fbpx
Now Reading
Dari Introvert Jadi Berani, Guru Kongsi Kisah Asah Bakat Murid Hingga Menang Tempat Kedua Pidato [Video]

Dari Introvert Jadi Berani, Guru Kongsi Kisah Asah Bakat Murid Hingga Menang Tempat Kedua Pidato [Video]

Apa yang membuatkan guru berkenaan kagum adalah kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil apabila murid introvert tersebut berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan pidato karnival Bahasa Melayu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu masing-masing mempunyai personaliti dan keperibadian tersendiri. Ada yang berani dan mudah berkawan lebih-lebih lagi jika bertemu orang baharu.

Namun, ada juga yang tiada keyakinan dan terpaksa mengambil masa lama sebelum mengenali seseorang.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sememangnya terkenal dengan sikap pendiam dan lebih senang keseorangan sehingga digelar sebagai introvert.

Guru Nampak Potensi Murid, Pendiam Tapi Ada Bakat Terpendam

Baru-baru ini, seorang guru telah berkongsi kisah uniknya yang mengasah bakat terpendam seorang murid introvert di sekolah tempatnya mengajar.

Menerusi perkongsian di TikTok @kameenesam, dia menceritakan permulaan kisah bagaimana dia memilih murid tersebut sehingga akhirnya membuahkan hasil.

Kongsi Kameene, murid lelaki yang pandai itu sememangnya terkenal dengan sikap pendiam dan hanya bercakap apabila namanya dipanggil.

“Saya pilih dia untuk pertandingan pidato. Pada mulanya, dia tak mahu masuk pertandingan tersebut.

“Dia tidak mempunyai pengalaman menyertai apa-apa pertandingan sebelum ini seperti pidato, syarahan dan bercerita tetapi saya tetap minta dia hafal skrip dan dia hafal semuanya,” kongsinya di ruang kapsyen.

Buat Latihan Selama 3 Minggu, Kagum Dengan Semangat Murid

Apa yang menarik perhatian adalah mereka hanya mengambil masa selama tiga minggu untuk melakukan latihan.

Menariknya, Kameene membuat latihan tersebut dengan mengikut rentak murid mengikut keselesaannya.

“Kami buat latihan selama tiga minggu. Saya tak pernah marah dia masa practice. Saya ikut keselesaan dia sepenuhnya.

“Dia tak suka Google Meet, jadi saya tak buat. Tapi dia suka stay back, jadi setiap hari saya luangkan masa selepas sekolah untuk bantu dia.

“Bayangkan, seorang murid introvert yang tak banyak bercakap, kini perlu berdiri dan menyampaikan pidato di hadapan orang ramai.

“Awalnya memang sangat susah, tapi kami berdua tidak berputus asa. Dia belajar satu demi satu tentang teknik penyampaian,” kongsinya lagi.

Anggap Murid Yang Seorang Ini Sebagai Istimewa

Apa yang membuat Kameene kagum tentang muridnya itu adalah tiada kesalahan yang dilakukan selepas setiap kali dia memberi teguran.

Malah, dia menganggap kanak-kanak ini istimewa walaupun telah melatih ramai murid.

“Saya berada dalam perkhidmatan perguruan ini selama lima tahun. Disebabkan sekolah saya kategori SKM (sekolah kurang murid), saya pernah latih ramai murid untuk pertandingan.

“Ramai. Tapi budak ini, dia lain. Dia bukti bahawa keyakinan boleh tumbuh, walau pada jiwa yang paling sunyi.

“Dia bukti bahawa bila kita percaya pada seseorang dan tak pernah putus asa, mereka juga akan percaya pada diri mereka sendiri,” terangnya lagi.

Kerja Keras Akhirnya Membuahkan Hasil, Murid Pendiam Berjaya Dapat Tempat Kedua

Apa yang membuatkannya kagum adalah kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil apabila murid tersebut berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan pidato karnival Bahasa Melayu.

Dek kerana kejayaan ini juga, Kameene bangga dengan keberanian yang ditonjolkan oleh muridnya itu.

“Hari ini, dia berdiri di pentas pertandingan. Dia sampaikan pidatonya dengan penuh yakin. Dan tanpa kami jangka langsung, dia berjaya dapat tempat kedua dalam pertandingan pidato kategori SJK.

“Kami memang tak letak harapan apa-apa. Pada saya, keberanian dia untuk berdiri dan bercakap di hadapan khalayak, itu sudah satu kemenangan besar.

“Daripada semua pengalaman saya selama ini, pengalaman melatih dia paling menyentuh hati saya. Paling saya ingat dan saya akan simpan kisah ini dalam hati saya sampai bila-bila,” kongsinya lagi.

@kameenesam Murid ini sangat introvert. Dia budak pandai, tapi langsung tak bercakap kecuali bila namanya dipanggil. Di sekolah, tak sampai sepuluh perkataan pun dia ucapkan dalam sehari. Saya pilih dia untuk pertandingan pidato. Pada mulanya, dia tak mahu masuk pertandingan tersebut. Dia tidak mempunyai pengalaman menyertai apa-apa pertandingan sebelum ini seperti pidato, syarahan dan bercerita. Tapi saya tetap minta dia hafal skrip. Dan dia hafal semuanya. Kami buat latihan selama tiga minggu. Saya tak pernah marah dia masa practice. Saya ikut keselesaan dia sepenuhnya. Dia tak suka Google Meet, jadi saya tak buat. Tapi dia suka stay back, jadi setiap hari saya luangkan masa selepas sekolah untuk bantu dia. Bayangkan, seorang murid introvert yang tak banyak bercakap, kini perlu berdiri dan menyampaikan pidato di hadapan orang ramai. Awalnya memang sangat susah, tapi kami berdua tidak berputus asa. Dia belajar satu demi satu tentang teknik penyampaian. Apa yang paling saya kagum, setiap kali saya tegur kesalahan, keesokan harinya kesalahan itu dah tiada. Dia cuba sehabis baik untuk berikan yang terbaik. Saya berada dalam perkhidmatan perguruan ini selama lima tahun. Disebabkan sekolah saya kategori SKM, saya pernah latih ramai murid untuk pertandingan. Ramai. Tapi budak ini… dia lain. Dia bukti bahawa keyakinan boleh tumbuh, walau pada jiwa yang paling sunyi. Dia bukti bahawa bila kita percaya pada seseorang dan tak pernah putus asa, mereka juga akan percaya pada diri mereka sendiri. Hari ini, dia berdiri di pentas pertandingan. Dia sampaikan pidatonya dengan penuh yakin. Dan tanpa kami jangka langsung… dia berjaya dapat tempat kedua dalam pertandingan pidato kategori SJK. Kami memang tak letak harapan apa-apa. Pada saya, keberanian dia untuk berdiri dan bercakap di hadapan khalayak, itu sudah satu kemenangan besar. Daripada semua pengalaman saya selama ini, pengalaman melatih dia… paling menyentuh hati saya. Paling saya ingat. Dan saya akan simpan kisah ini dalam hati saya sampai bila-bila. ❤️ #2025 #karnivalbahasamelayu #langkawi ♬ original sound – Deiva 🖤

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Anda Seorang Introvert? Jom Kenali Empat Jenis Introvert

Baca Artikel Berkaitan: “Bakal PU”- Gaya Pelajar Sekolah Tampil Confident Beri Perkongsian Agama Buat Ramai Kagum [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.