“Ini Tempat Letak Makanan” – Lelaki Minta Pasar Raya Jaga Kebersihan Lepas Jumpa Bangkai Tikus Di Troli
Lebih menjijikkan, lelaki itu mendakwa najis tikus turut kelihatan bertaburan di lantai pasar raya di Semenyih, Selangor itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap peniaga khususnya yang berniaga produk makanan sering diingatkan agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.
Ia amat penting bagi menjaga kualiti hidangan yang bakal dijual serta keselamatan pelanggan dari risiko terkena keracunan makanan.
Namun sejak belakangan ini, sering kali dipaparkan di media sosial pendedahan pelanggan terjumpa bendasing seperti lipas, katak dan cicak dalam makanan yang dipesan.
Baca Artikel Berkaitan: “Sikit Pun Tiada Maaf” – Siap Dah Terminum, Wanita Terkejut Jumpa Katak Dalam Air Minuman Yang Dipesan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kebersihan Out!” – Ramai Geli Lihat Cacing Ditemui Dalam Makanan, Masih Hidup & Bergerak Atas Pinggan [Video]
Lelaki Jumpa Bangkai Tikus Pada Troli Pasar Raya
Jika orang lain biasa terjumpa haiwan dalam makanan yang dimakan, lain pula dengan lelaki ini apabila terjumpa bangkai haiwan pada troli sebuah pasar raya.
Perkara itu dikongsikan lelaki berkenaan menerusi satu hantaran di Threads @syafiqsyahan.
Melalui perkongsian tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Syafiq itu mendakwa telah terjumpa seekor bangkai tikus yang hampir kering pada sebuah troli di pasar raya yang terletak di Semenyih, Selangor.
Pengguna Turut Dakwa Najis Tikus Bertaburan Di Lantai, Mahu Pasar Raya Ambil Tindakan
Lebih menjijikkan, dia mendakwa najis tikus kelihatan bertaburan di lantai pasar raya.
Malah, keadaan troli juga dakwanya amat kotor dan tidak selamat digunakan oleh pelanggan apatah lagi troli tersebut kebiasaannya digunakan untuk meletak barang seperti makanan.
Melalui perkongsian itu juga, dia turut meminta agar pihak pasar raya berkenaan melakukan sesuatu terhadap troli tersebut kerana baginya ia berbahaya kepada pengguna.
“Kepada pemilik pasaraya yang berada di Semenyih, sila ambil perhatian. Minta tolong overhaul pasaraya korang ni.
“Troli berkerak, bangkai tikus kering kat troli pun takda siapa peduli, lantai penuh najis tikus macam tak pernah bersihkan. Ini tempat letak makanan tau. Bahaya weh,” tulisnya lagi.
Difahamkan, penemuan bangkai tikus itu ditemui Syafiq ketika berkunjung ke pasar raya tersebut semalam (10 Ogos).
Malah sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pasar raya berhubung insiden ini.
Ramai Geli Dengan Penemuan Bangkai Tikus, Rupanya Ada Yang Mengakui Pasar Raya Sama Kotor
Perkongsian yang telah mendapat lebih 60,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai geli apabila melihat bangkai tikus dalam troli berkenaan.
Malah, sesetengah daripada mereka turut mengakui pasar raya berkenaan seringkali berada dalam keadaan kotor ketika dikunjungi.
Namun, ada segelintir pengguna yang berkongsikan pengalaman baik mereka terjumpa pasar raya yang menitik berat aspek kebersihan dengan sentiasa mencuci troli.
Sebagai info, salah satu penyakit berbahaya yang disebabkan tikus adalah Leptospirosis (Kencing Tikus) yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, kerosakan hati, masalah pernafasan dan paling teruk kematian.
Boleh Lapor KKM Atau PBT Jika Premis Kotor
Anda boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika pernah mengunjungi premis yang kotor.
Caranya mudah sahaja iaitu:
- Datang sendiri ke pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah
- Hubungi BKKM di talian 03-8885 0797 atau talian 1MOCC iaitu 03- 8000 8000
- Laporkan aduan ke laman web SISPAA
- Buat aduan di laman Facebook BKKMHQ
- Fakskan aduan ke talian 03-8885 0769
- Tulis surat aduan dan alamatkan ke Pejabat BKKM atau Jabatan kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Selain itu, anda juga boleh membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di lokasi anda agar langkah segera dapat diambil.
Aduan premis kotor ❓ Aduan makanan tercemar ❓ Aduan makanan dibeli rosak ❓ Aduan makanan telah tamat tarikh luput…
Posted by Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, JKN Johor on Tuesday 9 January 2024
Ini antara komen pengguna Threads:
“Tikus Tu Kena Panggang Ke?”

“Memang Kotor Premis Mereka, Tak Tahan”

“Hero Market Siap Tunjuk Video Diorang Selalu Sanitize Dekat Tempat Diorang, Sangat Bersih”

“Kotornya, Boleh Report KKM Ke Premis Kotor?”

Baca Artikel Berkaitan: Loya Dan Menjijikkan, Kilang Roti Guna Sumber Air Tandas Kotor
Baca Artikel Berkaitan: Kotor & Menjijikan! DBKL Arah Pusat Sembelihan Ayam Ditutup
Baca Artikel Berkaitan: Jijik Siap Berulat! Kilang Proses Pes Otak Udang Ditutup 14 Hari, Dikompaun RM5,000 Kerana Kotor



