fbpx
Now Reading
“Kelakar Tengok Reaction” – Aksi Pemuda Jual Semula Nasi Lemak Diborong Dengan Harga RM1 Raih Perhatian [Video]

“Kelakar Tengok Reaction” – Aksi Pemuda Jual Semula Nasi Lemak Diborong Dengan Harga RM1 Raih Perhatian [Video]

Kesemua nasi lemak di gerai tepi jalan sekitar Taman Fasa 2G, Manjung itu dijual oleh Paan dengan harga RM1 sahaja tanpa mengira kuantiti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia sangat sinonim dengan sifat baik hati dan suka berkongsi rezeki dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan insan yang dalam kesusahan.

Bukan sahaja kerana bersimpati tetapi nilai kemanusiaan yang terpupuk dalam hati membuatkan mereka secara automatik mahu menghulurkan bantuan. Kadangkala, ada juga golongan masyarakat yang melakukan aktiviti bersedekah dalam rutin harian.

Alhamdulillah sikap itu bukan sahaja dipandang tinggi tetapi juga mampu menceriakan hari seseorang di luar sana.

Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Kumpul Duit” – Lelaki Sebak Rakan Hadiahkan Barang Keperluan Ketika Pindah Rumah Baru

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pantas Keluarga Sedekah Air Buat Pelajar Terkandas Tepi Lebuh Raya Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Suami Isteri Rai Hari Jadi Anak Dengan Beri Aiskrim Percuma Kepada Orang Ramai [Video]

Lelaki Borong Nasi Lemak Sambil Bersedekah Kepada Orang Ramai

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Paan (@paan_singgit) berkongsi momen dirinya melakukan amal sedekah kepada masyarakat iaitu dengan berkongsi rezeki nasi lemak daun pisang.

Pada awalnya, Paan telah singgah ke sebuah gerai tepi jalan di Taman Fasa 2G, Manjung dan memborong kesemua nasi lemak yang dijual di sana.

Jelas pemuda itu, harga nasi lemak di sana sangat murah yang mana jenis berlauk dijual dengan harga RM2 sahaja.

Selepas membeli nasi lemak tersebut, Paan kemudian menawarkan diri untuk menjadi pekerja sambilan di sana. Menurutnya, dapatlah dia merasai pengalaman menjadi tauke nasi lemak untuk hari itu.

Perkara yang mencuri perhatian adalah Paan menjual nasi-nasi lemak berkenaan dengan harga RM1 sahaja kepada para pelanggan yang datang menyinggah ke gerai itu.

Tidak kira berapa banyak bungkus nasi lemak dibeli, Paan masih menjualnya dengan harga RM1.

“Berapa pun orang beli harga dia sama je. Nasi lemak ni memang sedap. Susah nak jumpa yang berlauk ni harga normal RM2,” kata Paan di ruangan kapsyen.

Menerusi video sama, kelihatan seorang pelanggan lelaki tercengang selepas mengetahui dia perlu membayar RM1 sahaja untuk lima bungkus nasi lemak ayam.

Sumber: TikTok (@paan_singgit)

Tetap Sedekah Nasi Lemak Walau Pelanggan Tidak Ada RM1

Lebih menghiburkan apabila seorang penunggang motosikal berkata dia tidak mempunyai duit kecil di tangan. Oleh disebabkan itu, Paan telah menghulurkan sekeping RM1 kepada rider tersebut lalu mengambilnya semula seolah-olah dia telah membayar untuk nasi lemak berkenaan.

“Saya nak RM1 je. Takpe hari ni harga tak normal bang,” katanya.

Alhamdulillah, dalam tidak sedar pemuda itu telah bersedekah sambil membantu peniaga dari segi tenaga kerja.

Di hujung perkongsian, Paan juga sempat mengucapkan terima kasih kepada peniaga nasi lemak terbabit kerana memberi peluang kepada dirinya untuk menguruskan gerai pada waktu itu.

@paan_singgit kali ni saya dah beli gerai nasi lemak ni untuk sehari. merasa jugak jadi tauke nasi lemak. berapa pun orang beli harga dia sama je. nasi lemak ni memang sedap. susah nak jumpa yang berlauk ni harga normal RM 2 #fypシ゚ #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – paan_singgit

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Telatah Lelaki Jual Nasi Lemak Murah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan baik hati pemuda itu kerana berkongsi rezeki.

“Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusannya nanti serta dimurahkan rezekinya serta diberikan yang baik. Terbaik Paan, sentiasa menjadi inspirasi insan lain untuk sama-sama kongsi rezeki,” kata seorang wanita.

Malah segelintir individu juga sempat berseloroh melihat Paan yang menjual nasi lemak dengan harga begitu murah.

“Elok pecat je pekerja macam ni. Tak boleh simpan lama. Semoga murah rezeki Paan,” jenaka seorang lelaki.

Sementara itu, ramai turut terhibur melihat reaksi muka para pelanggan yang terkejut dan tidak terkata-kata selepas perlu membayar RM1 sahaja untuk bungkusan nasi lemak.

“Auto follow terus (TikTok) kau bang. Best tengok reaksi muka masing-masing bila tahu RM1 je. Semoga terus maju jaya bang,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@paan_singgit)

Wanita Sedekah Makanan Buat Warga Emas Di Kedai Makan

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Mya juga mendapat perhatian ramai selepas dia bertindak membelanja seorang warga emas makan di sebuah gerai.

Walaupun si datuk sudah menjamah roti berkrim dan minuman manis, namun Mya masih mahu membelikannya set nasi berlauk. Jelasnya, dia berasa risau sekiranya warga emas itu berasa lapar.

Terharu dengan pemberian itu, datuk berkenaan kemudiannya mengucapkan terima kasih sambil tersenyum kepada Mya.

“Sebab teringat dekat ayah rindu ayah sangat-sangat. Sekarang memang sensitif sangat kalau tengok orang-orang dah berusia macam ni mesti teringat dekat arwah ayah juga,” kata wanita tersebut di ruangan kapsyen.

Semoga perkongsian ini menjadi inpirasi kepada orang ramai di luar sana.

Baca Artikel Berkaitan: “Rindu Teringat Dekat Arwah Ayah” – Wanita Ini Sebak Belanja Atuk Duduk Makan Seorang Diri

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Dia Kongsi Rezeki” – Pelakon Remaja Belanja Keluarga Makan Lepas Dapat Gaji Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.