fbpx
Now Reading
“Isteri Dah Lama Tinggalkan Pakcik” – Bapa OKU Gigih Kerja Baiki Kasut Demi Sara 3 Anak [Video]

“Isteri Dah Lama Tinggalkan Pakcik” – Bapa OKU Gigih Kerja Baiki Kasut Demi Sara 3 Anak [Video]

Selain OKU fizikal, lelaki yang dikenali sebagai Razak Baba itu juga menghidap sakit jantung tahap 3 dan kini menerima rawatan di Hospital Serdang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hidup tidak semuanya indah, sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa setiap manusia pastinya akan diuji dengan pelbagai dugaan.

Ada yang mendapat dugaan dari segi kewangan dan ada pula yang diuji dengan masalah kesihatan, rumah tangga dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kita perlu lah sentiasa bersyukur kerana masih ramai lagi yang mempunyai masalah dan dugaan lebih besar berbanding kita.

Tular lelaki OKU fizikal gigih kerja baiki kasut demi sara 3 anak

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal yang diuji dengan pelbagai masalah namun masih cekal meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai tukang kasut demi menyara tiga anaknya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hafizuddin052, lelaki yang dikenali sebagai Razak Baba, 55, itu mengambil upah membaiki kasut di kaki lima sebuah bangunan di Malim Jaya, Melaka.

Difahamkan, Razak tinggal bersama anak-anaknya di sebuah kediaman di Bachang dan hanya menaiki motosikal roda tiga untuk bekerja serta menghantar anak bongsunya ke sekolah.

“Selagi boleh kerja kita kerja. Pak cik duduk dengan anak tiga orang, yang perempuan umur 18 tahun, yang nombor dua 16 tahun dan ketiga masih sekolah umur 10 tahun,” katanya.

Ditinggalkan isteri begitu sahaja bersama anak-anak

Lebih memilukan, Razak mendakwa isterinya telah meninggalkan dia bersama anak-anak sejak sekian lama tanpa sebarang khabar berita.

“Isteri pak cik dah tinggalkan pak cik dah lama dah. Tak tahu ke mana dia pergi. (Suatu hari) itu pak cik balik dari kerja pak cik tengok dia dah angkat baju-baju dia,” katanya lagi.

Selain OKU fizikal, Razak juga menghidapi penyakit sakit jantung tahap 3 dan menerima rawatan di Hospital Serdang.

Berkongsi lanjut, Razak mengakui perasaannya ketika ini sedih mengenangkan nasib diri yang ditinggalkan isteri dalam keadaan dirinya sebegitu, namun perlu kuat mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup diri dan anak-anaknya.

“Mak dengan ayah dah meninggal, abang pun dah meninggal, jadi saya yang tinggal ini nak kena jaga anak-anak saya. Saya kerja cari rezeki halal untuk besarkan diorang, saya lah mak saya lah bapa,” ujar Razak.

Pemilik akaun TikTok yang berkongsi kisah Razak kemudiannya memberi sedikit sumbangan wang tunai berjumlah RM500 selain meminta orang ramai menularkan video terbabit agar lebih ramai insan berhati mulia tampil membantu lelaki berkenaan

@hafizuddin052 Seorang Pakcik OKU fizikal berusaha keras bekerja untuk menyara 3 orang anaknya,pakcik juga menghidap penyakit sakit jantung tahap tiga dan diketahui isterinya telah meninggalkannya.Pakcik bernama Razak bin Baba,55 tahun,Bachang melaka.Acik jahit kasut di Malim Jaya,Melaka sebelah kedai emas sebaris dengan maybank,isnin sampai jumaat.9.30 pagi hingga 4 petang.JOM kita bantu pakcik ni ramai2.Boleh dm saya untuk bantuan,ataupun boleh lihat story saya #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #viral #OKU #wargaemas #ustadjungler ♬ original sound – Ustad Jungler

Netizen sebak, ramai yang ingin menghulur bantuan kepada pak cik Razak

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dan tersentuh hati melihat nasib yang harus dilalui oleh Razak.

Kebanyakan mereka menyuarakan hasrat ingin menghulurkan bantuan kepada Razak agar dapat mengurangi bebanan yang harus ditanggung lelaki itu seorang diri selama ini.

Tidak kurang juga netizen yang menitipkan doa agar Razak diberikan kekuatan dan rezeki yang melimpah.

Korang yang nak jumpa pak cik Razak ini boleh pergi ke Malim Jaya, difahamkan pak cik Razak berada bersebelahan sebuah kedai meas sebaris dengan Maybank.

Dia berada di sana dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 4 petang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.