Ada Yang Cancel Order, KA Beri Penjelasan Kenapa Tak Umum Nama Pemenang Selepas Seminggu
Menurut Khairul Aming, sekiranya dia menunggu sehingga kesemua parcel sampai ke tangan pelanggan, itu sudah dikira sebagai cabutan bertuah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja nama Khairul Aming, sudah pasti kebanyakan rakyat Malaysia mengenali influencer dan usahawan makanan berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Malah, produk-produk keluarannya juga sering menjadi rebutan ramai.
Dia juga berjaya mencipta rekod baharu pada Jumaat lalu (8 Ogos) selepas produk keluaran terbaharunya iaitu Rendang Nyet habis terjual dalam masa kurang 2 minit dengan jumlah jualan RM1.8 juta.
Pada hari sama, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA terus mengumumkan lima orang pembeli terpantas menjadi pemenang giveaway percutian ke New Zealand bersamanya ketika siaran langsung di TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Buat Giveaway Trip Ke NZ, Kena Jadi 5 Pembeli Rendang Nyet Berapi Terpantas!
KA beri penjelasan kenapa tak umumkan pemenang selepas seminggu
Bagaimanapun, terdapat segelintir pembeli yang tidak menjadi pemenang telah membatalkan tempahan menyebabkan ada pihak mempersoal mengapa KA tidak mengumumkan sahaja senarai pemenang selepas seminggu agar tidak berlaku perkara sedemikian.
KA menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Threads miliknya memaklumkan dia tidak membuat perkara itu kerana tidak mahu menganiaya masa para pelanggannya.
“Kalau senarai pemenang dah ada di tangan, saya kena umumkan terus untuk hormat masa orang yang datang ‘suppor’t saya. Lagi satu kalau saya umum seminggu lambat, orang akan cakap pemenang itu mungkin pakai ‘cable’, jadi akan ada keraguan di situ,” katanya.
KA bukan buat lucky draw, tapi 5 terpantas
Menurutnya, sekiranya dia menunggu sehingga kesemua parcel sampai ke tangan pelanggan, itu sudah dikira sebagai cabutan bertuah.
KA menegaskan dia bukanlah membuat cabutan bertuah, sebaliknya ingin mencari lima pembeli terpantas.
Susulan itu, KA berkata dia tidak mahu melambatkan atau menangguh pengumuman nama pemenang kerana senarai nama individu-individu bertuah itu sudah ada di dalam sistem.
Tiada masalah jika ada yang ‘cancel order’, KA perjelas kenapa pilih bayar guna online banking
Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada pelanggan yang ingin membatalkan tempahan Rendang Nyet hanya kerana tidak memenangi giveaway kerana berkemungkinan individu itu memerlukan wang untuk kegunaan lain yang lebih penting.
“Giveaway ini KA buat sebagai hadiah untuk pengikut KA. Kalau sebab nak ‘sold out’ laju, KA akan suruh bayar guna e-wallet atau credit card lagi lah laju. Tapi KA suruh guna online banking sebab nak verify yang pemenang itu adalah dari anda semua yang menyokong KA, bukannya dari scalpers atau scammers,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, KA menjelaskan dia tidak mengalami kerugian sekiranya ada yang membatalkan tempahan kerana stok tersebut boleh dijual semula kepada individu lain.
“KA bukan nak berniaga untuk pelancaran sahaja, saya nak berniaga lama dan saya sangat pentingkan keberkatan berniaga, kepuasan pelanggan dan juga kualiti produk yang kita keluarkan,” ujar KA.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]



