fbpx
Now Reading
Dari Nak Tengok Terus Terbeli! Wanita Terpikat Dengan Layanan Mesra Jurujual, Terus Beli Seutas Jam Tangan [Video]

Dari Nak Tengok Terus Terbeli! Wanita Terpikat Dengan Layanan Mesra Jurujual, Terus Beli Seutas Jam Tangan [Video]

Apa yang menjadi perhatian, wanita itu yang pada mulanya hanya mahu melihat terus membuat keputusan untuk membeli seutas jam walaupun ia bukanlah jam tangan yang diinginkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang pastinya mempunyai barang impian yang mahu dimiliki. Bagi kebanyakan individu, ada yang memilih untuk melihat dan menilai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

Manakan tidak, kadangkala harga barang yang diimpikan memerlukan seseorang untuk mengikat perut dan mengumpul duit terlebih dahulu.

Namun, sikap dan layanan mesra pekerja kedai juga boleh mempengaruhi keputusan seseorang untuk membuat pembelian sedangkan pada awalnya hanya mahu melihat.

Wanita Dakwa Dapat Layanan Buruk Dari Kedai Jam

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang wanita yang kecewa mendapat layanan buruk dari sebuah kedai yang terletak di pusat beli belah di Putrajaya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita itu di TikTok @makjemaaahhh, pengguna berkenaan menjelaskan dia mahu mencari dan membeli jam tangan yang sedang tular di media sosial.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa mendapat layanan buruk daripada pekerja kedai berkenaan walaupun jam yang diimpikan telah kehabisan stok.

“Niat pertama masuk butik sebab nak beli jam viral baru-baru ini tetapi sebab tak ada stok dan servis teruk dari pekerja muka yang sombong yang tak berminat layan customer, kami keluar dengan muka sedih walaupun hati nak tengok jam lain,” kongsinya pada video berkenaan.

Wanita Terus Pergi Ke Kedai Jam Lain Untuk Cari Jam Viral

Dek kerana layanan yang diterima, dia terus membuat keputusan untuk mencari stok jam tersebut di kedai lain.

Jelas wanita itu, dia masih berasa takut dengan layanan yang bakal diterima kerana bimbang mendapat layanan buruk sekali lagi.

Namun, jangkaannya meleset apabila jurujual di sebuah kedai jam melayannya dengan baik dan mesra.

Malah, sikap peramah jurujual berkenaan membuatkan dia berasa terharu dengan layanan yang diterima.

“Kami tengah tengok-tengok, tiba-tiba jurujual ini datang dengan senyuman. Dah lima kali kami cakap ‘kami tak beli, nak tengok je’.

“Dia tetap cakap ‘tak apa, tengok la, nak cuba pun boleh’, masa tu terharu, peramahnya, baiknya dia layan kami mak-mak orang dengan anak kecil,” kongsinya lagi.

Dari Nak Tengok Terus Terbeli Kerana Layanan Mesra Jurujual

Apa yang menjadi perhatian adalah dari niat asalnya hanya mahu melihat, wanita itu terus membuat keputusan untuk membeli seutas jam walaupun ia bukanlah jam yang diinginkan.

Ini kerana sikap dan layanan mesra pekerja kedai jam itu yang melayannya dengan baik menyebabkan dia membuat keputusan tersebut.

“Korang tengok la, dia (jurujual) bagi kami (saya) cuba. Kami tak nak beli pun. Kami nak beli design kami, bukan design ini.

“Disebabkan layanan dan servis yang terbaik, kami cuba pujuk suami untuk beli sahaja design ini sebab duit yang diberikan adalah untuk jam viral,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut bergurau antara satu sama lain ketika membuat pembayaran menggunakan kad bank suaminya.

“Baru la berani ukir nama. Ini la salah satu sebab sebenarnya, sebab boleh ukir nama. Cantik gila, serius kami happy sebab dapat apa yang kami nak walaupun bukan design viral,” kongsinya lagi.

Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jurujual berkenaan yang tetap melayannya dengan baik walaupun niat asalnya hanya mahu melihat.

“Terima kasih Chen Wai sudi layan kami walaupun kami cakap tak nak beli, masih melayan dengan lembut, senyuman, peramah.

“Korang kalau nak beli jam berjenama, pergi Oriental Watch & CO level LG, IOI City Mall,” tulisnya.

@makjemaaahhh korang kalau nak cari jam viral nak masukkk butikk biar penampilan nampakkk lawa gleeee nampakkk berduitttt baru @BONIA IOICity Putrajaya 🇲🇾 ♬ I'll Never Let You Go – Official Sound Studio

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Kongsi Pengalaman Sama, Dapat Layanan Baik Jurujual

Perkongsian yang telah mendapat lebih 65,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan jurujual berkenaan yang tetap memberi layanan mesra kepada pelanggannya tanpa menilai luaran seseorang.

Bukan itu sahaja, rupanya ada segelintir yang pernah berhadapan dengan jurujual sama dan mendapat layanan serupa.

Namun, pengguna media sosial lain turut berkongsi pengalaman sendiri pernah berhadapan dengan sikap buruk segelintir jurujual yang pernah ditemui mereka.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Staf Kedai Ni Memang Baik, Saya Pun Macam Awak, Niat Nak Tengok Je Terus Terbeli”

“Tu Kadang Takut Nak Masuk Butik Berjenama, Kadang Pandangan Tu Macam Kita Ni Lekeh Je”

“Saya Pernah Pergi Fossil IOI, Layanan Diorang Mantap, Saya Pakai Biasa-Biasa Je”

“Saya Pun Beli Jam Bonia Dekat Kedai Ini, Servis Memang Terbaik, Puas Hati Sangat”

“Kadang-Kadang Kita End Up Beli Banyak Sebab Jurujual Sangat Rajin Melayan”

Baca Artikel Berkaitan: “Pemandu Berhati Emas” – Ramai Kagum Layanan Baik Pemandu Van Sekolah Terhadap Pelajar Istimewa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Penjual Kereta Kongsi Sikap Pelanggan Gen Z, Bangga Bergaji 7K Siap Perlekeh Orang Lain

Baca Artikel Berkaitan: “Jika Melihat Tanda Harga Semasa Membeli-Belah, Anda Seorang Yang Miskin” – Jurujual

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.