fbpx

“Dia Pun Boleh Pasang Dengan Betul”- Influencer Minta OKU Pasang Bendera, Rupanya Ada Mesej Tersirat [Video]

Melalui perkongsian tersebut, lelaki OKU yang dikenali sebagai Rahim juga mampu mengingati dan menyebut Rukun Negara dengan sempurna ketika ditanya oleh pempengaruh, Zuhan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali bulan kemerdekaan, pasti ada sahaja isu yang melibatkan Jalur Gemilang. Antara yang paling mendapat perhatian adalah sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang dan sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan yang memasang bendera Malaysia secara terbalik.

Namun kedua-dua pihak telahpun memohon maaf secara terbuka. Untuk insiden di Pulau Pinang, pemilik kedai mendakwa dia tidak perasan bendera dipasang secara terbalik oleh pekerjanya menyebabkan dia menaikkan batang besi itu untuk percubaan.

Bagi insiden di Port Dickson pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa mendedahkan pekerja yang terlibat dalam pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Apa yang berlaku mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak memandangkan Jalur Gemilang merupakan lambang kebesaran dan kedaulatan negara selain simbol pengorbanan pejuang kemerdekaan.

𝐉𝐚𝐥𝐮𝐫 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢 𝐒𝐉𝐊𝐂: 𝐀𝐃𝐔𝐍 𝐋𝐮𝐤𝐮𝐭 𝐃𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐎𝐊𝐔 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 Pada 1 Ogos lalu, kecoh di media…

Posted by BuzzKini on Monday 4 August 2025

Influencer Minta OKU Pasang Bendera Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang pempengaruh, Zuhan Hamzah atau nama sebenarnya Lizujuhan Hamzah yang meminta individu OKU memasang bendera Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @zuhannn, individu yang dikenali sebagai Rahim merupakan seorang OKU mental.

Melalui perkongsian tersebut, Zuhan telah meminta Rahim untuk memasangkan Jalur Gemilang pada sebatang paip yang diberikannya.

“Abang nak kau pasang bendera ini dekat sini (batang paip), abang nak tengok, kau sebagai OKU boleh pasang atau tidak boleh pasang.

“Kita tengok sempena bulan kemerdekaan, bulan lapan ni,” kata pempengaruh berkenaan.

OKU Boleh Pasang Bendera Dengan Betul

Apa yang menjadi perhatian adalah walaupun Rahim dalam keadaan serba kekurangan, dia mampu memasang bendera kebanggaan Malaysia itu dengan betul.

Bukan itu sahaja, Rahim dilihat penuh berhati-hati dan membelek serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum memasang bendera berkenaan.

Tindakan individu OKU itu nyata membuat Zuhan kagum dengan kebolehannya. Malah, Zuhan turut menguji Rahim apabila menterbalikkan bendera dan bertanya adakah betul cara pemasangan itu.

Namun, Rahim menidakkannya dan berkata ia adalah salah.

Individu OKU Mampu Ingat Rukun Negara

Lebih menarik, Rahim juga mampu mengingati dan menyebut Rukun Negara dengan sempurna ketika ditanya oleh Zuhan.

“Korang tengok, orang macam Rahim pun boleh pasang bendera dengan betul, lima Rukun Negara pun masih ingat dan masih hafal,” kata Zuhan.

Ada Mesej Tersirat Yang Mahu Disampaikan

Memetik Harian Metro, Zuhan menjelaskan ada mesej tersirat yang mahu disampaikan olehnya menerusi kandungan tersebut.

“Mesej yang cuba disampaikan dalam video itu ialah orang kurang upaya (OKU) pun pandai pasang bendera dengan betul.

“Saya kongsi di media sosial video kerana ada segelintir individu suka salahkan OKU jika ada isu tertentu,” katanya.

Mustahil Rakyat Malaysia Yang Waras Boleh Tersilap Pasang Jalur Gemilang

Jelas Zuhan, dia sudah hampir setahun tidak berjumpa dengan individu OKU itu dan akhirnya terserempak dengan lelaki berkenaan.

“Kebetulan dalam kereta saya memang ada Jalur Gemilang jadi bila jumpa Rahim, saya ambil peluang untuk mengujinya memasang bendera itu dengan betul.

“Saya minta dia pasang Jalur Gemilang itu secara spontan saja dan boleh nampak dalam video itu, kita tengok dia pun tahu kedudukan bendera yang betul.

“Jadi mustahil rakyat Malaysia yang normal dan waras tak tahu atau boleh tersilap pasang Jalur Gemilang,” katanya lagi.

Mahu Penonton Fahami Mesej Yang Cuba Disampaikan

Kongsi Zuhan lagi, setiap perkongsiannya mempunyai mesej tersirat dan berharap penonton dapat memahami mesej yang cuba disampaikan.

“Kalau mengikuti ‘content’ (perkongsian) saya, banyak yang ada maksud tersirat dan itu salah satunya.

“Sambil menyelam, minum air. Niat saya adalah tunjuk bahawa OKU pun mampu buat dengan betul jadi tak ada alasan untuk orang lain buat silap.

“Lagipun, tak lama lagi kita semua nak menyambut hari kemerdekaan jadi cukup-cukuplah ada isu bendera terbalik dan sebagainya yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia. Jangan setiap kali ada isu pasang bendera terbalik salahkan OKU,” jelasnya lagi.

@zuhannn Rukun Negara pun masih steady dia ni! #ybtiktok ♬ original sound – zuhan hamzah

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Disengajakan” – Tun Mahathir Buka Mulut Isu Kontroversi Tiada Bulan Sabit Pada Jalur Gemilang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kesilapan Ilustrasi Jalur Gemilang: KPM Mohon Maaf & Ambil Tindakan Tegas

Baca Artikel Berkaitan: Nasihat Si Bapa Tentang Etika Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Kepada Anak Raih Pujian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.