Boleh Ke Ambil Makanan Adik-Beradik Dalam Peti Sejuk Tanpa Minta Izin? Ini Penjelasannya
Jabatan Mufti Pulau Pinang menjelaskan terdapat beberapa hukum mengambil makanan milik orang lain dan ia bergantung kepada situasi dan keadaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi lumrah dalam sebuah keluarga khususnya adik beradik, pasti ada barang atau makanan yang dibeli sama seperti yang lain.
Apa yang kakak atau abang makan, hidangan itu jugalah yang dinikmati oleh adik-beradik yang lain.
Jika tidak habis, peti sejuklah menjadi tempat penyimpanan ideal untuk menyimpan baki hidangan tersebut.
Kadangkala, keadaan ini boleh mengelirukan segelintir individu yang mahu menjamah semula makanan itu hingga ada tidak tahu mana satu kepunyaan mereka.
Malah, ada yang bimbang jika tersalah ambil makanan yang bukan kepunyaan diri sendiri.
Ambil Harta Orang Lain Adalah Haram – Jabatan Mufti Pulau Pinang
Memetik laman Jabatan Mufti Pulau Pinang, hukum mengambil harta orang lain secara batil seperti mencuri atau merampasnya adalah haram.
Jelas mereka, mengambil harta orang lain tanpa izin merupakan satu pencerobohan sesama manusia.
“Allah SWT berfirman;
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Maksudnya:Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
“[Surah al-Baqarah: 188],” jelas mereka.
Ada Keadaan Yang Membolehkan Seseorang Ambil Hak Orang Lain
Pada masa sama, Jabatan Mufti Pulau Pinang menjelaskan ada keadaan yang membolehkan seseorang mengambil hak orang lain bergantung kepada adat atau kebiasaan yang diterima oleh masyarakat setempat.
“Contohnya, harus memakan makanan yang belum dibayar di premis yang tidak mensyaratkan pembayaran terlebih dahulu, tetapi tidak harus pula pada premis yang mensyaratkannya.
“Makanan yang dihidangkan di dalam majlis perkahwinan boleh dimakan tanpa pembaziran namun tidak harus pula hendak di “tapau” dan dibawa pulang ke rumah.
“Begitu juga makanan atau minuman yang disimpan di dalam peti sejuk di dapur rumah boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang berada di rumah itu.
“Sebaliknya seseorang tidak harus mengambil makanan yang disimpan di dalam peti sejuk milik peribadi melainkan setelah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pemiliknya,” jelas mereka lagi.
Harus Ambil Makanan Adik-Beradik Kalau Dah Kenal Watak Mereka
Namun, ia boleh bertukar menjadi harus sekiranya pemilik makanan sebagai contoh adik-beradik sememangnya seorang yang bertolak ansur dan tidak kisah berkongsi makanan termasuklah yang tersimpan dalam peti sejuk.
“Harus mengambil mana-mana air kotak (minuman) yang tersimpan dalam peti sejuk sekiranya sudah dikenali watak kakak ialah seorang yang tidak memandang serius dan sentiasa bertolak ansur jika perkara tersebut berlaku.
“Namun, sekiranya watak kakak adalah sebaliknya, hendaklah bertanya dan memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum mengambil dan meminumnya,” jelas laman itu lagi.
Makanan Yang Terhidang Di Rumah Boleh Dimakan Tanpa Perlu Minta izin
Terang laman itu lagi, jika ia melibatkan situasi makanan terhidang di rumah, ia boleh dijamah oleh mana-mana ahli keluarga tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu berdasarkan firman Allah, ayat 61 dalam surah al-Nur.
Namun, Jabatan Mufti Pulau Pinang menjelaskan Imam Qurtubi dalam tafsirnya menyebut bahawa sebahagian ulama berpendapat harus mengambil makanan di rumah sekiranya diberi keizinan.
“Pendapat lain pula menyatakan, diharuskan memakan makanan tersebut sama ada sudah diizinkan ataupun tidak. Ini kerana pertalian keluarga di antara mereka sudah memadai sebagai keizinan berbuat demikian.
“Sementara itu, Ibnu Al-Abari berkata, harus memakan makanan adik-beradik tanpa izin sekiranya makanan itu boleh diambil, namun jika makanan itu berada di tempat yang berkunci, maka tidak harus memakannya,” terang mereka lagi.
Soal Jawab Agama 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐤𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐚𝐢𝐫 𝐤𝐨𝐭𝐚𝐤 𝐣𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐣𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐦𝐚….
Posted by Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang on Tuesday 5 August 2025
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Tapau Lauk Ketika Kenduri Atau Majlis? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: UAI Dedah Haram Hukumnya Jika Bawa Balik Makanan Berlebihan Dari Masjid Tanpa Minta Izin
Baca Artikel Berkaitan: Tayang Gambar Makanan Di Media Sosial Sebelum Berbuka Adalah Berdosa, Kata Mufti Pulau Pinang

