sehingga bampar kenderaan terbabit kemek.

Sedar akan kesalahannya itu, dia dengan segera bertindak melarikan diri dan membiarkan pemandu lelaki itu tercengang di luar melihat keretanya.

@cucuhajiramli

dah la kau langgar pastu lari lak , pak cik tu dah bagi signal lama dah , kejadian petang kemarin di sijangkang

♬ original sound – pijieerahim

Netizen kritik tindakan penunggang wanita langgar lari

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengkritik tindakan wanita itu yang tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri.

Tidak kurang juga yang mempersoal apa yang dilihat oleh wanita itu di sebelah kanan sehingga tidak menyedari motosikal ditungganginya merempuh belakang kereta tersebut.

Segelintir netizen juga berpendapat bahawa wanita tersebut sepatutnya berhenti dan mengakui kesalahannya serta meminta maaf kepada pemilik kereta.

Kadang bukannya orang nak ganti rugi, cukup dengan permohonan maaf yang ikhlas dah boleh sejukkan hati..

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Axia Dilanggar Lari Ketika Parkir Di R&R, Netizen Sempat Ambil Bukti Beri Info Pada Pemilik

Baca Artikel Berkaitan: “Malu Dapat, Sakit Pun Dapat” – Rider Tergolek Selepas Tendang Kereta Raih Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.