fbpx
Now Reading
“Mana Pemiliknya?” – Deretan Kereta Terbiar Di Cyberjaya Cetus Tanda Tanya Ramai [Video]

“Mana Pemiliknya?” – Deretan Kereta Terbiar Di Cyberjaya Cetus Tanda Tanya Ramai [Video]

Dalam video sama, kelihatan kesemua kereta ditampal notis amaran oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk dialihkan dari kawasan itu dengan serta-merta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali melihat rumah atau kereta lama yang terbiar, kita pasti pernah terfikir kenapa ia ditinggalkan begitu saja dan siapakah pemilik asalnya.

Bahkan, mungkin kita pernah berfikir apakah kenangan yang telah diciptakan oleh pemiliknya sebelum ditinggalkan sebegitu sahaja.

Rumah yang kosong dan sepi itu suatu masa dahulu pasti pernah meriah dengan gelak tawa manakala kereta yang usang itu suatu ketika dulu tentu pernah digunakan membawa keluarga dan rakan-rakan.

Tular deretankereta terbiar di Cyberjaya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan deretan kereta terbiar ditinggalkan di tepi sebuah jalan raya di Cyberjaya, Selangor sehingga mencetuskan tanda tanya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akuan TikTok @bioqueen99, bukan satu atau dua kereta, sebaliknya lebih daripada 5 buah kenderaan terbiar di kawasan itu dalam keadaan berselerakkan

Kenderaan-kenderaan yang terbiar itu juga bukanlah model-model terlalu lama, sebaliknya yang masih digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia seperti Proton Gen2, Proton Satria Neo dan Nissan Almera.

Dapat notis amaran, tayar dan lampu sudah hilang

Dalam video sama, kelihatan kesemua kereta ditampal notis amaran oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk dialihkan dari kawasan itu dengan serta-merta.

Tidak hanya itu, kebanyakan kenderaan juga telahpun dipecahkan cerminnya selain lampu, tayar dan beberapa bahagian lain hilang dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Kereta dah berbulan tersadai. Tayar hilang, cermin pecah, roadtax dan bertahun mati dan sekarang ada Notis Amaran dari MPS. Di mana semua pemiliknya? Apa yang berlaku,” tulis di ruangan kapsyen.

@bioqueen99 Kereta dah berbulan tersadai. Tayar hilang, cermin pecah, roadtax dah bertahun mati dan sekarang ada Notis Amaran dari MPS. Di mana semua pemiliknya? Apa yang dah berlaku. #bioqueen #keretatersadai #keretasewa ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Netizen persoal mana pemilik kereta pergi? Ada yang dakwa milik pelajar luar negara

Video dereta kereta terbiar itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata mempersoal ke mana pemiliknya pergi.

Malah, ada juga segelintir pengguna TikTok yang menyatakan kereta tersebut berkemungknan miilik pelajar luar negara yang sengaja dibiarkan setelah tamat belajar atau tamat visa di Malaysia.

Selain itu, ada juga yang tidak menolak kemungkinan bahawa kereta itu adalah kenderaan curi yang dibiarkan setelah segala komponen-komponennya diambil untuk dijual.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.